bab 8

13K 223 0
                                    

Hari ni merupakan hari yang sangat mendebarkan aku. Hari di mana Syafiq akan datang ke rumah aku bersama ibu dan ayahnya.

Mak dan ayah aku yang sudah tahu akan hal ini daripada abang Najmi sudah bersiap hendak menyambut tetamu. Aku tengok muka mereka bukan main gembira lagi. Macam awal-awal lagi dah setuju je. Hehehe

"Assalammualaikum." Suara orang memberi salam menarik perhatian kami semua. Setelah menjawab salam dan menjemput tetamu masuk. Akhirnya, acara  yang dinanti-nanti telah berlangsung.

Aku diarahkan untuk berada di dalam bilik sahaja. Nanti baru aku akan dipanggil keluar.

"Mai, jom mak panggil." Kak Mus datang menjemput aku. Setelah sampai di ruang tamu. Aku menyalam tangan ibu Syafiq.

"Manisnya bakal menantu ibu." Aik bakal menantu? Maknanya mak dan ayah setuju la ni. Hahahaha makasih. Alhamdulillah.

Aku hanya tersenyum mendengar pujian tadi. Syafiq yang duduk di antara ibu dan ayahnya langsung aku tak pandang. Malulah katakan.

Setelah selesai perbincangan pasal tarikh pertunangan dan perkahwinan. Syafiq dan bakal mertua aku pun beransur pulang. Sempatlah juga Syafiq meminta nombor telefon aku tadi. Aku pun apa lagi. Bagilah. Hahaha

"Amacam Mai? Boek tak pilihan abang ni?" Abang Najmi menyiku aku.

"Boek sangat abang Najmi. Pandailah abang ni pilih bakal suami untuk Mai." Abang Najmi tergelak.

"Abang pilihkan je. Yang lain tu serah kepada Allah je. Dia yang tentukan."

Aku tersenyum. Betul juga. Mungkin Allah dah tentukan jodoh aku memang dengan Syafiq dan abang Najmi ni sebagai sebab pertemuan kami berdua. Tiba-tiba aku bersyukur sebab abang ipar macam abang Najmi ni.

Mengikut pemerhatian aku daripada awal perkahwinan kak Mus dan abang Najmi. Tak payah banyak cakap. Abang Najmi ni sememangnya layak mendapat gelaran Abang Ipar Pujaan. Disebabkan dialah aku dapat kenal dengan Syafiq. Hehe itu bonus.

[1]Abang Ipar Pujaan ✔Where stories live. Discover now