23

4.4K 254 26
                                    

“My Heart Is Hoping.”
——————

Sudah 3 hari Dahlia kusut dengan masalahnya bersama Zafwin. Selalunya setiap hari pasti Zafwin akan bertanyakan kabar melalui whatsapp tapi sejak perselisihan itu Zafwin tak bertanyakan lagi.

"Masuk." Arah Dahlia sebaik sahaja terdengar orang mengetuk pintu biliknya.

Dahlia menegakkan badannya ketika orang itu masuk.

"Doktor, ada orang bagi ni." Nurse itu menghampiri Dahlia dengan sejambak bunga. Berkerut jugalah Dahlia apabila dia menerima bunga itu.

"Siapa bagi?" Nurse mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Masa saya datang tadi bunga ni ada diatas meja saya dengan nota juga."

"Okay, Terima kasih." Dahlia terus sahaja mengambil bunga itu. Setelah Nurse pergi Dahlia membelek bunga yang diterima. Mustahil kalau Zafwin bagi sebab kalau Zafwin bagi setentunya dia akan memberi bunga Dahlia, Rose dan Orkid tapi kali ni bunga yang diterima ialah bunga Raya. Takkan besar bunga tu?!

Dahlia membaca nota yang terselit dari samak-samun bunga itu. Selepas sahaja dibaca terus sahaja dia membuang bunga itu ke dalam tong sampah yang tertutup.

"Kau tak habis-habis ganggu aku!" Gunam Dahlia berseorang lalu menyandarkan badannya dikerusi. Dahinya dipicit perlahan.

Telefon yang terletak diatas mejanya diambil setelah ada bunyi notification.

From: Unknown
Got your flower? Just for you sayang.

Dahlia terus memadam pesanan itu setelah diterima. Dia terus sahaja berdiri dari duduk untuk memeriksa beberapa pesakitnya.

Sepanjang perjalanan hendak ke katil pesakit, Dahlia disapa oleh beberapa jururawat dan juga doktor. Al-maklumlah doktor paling muda katakan.

**************

Dari pesakit pertama sehinggalah pesakit yang terakhir. Memang mencabar juga bagi Dahlia sebagai seorang doktor.

Dahlia terus pergi ke kaunter untuk membuat catatan pesakit sebelum pergi ke rumah. Jam ditangan dikerling.

Bunyi tembakkan bergema dari tingkat bawah membuatkan semua orang terkejut. Dahlia terserentak apabila mendengar bunyi pistol.

"Semua masuk mana-mana bilik sekarang!" Jerit seseorang. Dahlia memalingkan kepalanya. Ryan dengan muka cemasnya berlari kearah Dahlia yang tenang sahaja.

"Doktor Dahlia. Masuk bilik sekarang sebab hospital ni dah kena serang!" Arahnya.

"Tak nak." Dahlia terus sahaja melangkah untuk turun dengan lif.

"Dahlia. Nanti nyawa awak akan terancam!" Kata Ryan sambil memegang lengan Dahlia.

"Doktor Ryan. Kalau kau nak hospital ni selamat biarkan aku pergi dan jangan telefon polis!" Dahlia menepis tangan Ryan sebelum melangkah masuk ke dalam lif.

"Dahlia!" Cepat-cepat Dahlia menutup pintu lif.

Ryan yang cuba menghalang Dahlia buntu jadinya.

"Saya risaukan awak, Dahlia." Gunam Ryan perlahan.

Dahlia memeriksa pistolnya yang ada didalam bag tangan.

"Inspektor Raf. Datang kat hospital sekarang." Arah Dahlia melalui alat perhubungan bersama Raf sebaik sahaja pintu lif terbuka.

"Roger!"

Dahlia terus sahaja bersembunyi ditiang basement car. Ada beberapa orang sedang membalas-balas tembakkan. Dahlia buntu, mana satu baik mana, satu yang jahat ni?

Devil Girl 2Where stories live. Discover now