41

3.3K 190 3
                                    

“There you are!”- TYA
—————

"Patut ke aku rasa bersalah?" Keluh Dahlia apabila terkenang akan ayat-ayat yang keluar dari mulut Zarith..

"Buat apa kau nak bersalah? Kan kau dah pilih Yazid jadi suami kau." Balas Mike yang sedang bersandar pada kerusi.

"Kalaulah aku tahu si Zarith tu suka aku-"

"Oh, kau nak kahwin dengan dia lah? Tapi kau tak cintakan dia Dahlia." Sempuk Waie lalu dia menjeling Dahlia. Dia geram sebenarnya dengan Dahlia ni. Sekejap jadi kejam sekejap jadi baik hati.

"Yazid tu dah jadi suami kau weyh. Lagipun suami kau suka kau juga sebelum kau kahwin tup-tup kahwin. Sebab apa? Sebab Allah dah tentukan kau dengan si Yazid bukan dengan orang lain." Pesan Mike.

"Dah, kau rehat je hari ni biar kitaorang jaga rumah ni. Dah shuh pergi balik." Halau Waie sambil menolak Dahlia keluar dari bilik.

"Aish, yelah. Tengok-tengok pekerja kat sini. Aku balik dulu. Chaw!"

Nissan GT-R yang terpakir didepan rumah Dahlia terus dimasuki oleh Dahlia. Belum sempat dia ingin menukar gear satu telefonnya berdering.

Zarith.

"Zarith? Kenapa dia call ni?" Soal Dahlia perlahan sambil tangannya memegang kuat telefonnya.

"Hello?" Setelah berfikir sekejap sama ada jawab atau tidak dia akhirnya menjawab.

"Hello. Dahlia. Boleh kau datang ke balai sekarang? Ni nak uruskan kes Isyraf." Suara Zarith nada tegas.

"Sekarang?"

"Yelah sekarang."

"Okay-okay aku datang."

********

"Pergi mana? Kenapa lambat sangat nak balik?" Kedengaran suara manja Yazid dicorong telefon.

"Aku kena pergi balai, urgent."

"Hmm, yelah, pergilah dengan kerja tu. Kahwinlah dengan kerja tu, manjalah dengan kerja tu." Nada suara Yazid merajuk.

"Hey, hey. Apa kau mengarut ni? Aku kerja tau bukan saja-saja nak datang balai."

"Tahu. Jangan lambat balik tau nanti rindu. Bye, i love you."

"Insya Allah. Okay aku tutup."

"Eip! Jangan tutup dulu. Jawab dulu apa yang aku kata tadi."

"Yang mana satu ni?" Dahlia sengaja berdalih.

"Takpelah orang tu tak sayang kita kan."

"I love you too." Terus sahaja Dahlia menutup panggilan sebaik sahaja dia membalas.

Telefonnya digenggam selepas menutup panggilan suaminya. Terbit sebuah senyuman.

Manakala Yazid yang berada dibalkoni rumah turut tersenyum sendiri.

"Ah... Dahlia. Kenapa kau buat aku tergila-gilakan kau?" Yazid menyembabkan mukanya diatas lengan.

"Nasib kau dah jadi milik aku."

Dia terus pergi dari balkoni untuk bersiap-siap.

*********

"So?"

"Tempoh dia dipenjara sudah berakhir. Hari ni dia boleh dah dibebaskan." Jelas Zarith. Matanya tidak memandang mata Dahlia malah matanya memandang lantai.

"Aku tak suka orang bercakap tak pandang muka aku seolah-olah dia tu cakap dengan benda." Perli Dahlia membuatkan Zarith terasa.

Zarith terus mengalihkan mukanya untuk memandang Dahlia. Dia tak nak sebenarnya nak pandang Dahlia lama-lama takut perasaan dahulu datang semula tanpa sedar.

"Erm... Maaf ni inspektor Zarith kan?" Tegur satu suara dari belakang.

Mereka berdua terus memandang suara garau itu. Seorang lelaki berumuran lingkungan 50-an berdiri diantara mereka.

"Ha'ah, dan ni Dato' Hamid?" Zairth menghulurkan tangannya kepada Dato' Hamid.

