"Firash, bila nak bawa ibu dan walid pergi merisik bakal isteri kamu tu? Ibu dah tak sabar dah ni." Fatimah menegur Firash yang ketika itu sedang menonton televisyen.
"Amira kata minggu ni tak boleh lagilah ibu. Sebab dia dan mak ayah dia kena balik ke kampung melawat ahli keluarga dia orang yang tengah sakit. Katanya lagi tiga minggu baru boleh." Terang Firash.
Fatimah hanya mengangguk. Dia faham keadaan itu. Lepas balik dari kampung mestilah nak berehat-rehat dulu. Tunggu sajalah tiga minggu tu. Bukan lama pun. Hai tak sabarnya nak dapat menantu perempuan.
2 minggu kemudian
"Ibu kenapa panggil kita orang semua datang sini? Ibu nak cakap apa?" Tanya Fatin, kakak sulung kepada Firash.
"Ha'a ibu. Macam ada benda best je nak bagitahu ni." Giliran Farhana pula iaitu kakak kedua Firash pula berbicara.
"Sabarlah dulu. Kita tunggu Farihi dengan Farah sampai dulu. Baru ibu bagitahu berita tu." Kata Fatimah.
Tidak lama kemudian, Farihi dengan Farah pun sampai.
"Ha ibu, apa lagi cerita la cepat." Farhana berkata dengan nada yang teruja. Suaminya Khairul menyuruhnya supaya bersabar sikit.
"Macam ni. Semua pun dah sedia maklum kan yang tak lama lagi Firash ni nak berkahwin dengan gadis pujaannya. Jadi ibu dan walid dah rancang nak pergi merisik minggu depan. Jadi ibu nak tanyalah kamu semua, nak ikut ke?" Semua orang terus mengangguk tanda nak ikut.
"Wah tak sabarnya nak tengok bakal isteri Firash. Mesti cantikkan." Farihi bersorak teruja. Firash pula hanya senyum malu. Ye lah. Orang puji bakal isteri dia lawa siapa je yang tak seronok.
"Jadi minggu depan lepas solat jumaat. Semua datang ke sini. Kita pergi ke rumah bakal isteri Firash sama-sama." Kata Firman.
Dalam masa yang sama, keempat-empat kakak Firash sudah merancang pelbagai plan untuk dibuat pada majlis perkahwin adiknya. Masing-masing menunjukkan senyuman yang menakutkan bagi Firash.
'Alamak! Janganlah ada yang buat hal nanti. Ya Allah permudahkanlah segalanya.' Doa Firash dalam hati. Dia sudah dapat mengagak apa yang bakal terjadi nanti.
Moga-moga keempat-empat orang kakaknya nanti tak buat hal.
YOU ARE READING
[2]Kakak-Kakakku Sayang ✔
RomanceDah nama pun adik bongsu lelaki. Bila dia nak kahwin, mestilah kakak-kakak yang kalut terlebih. Kononnya nak jadi kakak yang terbaik dari ladang.👱 Start: 19 November 2017 (07:01) End: 21 November 2017 (23:37)