56

3K 194 25
                                    

"I'm so tired."- IST.
————————

"Mel, kau tak nak warning cikgu Erniza ke?" Risau Wani dibuatnya. Bukan apa dia takut nanti cikgu Ezrina akan dimusuhi oleh isteri Sir Yazid.

"Malas aku nak tegur biar dia lah. Biar dia tau bukan senang nak berkawan dengan Sir Yazid tambahan kalau isteri dia tau." Melina naik menyampah apabila melihat Cikgu Erniza selalu bersama-sama dengan Sir kesayangannya.

Aip, dia tak obsess seperti dahulu dia hanya meminati Sirnya sahaja dan tak ada niat untuk meruntuhkan rumah tanggan Sirnya lagi sekali. Naik seram kalau dia buat lagi.

"Aku tak nak lah tengok Cikgu Erniza
terseksa kalau dia kena intip macam kau masa tu."

Melina mengerutkan dahinya. Kenapa Wani beria-ria sangat suruh dia pesan dekat cikgu Erniza?

"Kenapa kau suruh aku? Why not kau? Yelah kau yang beria-ria sangat kan."

"Mel, cikgu Erniza tu cikgu kita tau, kita ada hak untuk bagi dia warning aku takut benda sama terjadi dekat dia Mel."

"Aish yelah, aku teman kau jelah tapi kau kena cakap dengan dia." Dengan nada geram Melina berkata.

Dia sebenarnya tidak suka akan cikgu Erniza tu bukan sebab dia mengambil Sir buah hatinya akan tetapi cikgu itu seperti menunjuk-nunjuk dan selalu berkepit dengan Sir Yazid. Habis lah kau kalau isteri Sir tau!

Seperti yang dijanjikan Melina dan Wani pergi ke bilik guru bersama-sama setelah sekolah tamat. Mereka memanjangkan kepala mereka untuk meliat keberadaan cikgu Erniza.

"Eh, aku tak mau lah macam ni nanti dia tak percayakan kita." Pujuk Melina kepada Wani yang sibuk mencari kelibat cikgu Erniza.

"Benda ni macam tak logik lah kau rasa dia percaya ke?" Soal Melina.

"Aku sure cikgu percaya. Jom! Aku nampak cikgu dekat bilik panthery." Wani menarik tangan Melina, Melina hanya mengikut dengan keluhan. Dia tak suka lah berjumpa dengan Cikgu Erniza ni buang masa.

"Weh, kejap."

Wani menyuruh Melina untuk bersembunyi disebalik pintu panthery bilik cikgu. Mereka ternampak cikgu Erniza mereka sedang mengeluarkan sesuatu dari koceknya yang berwarna kuning.

"Apa tu?" Bisik Melina perlahan kepada Wani. Wani mengangkat bahunya.

Minuman dikucau oleh Erniza sebaik sahaja dia memasukkan serbuk ke dalam cawan dan membawa cawan itu ke depan.

Wani dan Melina cepat-cepat pergi dari situ dan memerhatikan langkah cikgu Erniza.

"Aku rasa benda tu-"

"Ubat!" Dengan serentak mereka menjawab dan suara mereka dikawal.

"Wait, dia bagi Sir minum?"

Wani terus melihat gelagat cikgu Erniza yang sedang tersenyum sinis apabila melihat Sir Yazid meminum minuman yang dibuat olehnya.

"Aku rasa kita patut beritahu benda ni dekat isteri Sir lah!" Cadang Melina. Dia tak sedap hati sekarang dengan Cikgu Erniza ni!

********

"Jadi kamu sudah berjumpa dengan sepupu arwah Irfan lah ya?" Soal Puan Wahidah sambil memotong bawang.

"Dah, tapikan Ibu kenapa perangai dia sama macam arwah Irfan, Ibu?" Soal Dahlia kembali.

Puan Wahidah tersenyum memandang Dahlia. Ya Allah, mesti dia rindu dengan arwah suaminya.

"Mereka dari kecil selalu sama-sama sampai lah ke besar tu pun sampai sekolah menengah je lepas tu semua ke haluan masing-masing. Mereka ni boleh dikatakan kembar tapi bukan kembar sedarah sedaging." Jelas Puan Wahidah. Air matanya cuba untuk ditahan. Ya Allah, aku amat merindui anakku.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now