Ok ini masanya. Jom kita tengok sama ada abang Najmi ni jenis nerd ataupun normal.
"Abang, jom main volleyball." Abang Najmi yang sedang menonton kartun bersama adik aku menoleh ke arah aku.
"Volleyball? Ada gelanggang ke dekat sini?" Abang Najmi bertanya hairan.
"Tak ada pun. Ala kita bukan nak main betul-betul pun. Main digging biasa-biasa je. Ala jomlah Mai dah lama tak digging bola ni. Dah gatal sangat dah tangan ni rindu nak main."
Aku memujuk abang Najmi. Tanpa banyak tanya lagi, abang Najmi pun mengangguk tanda bersetuju. Yahoooo akhirnya ada juga kawan nak main volleyball. Selalunya bila ajak kak Mus macam-macam alasan dia bagi. Panas lah, sakit tangan lah, malas lah, apa lah. Menyampah.
"Okay abang Najmi ready ye."
"Ready!"
Dan aku pun bermain lah dengan abang Najmi. Lama juga kita orang main. Nak dekat 2 jam baru berhenti sebab masing-masing dah penat dan masing-masing nak tunjuk hebat. Almaklumlah. Lama tak beraksi. Agak mengah disitu.
Selepas itu suara Farah memberi salam menarik perhatian aku. Yeahhh buah dah sampai.
"Abang, kawan Mai yang datang bawa buah tu dah sampai."
"Ye ke? Apa lagi. Ajaklah kawan Mai tu masuk. Abang dah tak sabar ni nak makan."
Aku pun cepat-cepat membuka pintu pagar.
"Farah akhirnya datang juga kau. Aku dah tak sabar nak makan dah ni." Aku menarik Farah masuk ke dalam rumah.
"Amboi kau. Excited sebab nak makan buah rupanya. Ingatkan excited sebab rindu aku. Hemm."
"Alololo merajuk pula. Kalau nak merajuk pergi balik aku tak ada masa nak pujuk. Tapi buah tinggal sini ye." Farah menampar bahu aku selepas mendengar ayat aku. Hahaha baru kau tahu.
"Abang apa lagi? Serbulah." Aku memanggil abang Najmi selepas siap membentang surat khabar untuk dibuat alas. Semua ahli keluarga aku pakat serbu sebab tak nak terlepas makan buah. Nasiblah Si Farah ni bawa banyak. Kalau tak masing-masing bergaduh sebab tak sempat nak makan.
YOU ARE READING
[1]Abang Ipar Pujaan ✔
RomanceAbang ipar sporting? Siapa je yang tak nak...😏 Start: 18 November 2017 (01:13) End: 18 November 2017 (22:34)