bab 6

14.7K 251 0
                                    

1 bulan 2 minggu selepas itu, keluarga aku dikejutkan dengan berita gembira. Berita apa lagi. Berita kakak aku mengandunglah. Bukan main gembira mak dengan ayah aku nak sambut cucu pertama dia orang.

"Tahniah kak Mus. Thank you sebab bagi Mai anak buah. Hehehe"

"Ada-ada sajalah Mai ni. Mai pula bila nak bagi akak ni anak buah?" Tertelan air liur aku bila kak Mus tanya macam tu.

"Ala akan ni macam tak tahu pula. Ada ke orang lelaki yang nak dekat Mai ni? Mai ni kan kasar lepastu tak pandai berfesyen pula." Aku menguis-nguis hujung baju aku.

"Ala apa susah. Nanti abang kenalkanlah Mai dengan mana-mana kawan abang yang masih single. Kut kutlah ada yang berkenan." Semua orang ketawa setelah mendengar kata-kata abang Najmi.

"Ish taknaklah. Kalau kawan abang Najmi maknanya umur dia orang pun sebayalah dengan abang Najmi. Takmau lah Mai kahwin dengan orang tua." Aku membuat muka geli.

"Amboi ni nak kata abang Najmi tua la ni." Aku tersengih kemudian mengangguk. Abang Najmi pula hanya menggeleng. Hehehe sayang adik ipar la katakan.

"Ingat abang ni berkawan dengan orang sebaya dengan abang je ke? Abang pun ada juga kawan dengan orang yang umur lebih kurang Mai juga. Di antara 20 ke 25. Mai nak yang umur berapa? Nanti abang carikan." Abang Najmi mengangkat kening sebelahnya.

"Betulke ni abang? Abang jangan nak main-main pula." Aku memberi amaran.

"Tak ada maknanya abang nak main-main. Tak apa. Nanti kalau ada masa abang bawa Mai jumpa dengan kawan-kawan abang. Nak?"

Aku sudah tersenyum. Hehehe biar betul abang Najmi ni. Tak apalah. Kita tengok sajalah nanti.

[1]Abang Ipar Pujaan ✔Where stories live. Discover now