36

4.8K 275 13
                                    

“I don't wanna lose your touch.”
-————

Tangan Yazid yang berada diatas badannya dialihkan perlahan-lahan supaya tidur suaminya itu tidak terganggu.

"Nak pergi mana?" Soal Yazid dengan keadaan mamai. Dia memeluk Dahlia semula.

"Yazid. Lima belas minit lagi waktu subuh nak habis." Kata Dahlia perlahan tapi boleh didengari oleh Yazid.

Yazid terus mencelikkan matanya luas. Sebenarnya dia sudah bangun awal tadi apabila terdengar laungan azan dari masjid yang tidak jauh dari rumah Tan Sri Fahmi akan tetapi dia menyambung tidurnya semula apabila kepala Dahlia berada diatas bidang dadanya.

Dahlia terus mengeliat kecil setelah dia turun dari katil dan berlalu ke tandas untuk mengambil wudu.

***********

"Erk.. Yazid?" Tegur Dahlia apabila Yazid mencium dahinya lama.

Yazid yang tersedar akan perbuatannya terus dia melepaskan ciuman dari dahi Dahlia.

"Dahlia, aku janji aku akan jaga kau dengan Irwan seperti mana Irfan jaga kau. Aku cuba untuk membuatkan rumah tangga kita ni indah seperti rumah tangga Nabi Adam bersama isteri beliau. Aku cuba untuk membahagiakan kau macam mana bahagianya Nabi Yusof dan Zulaikha A.S." Kata Yazid penuh dramatik sambil menggenggam tangan Dahlia. Dahlia hanya mendengar setiap perkataan yang dikatakan oleh Yazid. Pipi Yazid diusap perlahan oleh Dahlia.

"Dan aku juga akan buatkan kau bahagia macam mana Zulaikha A.S membahagiakan Nabi Yusof. Insya Allah." Balas Dahlia dengan senyuman. Dia sudah membuat keputusan untuk menerima Yazis secara perlahan-lahan, dia tak nak mendesak mencintai lelaki itu kerana takut nanti ada yang terluka.

Yazid menarik tangan Dahlia untuk dikucup dibibir. Jujur dia katakan Dahlia memang cukup sempurna baginya.

"Ah... Aku nak pergi gym." Pamit Dahlia apabila mereka berdua kembali senyap untuk beberapa saat ketika itu.

Dahlia menarik tangannya dari genggaman Yazid. Yazid enggan melepaskan tangan Dahlia membuatkan Dahlia menarik kuat tangannya akan tetapi apakan daya Yazid menarik semula tangan Dahlia membuatkan Dahlia terdorong kearahnya dan terjatuh.

"You smells like lavender." Puji Yazid perlahan apabila Dahlia terduduk diatas pahanya.

Dahlia terus berdiri apabila Yazid begitu hampir dengannya. Dia terus keluar dengan keadaan malu. Yazid pula tersengih-sengih dan tersenyum melihat telatah Dahlia. Ingatkan Dahlia ni tak pemalu orangnya rupa-rupanya pemalu.

"Kenapa berjalan sambil tunduk ni?" Tegur seseorang menyebabkan Dahlia terus mengangkat mukanya.

"Tak adalah." Balas Dahlia dan pergi meninggalkan abangnya.

Danish mengusap belakang lehernya. Otaknya masih lagi keliru dengan keadaan adiknya. Matanya terus sahaja melihat kearah bilik yang baru sahaja adiknya keluar membuatkan dia tersenyum penuh makna.

"Oh.. Patutlah tunduk-tunduk. Malulah tu." Omel Danish perlahan.

************

Sebelum melakukan senaman pada pagi itu Dahlia memulakan terlebih dahulu untuk memanaskan badannya digym.

Sedang leka Dahlia melakukan pemanasan badan Yazid berlalu masuk ke dalam bilik itu secara senyap-senyap. Dahlia yang sedang mendengar lagu melalui Airpodsnya tidak mendengar akan derapan kaki orang malah dia tidak terdengar ada orang membuka dan menutup pintu gym itu.

Yazid melihat isterinya yang sedang melakukan lompat bintang. Biarlah isterinya tidak perasan keadannya disini. Dia sebenarnya tak tahu nak buat apa sebab tu dia datang untuk ke sini memandangkan Dahlia berada dibilik ini.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now