Beberapa minggu selepas perbualan aku dengan abang Najmi pasal nak kenalkan aku dengan kawan dia tu. Rupa-rupanya dia tak main-main. Hari ni abang Najmi betul-betul nak bawa aku jumpa kawan dia.
"Abang kita nak pergi mana?"
"Kita pergi restoran abanglah. Makan free." Abang Najmi tersengih. Ceh. Ingatkan nak bawa jumpa dekat tempat mewah-mewah sikit. Tapi tak apalah. Makan free.
Lepas kami dua mengambil tempat duduk, abang Najmi mula masuk ke bahagian dapur untuk menyediakan makanan kami. Aku pula hanya duduk di meja yang sudah ditempah khas untuk kami berdua dan kawan abang Najmi.
Sedang aku asyik bermain telefon. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang ke meja aku.
"Minta maaf. Ni adik Najmi ke?" Dia menyoal kepada aku. Aku yang sememangnya mudah blur bila ada orang tegur aku secara tiba-tiba hanya mengangguk. Dia pun tersenyum dan terus mengambil duduk di hadapan aku.
"Nama saya Syafiq." Dia kenalkan diri.
"Maisarah." Aku pula kenalkan diri aku. Selepas itu suasana menjadi sunyi sepi sehinggalah abang Najmi datang dan membawa makanan kami bertiga.
"So Fiq dah kenal dengan adik aku?" Abang Najmi bersalaman dengan Syafiq.
"Dah. Tapi baru kenal nama je lah." Dia tersengih. Aku pun tersengih. Abang Najmi pula membuat muka terkejut.
"Bro aku saja biarkan korang duduk lama-lama ni sebab nak suruh korang berkenalan dulu. Bukan suruh tanya nama je. Hailahhh." Abang Najmi mengeluh.
"So macam mana? Dia okay tak?" Abang Najmi menyoal Syafiq sambil jarinya menunjuk kepada aku.
"Okay apa abang?" Aku menyoal abang Najmi pula.
Syafiq hanya tersenyum sambil mengangguk kecil. "Okay la juga. Manis je aku tengok dia."
Eh eh. Aku manis? Biar betul? Hahaha tiba-tiba rasa kerusi ni takmuat pula dengan punggung aku.
"Mai pula? Okay tak Syafiq ni.?" Aku pun hanya tersenyum. Tak tahu nak geleng ke nak angguk. Kalau geleng nanti menyesal pula. Yelah Syafiq ni boleh tahan juga. Dia pun pakai kaca mata macam abang Najmi. Ada janggut sikit, rambut kemas dan manis dengan senyuman. Kalau nak angguk pula, tak nampak macam gedik sangat ke.
"Sebelum tu boleh tak saya nak tanya. Syafiq ni umur berapa dan kerja apa?" Aku memberanikan diri menyoal.
"Saya umur 25 tahun. Bekerja sebagai cikgu di sebuah sekolah menengah dekat-dekat dini juga." Dia tersenyum lagi.
Fuhh cikgu kau. Patut kemas je aku tengok. Kalau macam nilah rupa cikgu aku rasa semua pelajar perempuan semangat nak datang sekolah hari-hari.
"Oh. Ermm umur saya pula 20 tahun. Baru je habis study. So sekarang ni tengah rehat-rehat je dulu. Hehehe." Tengok. Orang tak tanya pun aku je melebih pergi cerita.
"So macam mana?" Abang Najmi mencelah. Eh lupa pula ada orang dekat sebelah.
"Macam mana apa?" Aku dan Syafiq bertanya serentak.
"Jadi ke tak nak kahwin?" Aduh abang Najmi ni straight betul. Aku dan Syafiq jadi malu-malu pula.
"Maisarah, boleh tak saya nak tanya sikit?" Alamak dia nak tanya apa? Aku hanya mengangguk.
"Maisarah kalau boleh nak kerja apa?" Aku berfikir sebentar.
"Saya sebenarnya nak kerja sebagai cikgu tadika je." Aku jawab jujur. Memang kalau boleh aku nak kerja tadika je. Sebab aku suka budak-budak. Syafiq pula hanya mengangguk.
"Apa kata lepas kita kahwin ni Maisarah duduk rumah je. Tak payah kerja. Kerja Maisarah cuma jaga saya dan anak-anak kita je."
Dengar ja ayat Syafiq aku terus tersedak. Biar betul budak ni. Dia cakap lepas kita kahwin? Kahwin? Kita kahwin?
"So jadilah ni nak kahwin?" Abang Najmi menyoal lagi.
Syafiq terus mengangguk kepala dengan yakinnya. Tanda dia bersetuju. Aku pula masih blur.
"Mai macam mana? Setuju ke tak?"
"Ermmm Mai tak tahu nak cakap apa. Apa kata Syafiq datang rumah tanya dekat mak dan ayah dulu."
Syafiq mengangguk. Setelah berbincang dengan lebih mendalam. Akhirnya kami pun segera pulang. Dalam perbincangan tadi, Syafiq cakap dalam minggu depan dia akan bawa orang tuanya datang ke rumah.
Aku hanya berdoa dalam hati semoga dipermudahkan.
YOU ARE READING
[1]Abang Ipar Pujaan ✔
RomanceAbang ipar sporting? Siapa je yang tak nak...😏 Start: 18 November 2017 (01:13) End: 18 November 2017 (22:34)