Akhirnya... akak Mus dan abang Najmi dah pun selamat diijab kabulkan. Tersenyum lebar aku tengok abang Najmi. Amboi mentang-mentang kak Mus tu lawa,manis, bersopan santun. Bukan macam aku ni. Jalan pun terkangkang, suara mengalahkan mak tarzan. Siapa je yang nak dekat aku ni.
Selepas selesai acara membatalkan wudhuk dan sesi bergambar dengan keluarga, aku terus meluru ke abang Najmi yang ketika itu sedang bersembang dengan kawannya.
"Abang, mak tanya abang tak nak makan ke?"
"Kak Mus makan dah?" Aik abang Najmi ni. Orang tanya dia dia boleh tanya kak Mus pula.
"Kak Mus tunggu abang lah nak makan sekali." Selepas itu abang Najmi terus bergegas ke meja makan selepas bersalaman dengan kawannya. Aku pun ikut sekali.
Wahhh sedapnya dapat baring atas katil setelah penat seharian dengan majlis tadi.
Telefon diatas meja aku capai dan terus menghantar pesanan kepada kawan aku.
'Weh asal kau tak datang majlis akad nikah akak aku tadi?'
'Weh sori. Aku sebenarnya kena balik kampung tadi sebab atok aku nak bagi buah yang dia baru ambil dari dusun dia.'-Farah
'Asal tak bagi tahu aku? Kau ni kan. Suka buat aku tertunggu-tunggu.'
'Eceh tertunggu-tunggu. Lawaklah ayat kau ni. Ala sori la. Aku betul-betul terlupa nak bagi tahu kau. Takpa esok aku pergi rumah kau bawa buah rambutan dengan buah manggis banyak-banyak.'-Farah
'Ye ke weh? Ni buat aku sayang dekat kau ni. Macam tau-tau je aku suka makan manggis.'
'Mestilah.'-Farah
'Ok lah. Jumpa esok. Aku nak tidur dah ni. Letih buat kerja banyak siang tadi. Assalammualaikum.'
Tanpa menunggu balasan daripada Farah,aku terus tutup telefon aku dan tidur.
YOU ARE READING
[1]Abang Ipar Pujaan ✔
RomanceAbang ipar sporting? Siapa je yang tak nak...😏 Start: 18 November 2017 (01:13) End: 18 November 2017 (22:34)