13

4.4K 273 29
                                    

“Is it my imagination?
Is it something that I'm taking?”
——————

"Saya nak jumpa awak dekat starbucks boleh?"

"Hm..." Dahlia terus menamatkan panggilannya.

"Jaga Yazid, aku nak jumpa orang sekejap." Dahlia terus berlalu masuk ke dalam officenya.

Pintu yang berwarna putih itu dibuka perlahan oleh Dahlia. Banyak baju tersusun disetiap rak yang ada. Jacket berwarna hitam dicapai bersama jeans.

Usai sahaja bersiap kasut gucci diambil. Tidak lupa juga pistol turut dibawa. Musuh ada dimana-mana.

"Miss nak pergi mana?" Soal Hazwan yang ketika itu mereka sedang menunggu pintu lift terbuka.

"Meeting with someone." Kata Dahlia dengan senyuman.

Hazwan menganggukkan kepalanya perlahan tanda faham.

*********

Kereta Lamborghini Hurican diparkir dihadapan kedai starbucks. Rata-rata ramai orang memandang kearahnya kerana kereta.

Dahlia terus sahaja masuk ke dalam kedia itu dengan selamba dan mengendahkan orang yang sedang memandangnya sambil berbisik-bisik. Dia terus berlalu kearah kaunter untuk memesan minuman.

Usai sahaja dia terus duduk dimeja yang kosong. Keretanya yang berada diluar ditenung. Kalaulah arwah Irfan ada mesti dia suka dengan kereta ni sebab kereta nilah kereta yang diidamkan selama ini.

"Hey, sorry lambat." Lelaki itu terus menarik perlahan kerusi yang berada dihadapan Dahlia. Dahlia hanya menganggukan kepalanya.

"Miss Lia." Panggil kaunter.

"Let me." Lelaki itu mempelawa dirinya untuk mengambil minuman Dahlia. Dahlia hanya diam sebab dia tahu mesti ada rancangan lelaki ini terhadapnya.

Lelaki itu mebelakangi Dahlia. Dahlia melihat baju lelaki itu, terdapat setitik darah merata-rata tempat dibahagian belakang baju.

"Yours." Dia meletakkan minuman itu dihadapan Dahlia.

Dahlia hanya membalas dengan senyuman. Curiga juga dengan seorang lelaki yang berada dihadapannya sekarang.

"Kenapa kau nak jumpa aku, Ezra?" Soal Dahlia. Minuman yang dipesannya hanya dibiarkan diatas meja.

"Erm... Awak ingatkan perjanjian kita?" Soalan Ezra membuatkan kening Dahlia terangkat.

"Ingat. Why?"

"Takda. Just ingatkan mungkin awak terlupa." Ezra menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Lagi? Takkan tu je kot kau nak tanya aku."

"Kenapa awak tak minum minuman ni?" Soal Ezra sambil menunjukka  kearah minuman yang Dahlia pesan.

"Ini untuk Zafwin sebenarnya." Tipu Dahlia sebab dia tahu ada sesuatu didalam minuman ini.

"Ouh." Ezra mengetap bibirnya sambil berkata sesuatu tanpa suara.

"Sorry?"

"Takda apalah." Ezra terus senyum manis.

"Kenapa kau nak jumpa aku? Sebab yelah muka kau je selalu aku tengok setiap minggu. Meluat aku." Kata Dahlia sambil berpeluk tubuh.

"Erm... Saya terlupa kenapa saya nak jumpa awak." Sengih Ezra.

"Okay. Aku nak gerak dulu dah nak maghrib ni." Dahlia terus mengambil sling bagnya serta minuman itu juga.

Punat kereta ditekan. Terus sahaja Dahlia masuk ke dalam kereta Lamborghininya. Dari kereta Dahlia ternampam Ezra bersama perempuan lain sambil berpegang tangan. Dahlia hanya membiarkan sebab dia tahu yang Ezra ni bukannya setia orangnya perangai dia dah berubah.

Punat yang berwarna merah itu ditekan sekejap membuatkan enjin terus hidup.

