8

5.1K 315 11
                                    

"Can you feel where the wind is?
Can you feel it through."- DTD
—————

"Kelas pukul berapa hari ni?"

"Sekarang sebab tu aku bersiap." Ratu menganggukan kepalanya.

Dahlia mencium tangan Puan Sri Dee dan Tan Sri Fahmi tidak lupa juga anak kecilnya.

"Jangan nakal-nakal anak mummy." Dahlia menarik pipi Irwan perlahan.

Irwan melambaikan tangannya membuatkan Dahlia tersenyum dan membalas lambaian Irwan.

Punat lif ditekan perlahan. Masuk sahaja dia terus memberi password untuk ke tingkat bawah tanah.

"Mana kunci kereta ni?" Dahlia menyeluk-nyeluk bag sandangnya.

"Atas meja lah pula." Omelnya sambil menampar dahi sendiri.

"Terpaksalah pakai kereta ni. Hurm..."

Kunci kereta Audi dicapai dari peti kalau dia bawa lamborghini mesti dengki punya si Diana tu, tak senang orang dibuatnya.

************

Sekali lagi keretanya membuatkan tumpuan orang ramai. Dahlia mengeluh perlahan. Sudah faham dengan keadaan universiti ini yang suka mengambil berat akan tepi kain orang.

Perlahan-lahan keretanya memasuki parking disebelah kereta yang amat dikenalinya. Senyuman sinis terus terukir.

"Hidup juga kau masih, Diana."

"Isa!" Dahlia mengeluh lagi.

"Hai, bakal isteri saya." Ezra menghampiri Dahlia dengan senyuman.

"Siapa bakal isteri kau?"

"Awaklah. Jom masuk kelas."

Dahlia dan Ezra terus berjalan ke kelas beriringan.

"Hey budak." Sapa seorang perempuan sambil berpeluk tubuh.

"Apa kau nak lagi? Malaslah aku nak layan kerenah kau." Balas Dahlia.

"Aku tak minta banyak. Kau jauhkan diri dari Khairul, itu sahaja."

"Siapa Khairul?"

"Kau ni buat-buat tak tahu kan?"

"Sumpah aku tak tahu siapa budak Khairul."

"Isa. Khairul ni senior sebatch dengan senior depan ni." Bisik Ezra perlahan tapi boleh didengari oleh Dahlia.

"Aku kenal dia." Dahlia terus tersenyum sinis.

"Please jauhi Khairul. Kau tak akan dapat dia."

"He's not my taste, sorry." Dahlia dam Ezra terus pergi meninggalkan Diana dan kawan-kawannya.

"Dahlia? Kau okay tak?" Hanna terus mendekati Dahlia.

"Aku okaylah. Kenapa kau ni?"

"Taklah tadi aku nampak kau dengan Diana tu. Risau aku dibuatnya."

**********

"Heya, Puan!" Dahlia mengerutkan keningnya.

"Asal kau datang sini?"

Patutlah ramai perempuan melirik-lirik mata mereka kearah lelaki ini. Tidak dapat diduga memang dia ni tarikkan semua pelajar universiti  disini.

"Lah, Puan yang suruh saya datang." Zafwin menanggalkan kaca mata hitamnya.

"Maksud aku datang ke rumah bukan sinilah!"

Devil Girl 2Where stories live. Discover now