"Ya, saya."

"Eh, Dahlia kan?" Dahlia menganggukkan kepalanya perlahan dengan senyuman.

"Lama uncle tak jumpa kamu. Last uncle jumpa masa kamu akad minggu lepas tu pun tak sempat nak tegur kamu."

Zarith terus pergi sebaik sahaja mereka berdua bercerita tentang perkahwinan Dahlia. Dia pergi untuk mendapatkan Isyraf sementara Dahlia dan Dato' Hamid bercerita.

"Makin berseri-seri uncle nampak kamu ni sejak kahwin. Kalaulah si Isyraf tu tak buat perangai memang kamu ni dah jadi menantu uncle."

"Biasa-biasa jelah uncle." Tersipu Dahlia dibuatnya.

Zarith datang kembali bersama Isyraf.

"Ha, ini pun anak bertuah ni." Dato' Hamid menjeling anak lelakinya.

Isyraf memandang tajam kearah Dahlia. Kalau bukan disebabkan Dahlia memang dia dah boleh lari masa hari tu dan tidak di masukkan ke dalam lokap.

"Hai, sayang." Bisik seseorang dari belakang Dahlia. Terkejut Dahlia dibuatnya.

"Hey, macam mana boleh dapat masuk sini?" Bisik Dahlia perlahan. Malu lah dia kalau cakap terang-terang nanti depan Dato' Hamid, Isyraf dan Zarith.

"Adalah."

"Ehem. Ni ke suami Dahlia tu?" Sempuk Dato' Hamid sambil tersenyum melihat Yazid. Isyraf dan Zarith memandang Yazid dengan tajam.

"Ha'ah, nilah suami saya. Yazid."

Yazid menghulurkan tangannya kepada Dato' Hamid dan Isyraf. Tiba giliran Isyraf, Isyraf lambat-lambat untuk menyambut huluran.

"Untung Yazid dapat Dahlia ni. Dahlia ni dahlah cantik, bekerjaya, pandai pula tu." Puji Dato' Hamid.

"Janganlah puji anak orang lebih-lebih tapi anak ni tak dipuji." Sempuk Isyraf.

"Uncle balik dulu Dahlia, Yazid." Mereka berdua menganggukkan kepala masing-masing.

Setelah Dato' Hamid dan Isyraf pergi, Yazid terus menghadap Dahlia sambil memegang tangan Dahlia. Dia tidak kesah dengan Zarith yang menentang mereka.

"Kenapa tak bagitahu yang kau datang?" Soal Dahlia sambil matanya memandang ke dalam mata Yazid.

"Saja je nak jenguk isteri ni betul ke tak pergi balai." Jawab Yazid selamba.

"Naik kereta apa tadi?"

"Grab."

"Kenapa Grab? Kereta banyak je dalam rumah tu."

"Alah, nanti susah lah nak balik. Nak juga balik sesama tak nak lah balik asing-asing." Kata Yazid dengan muka comel.

Zarith sudah naik menyampah dengan drama tidak berbayar yang ada dihadapannya. Nak tegur nanti kena maki pula jadi dia biarkan jelah diaorang buat drama.

"Takpelah Zarith. Diaorang dah halal. Kau apa tau." Bisik Zarith pada dirinya.

"Zarith, tau tak restaurant mana sedap kat sini?" Soal Yazid sambil tangannya memeluk bahu Dahlia.

"Kedai mamak." Jawab Zarith. Matanya tidak memandang mereka sebaliknya dia memandang kertas-kertas yang bertimbun diatas meja.

"Okay."

Mereka berdua terus berlalu pergi dari situ.

Sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan Zarith melepaskan keluhan.

Bella mendekati Zarith yang kelihatan kusut.

"Comel kan diaorang dua tu, sepadan sangat aku tengok. Aku nak juga lelaki sesweet macam Yazid tu." Kata Bella membuatkan Zarith naik angin.

"Kau boleh tak buat kerja kau? Aku tak suka dengar benda semua ni." Balas Zarith nada menghalau.

"Eleh, cemburu lah tu sebab orang tu dah berpunya tapi dia tak ada orang guna."

Devil Girl 2Where stories live. Discover now