5 bulan kemudian...
Akhirnya dengan sekali lafaz aku dan Syafiq sudah sah menjadi suami isteri. Gembiranya tak terkata. Yang paling gembira mestilah mak dan ayah aku. Hampir menitis air mata aku melihat senyuman lebar di wajah mereka.
Abang Najmi pula lagilah gembira. Yelah kawan dia sendiri jadi biras.
"Terima kasih Maisarah sebab sudi terima Syafiq jadi suami Maisarah." Ucap Syafiq ketika kami sedang berdua-duaan di atas pelamin.
"Sama-sama kasih. Mai pun nak ucapkan terima kasih dekat Syafiq sebab sanggup jadikan Mai ni sebagai isteri Syafiq walaupun kita kenal tak sampai satu hari." Tergelak kami berdua.
"Syafiq tak kisah. Sebab sebelum Syafiq jumpa Maisarah, abang Najmi dah cerita dah tentang Maisarah dekat Syafiq. Tu yang buatkan Syafiq setuju nak kahwin dengan Maisarah. Sebab Syafiq tahu Maisarah ni baik orangnya." Aku tersenyum manis. Suami puji kan. Ofcos la happy.
"Hai pengantin baru. Amboi sakan bersembang pulak. Orang dah lapar dah ni. Jom le makan." Abang Najmi bercekak pinggang di hadapan kami.
"Sori abang. Okay jom kita makan." Aku dengan muka tak malunya menarik tangan suami aku dan berjalan ke meja makan. Diikuti dengan abang Najmi.
Di meja makan aku dan Syafiq makan dengan seleranya. Adalah juga adegan suap menyuap diantara kami. Mula-mula tu memang malu. Tapi dah lama-lama aku rasa macam taknak suap sendiri pula. Nak suruh suami aku je suapkan untuk aku.
"Abang Najmi." Aku memanggil abang Najmi yang ketika itu sedang sibuk melayan kawan-kawannya. Yelah. Kawan Syafiq bermakna kawan dia jugaklah kan.
"Ye Mai kenapa?" Aku menarik lengan abang Najmi agar jauh sikit daripada orang ramai.
"Abang, Mai nak ucap terima kasih sangat-sangat dekat abang Najmi sebab kenalkan Mai dengan Syafiq. Lepastu yang paling penting sebab abang Najmi jadi abang ipar Mai." Ucapku. Abang Najmi pula terus mengusap kepala aku.
"Apa Mai ni. Tak payah lah nak berterima kasih bagai."
"Mai kena juga ucap terima kasih dekat abang. Sebab abang Najmi merupakan abang ipar yang paling Mai idam-idamkan." Kataku.
"Kenapa Mai cakap macam tu?" Tanya abang Najmi.
"Sebenarnya, sebelum kak Mus kahwin lagi. Mai harap sangat yang Mai akan dapat abang ipar yang baik. Sebab ye lah Mai kan tak ada abang. Jadi Mai harap sangat yang abang ipar Mai nanti boleh layan dan sayang Mai macam adik kandung sendiri. Alhamdulillah abang Najmi layan Mai baik sangat. Mai dah sayang abang Najmi macam abang kandung Mai sendiri." Ucapku panjang lebar.
"Mai ni buat abang rasa macam nak menangis lah. Abang pun sayang sangat dekat Mai. Sayang macam adik kandung abang sendiri. Jangan risaulah Mai. Abang janji abang akan jadi abang yang terbaik untuk Mai sampai bila-bila." Aku dan abang Najmi tersenyum. Aku pun hampir menitiskan air mata. Entahlah kenapa aku rasa nak menangis pula.
Selepas itu aku dan abang Najmi sama-sama berjalan menuju ke khemah. Aku berjalan ke suami aku dan abang Najmi pula ke kak Mus. Aku tengok keluarga aku happy sangat. Aku pun turut happy.
YOU ARE READING
[1]Abang Ipar Pujaan ✔
RomanceAbang ipar sporting? Siapa je yang tak nak...😏 Start: 18 November 2017 (01:13) End: 18 November 2017 (22:34)