**********

"Check apa yang ada dalam minuman ni." Dahlia menghulurkan secawan starbucks itu kepada pekerjanya. Pekerjanya terus menganggukkan kepala.

Dahlia terus berlalu ke tingkat 35 dimana biliknya berada. Perlahan-lahan lift itu bergerak. Sampai sahaja disana Dahlia terus duduk diatas kerusi empuknya.

Beberapa minit kemudian ada ketukan dari pintu.

"Masuk."

"Miss. Yang pasal minuman tu dalam minuman ni ada ubat tidur." Pekerjanya yang bernama Wan itu menghulurkan minuman itu kepada Dahlia.

"Erm... Licik betul budak tu." Omel Dahlia perlahan.

"Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu, Miss." Wan terus keluar dari bilik Dahlia.

"Apa motif kau Ezra?" Dahlia bersandar pada kerusinya.

********

"Irwan." Dahlia mencium perlahan dahi Irwan yang sudah dibuai mimpi.

"Mummy sayang Irwan tau." Pipi lembut Irwan diusap dengan penuh kasih sayang.

"Mummy tak nak tinggalkan Irwan tapi mummy terpaksa demi kesenangan kita satu hari nanti." Air mata Dahlia jatuh sedikit.

"Mummy janji akan bawa Irwan dekat sana."

"Kita tak boleh percaya bulat-bulat apa yang uncle Ezra cakap ya. Mummy tak akan suruh dia masuk dalam rumah ni lagi."

"Ezra, kau dah buang kepercayaan aku terhadap kau. Aku tak akan lepaskan kau macan tu je." Omel Dahlia dengan senyuman sinisnya.

"Goodnight anak mummy."

**********

Seperti biasa semua orang akan memandangnya apabila masuk sahaja kawasan University. Keluar sahaja dari kereta orang ramai masih lagi memandangnya dengan pandangan yang menakutkan.

Diana hanya diam apabila Dahlia berjalan dihadapannya. Serius, dia mula gerun dengan Dahlia sejak Dahlia menangkap beberapa orang suspek diUniversity ini.

"Hai Isa." Sapa seseorang.

Dahlia yang berseorangan dikafe hanya memandang empunya suara dan matanya terus sahaja melihat buku notanya. Hari ni exam bagi sem pertama.

Ezra terus menarik kerusi dihadapan Dahlia. Dahlia hanya membiarkan, malas mahu bertekak dengan 'bakal suami'nya.

"Nak apa?" Soal Dahlia tapi mata masih lagi melihat nota.

"Nak awak." Jawab Ezra nada menggoda.

"I'm single but not available." Balas Dahlia bersahaja.

"Jadi awak lupalah perjanjian kita?" Ezra menutup kasar buku nota Dahlia. Dahlia yang terkejut itu terus menikam tajam anak mata Ezra.

"Jangan masukkan hal peribadi dekat sini. Aku tak suka." Dahlia berlalu ke sinki. Jarinya yang terkena ink pen itu dicuci.

"Tak guna kau." Omel Dahlia sambil mencuci tangannya.

Sapu tangannya yang ada dipocket jacket diambil. Dia melihat perbuatam Ezra dari jauh. Senyuman sinis terus terukir. Kau fikir aku bodoh, Ezra.

Dahlia terus berlalu kearah meja untuk mengemas barang-barangnya.

"Hey, sweetie nak pergi mana?" Sapa Ezra.

"Kelas. Aku tak ada masa nak layan orang yang mengacau hidup aku."

"Kalau iya pun minumlah minuman awak ni. Tak baik membuang rezeki." Ezra menolak cawan Dahlia.

Dahlia tersenyum sinis. Tangannya mengambil cawan yang Ezra bagi lalu didekatkan dibibir tapi tidak dihirup sama sekali.

Senyuman terus terukir dibibir Ezra.

"Kau yang dah buang rezeki aku." Dahlia terus membaling air itu kepada Ezra. Terus basah Ezra dibuatnya. Ramai orang terkejut melihat perbuatan Dahlia.

Dahlia terus meninggalkan Ezra yang sudah basah dengan bau coffee.

**********

Devil Girl 2Where stories live. Discover now