bab 9

15.9K 95 0
                                    

Tinggal dua hari saja lagi, Firash dan Amira Safiya akan disatukan. Masing-masing sudah tidak sabar menunggu hari tersebut.

Dengan rancangan Firash, akhirnya persediaan untuk majlis perkahwinannya sudah siap sepenuhnya. Bagus betul kakak-kakak Firash.

"Tak sabarnya kak ngah nak tengok Firash lafaz akad nanti." Ujar Farhana sambil menepuk-nepuk tangan.

"Kenapa pula?" Soal Firash.

"Ye lah. Masa tu lah sisi macho adik keluar. Selama ni kak ngah tengok adik ni jambu je. Tak pernah pun tengok adik macho-macho." Firash menjegilkan matanya.

"Sampai hati kak ngah cakap macam tu. Bila masa adik jambu." Firash cakap dalaam nada merajuk.

"Tu jambu la tu. Merajuk je kerja." Semua pakat ketawa melihat muncung Firash.

"Sudah-sudahlah tu menyakat Firash. Dia dah nak jadi suami orang dah pun. Anak-anak ibu sekarang ni dah besar-besar. Semua dah kahwin. Dah ada keluarga sendiri. Lepas ni sunyilah rumah kita ni kan bang." Ujar Fatimah. Tiba-tiba hati dia merasa sebak. Seakan baru semalam saja dia melihat anak-anaknya masih kecil dan sedang bermain bersama. Sungguh pantas masa berlalu. Berat pula hatinya nak melepaskan satu-satunya anak lelaki dia bersama Firman keluar dari rumah ni.

Fatin,Farhana,Farihi,Farah dan Firash masing-masing terdiam. Mereka sedar bahawa selepas mereka mendirikan rumah tangga, masa mereka bersama ibu dan walid akan berkurang. Mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga mereka sahaja.

"Ibu. Ibu janganlah sedih. Fatin dengan adik-adik takkan lupakan ibu dan walid walaupun masing-masing sudah ada keluarga sendiri." Fatin menggengam tangan Fatimah.

Dalam beberapa minit mereka hanya senyap. Membiarkan diri mereka mengingati memori bersama. Ada yang sampai menitiskan air mata. Siapa lagi kalau bukan Firash.

"Sudah-sudahlah tu. Entah apa-apa kamu semua ni. Drama je lebih. Dah lah tu Fatimah. Dia orang ni bukan nak pergi berperang. Kahwin je pun. Setiap minggu datang jenguk kita juga." Firman menggelengkan kepalanya. Hairan dia melihat drama swasta tadi. Entah apa nak disedihkannya.

Mendengar saja bebelan Firman, semua orang pakat ketawa bersama. Brutal sungguh walid ni.

[2]Kakak-Kakakku Sayang ✔Where stories live. Discover now