10 bulan kemudian.....
"Abang!!!!!!" Aku menjerit sekuat hati memanggil suami aku. Peluh di dahi aku lap dengan lengan baju. Syafiq berlari dengan muka cuaknya ke arah aku.
"Kenapa ni sayang? Kenapa jerit macam tu?" Syafiq memegang aku.
"Abang perut ayang sakit ni." Aku memeluk lengannya erat.
"Sayang sakit perut? Lepastu nak terberak?" Aku mencubit kuat perutnya. Buat lawak apa pula suami aku ni. Kalau aku nak terberak tak adanya aku nak jerit-jerit bagai. Baik aku masuk tandas sendiri je.
"Apa pula abang ni. Bukan tu lah. Ayang rasa ayang dah nak terberanak dah ni. Sakit sangat ni. Jomlah pergi hospital." Syafiq mengangguk dan terus memapah aku masuk ke dalam kereta. Nasiblah aku memang sudah siap sedia segala keperluan bayi di dalam kereta. Begitu juga dengan barang keperluan aku. Syafiq berlari masuk ke rumah semula untuk mengambil tudung aku dan barang-barangnya. Kemudian dia terus memecut laju keretanya ke hospital.
"Syafiq, mana Mai?" Mak dan ayah yang baru sampai terus berlari ke arah Syafiq. Begitu juga kak Mus, abang Najmi dan anak perempuan mereka, Nurul Mardhiah.
"Alhamdulillah mak, ayah. Maisarah dah selamat lahirkan anak kami tadi. Sekarang doktor tengah periksa Maisarah dan bayi. Kejap lagi kita boleh masuk tengok dia orang." Semua orang mengucapkan syukur.
"Lelaki ke perempuan Fiq?" Abng Najmi menyoal.
"Lelaki." Syafiq tersenyum. Gembiralah dia dapat geng.
Lagi sekali semua orang mengucapkan syukur. Selepas itu seorang jururawat memanggil mereka untuk masuk ke dalam. Masing-masing masuk dengan muka gembira habis. Nak tergelak pula aku tengok muka sorang-sorang.
"Mai alhamdulillah selamat anak mak." Aku memeluk mak dan mak mencium pipi aku. Kemudian dia pergi melihat cucunya. Aikk sekejap je peluk aku. Sampai hati mak ni.
Seketika kemudian, ibu dan ayah pula datang melawat. Masing-masing dengan muka teruja mereka. Meriah habis suasana dalam wad tu. Nasib baiklah masih mampu dikawal
Semua orang nak merasa dukung anak aku. Berebut-rebutlah jadinya. Aku dan Syafiq hanya tergelak melihat telatah mereka. Macam tak pernah dukung baby.
"So sayang, nak bagi anak kita nama apa?" Syafiq mengusap bahu aku.
"Ermm kalau sayang nak bagi nama Muhammad Syahmi boleh tak?" Syafiq hanya mengangguk bersetuju. Aku pun tersenyum.
"Muhammad Syahmi bin Muhammad Syafiq." Syafiq menyebut nama penuh anak kami.
Tidak lama kemudian bunyi tangisan anak aku kedengaran pada saat giliran abang Najmi pula mendukungnya. Dengan wajah tak bersalah, abang Najmi terus menyerahkan anak aku kepada Syafiq.
"Saya tak salah. Tu Syafiq yang salah." Kata abang Najmi. Semua orang tergelak melihat abang Najmi. Kak Mus pula mencubit perut abang Najmi.
Syafiq menyerahkan Syahmi kepada aku. Kemudian dia pergi ke ahli keluarga kami untuk memberi ruang kepada aku untuk menyusukan Syahmi.
Semasa menyusukan Syahmi, sungguh aku rasa begitu bahagia dengan hidup aku sekarang. Aku rasakan hidup aku sekarang sudah lengkap. Dengan adanya orang tua aku dan mertua aku yang baik, kakak dan abang ipar yang sporting dan paling penting kehadiran suami tercinta dan anak aku.
Aku berdoa semoga keluarga aku sentiasa gembira dan bahagian selalu. Dan yang paling penting.....
Jangan bawa suami aku pergi karaoke tau....!! 😬😬😬
YOU ARE READING
[1]Abang Ipar Pujaan ✔
RomanceAbang ipar sporting? Siapa je yang tak nak...😏 Start: 18 November 2017 (01:13) End: 18 November 2017 (22:34)