77

2K 137 8
                                    

"But when i saw you, i felt something i mever felt."- F
—•—

"Aduh, abang!" Panggil Dahlia apabila perutnya mula terasa seperti anaknya meragam kuat.

"Abang!! Ya Allah mana pula laki aku ni."

Dahlia membuka pintu balkoni dan terlihat Yazid sedang membasuh kereta.

"Abang! Saya nak terberanak ni!" Jerit Dahlia kuat sehinggakan Yazid menggelabah dan memandang keatas balkoni melihat Dahlia yang memegang perutnya dan belakang badannya.

"Ya Allah yang, sekejap! Tunggu situ abang angkat!" Balas Yazid dan bergegas untuk masuk rumah.

Dahlia berjalan terus keluar dari bilik dan ternampak Irwan sedang melukis di ruang tamu.

"Irwan, pergi tukar baju kita pergi hospital."

"Adik dah nak keluar ke mummy?" Dahlia senyum lalu mengangguk. Dia segera turun dengan menggunakan lift.

Irwan terus sahaja menukar pakaian dan meninggalkan barang lukisannya diruang tamu.

"Irwan! Mana mummy?" Tanya Yazid nada cemas apabila melihat bilik kosong.

"Abang buat apa lagi dekat atas tu? Cepatlah!" Jerit Dahlia berlega satu rumah membuatkan Yazid dan Irwan turun bersama-sama.

"Yang! Kenapa tiba-tiba je dekat bawah ni?"

"Jangan nak banyak membebel, jom masuk kereta dah tak larat."

Yazid dan Irwan terus memimpin Dahlia ke kereta. Semua kereta ada yang ada di garage masih lagi belum selesai dicuci oleh Yazid membuatkan Dahlia menjeling apabila banyak bekas-bekas sabun diatas kereta.

"Erk... Ni kan hujan takpe lah kita redah je hujan ni nanti hilanglah sabun-sabun tu." Sengih Yazid membuatkan Dahlia menjeling.

Kereta Lamborghini Urus itu laju sahaja meluncur diatas jalan yang ketika itu hujan lebat.

"Yazid, tak payah lah laju-laju." Kata Dahlia sambil memegang tangan kiri Yazid.

"Sayang tu nak bersalin tau, nanti bersalin dekat kereta abang tak tahu, yang doktornya sayang bukan abang." Balas Yazid membuatkan Dahlia memuncungkan mulutnya.

Air ketubannya mula pecah dipertengahan jalan membuatkan kain Dahlia basah.

"Sayang kencing?!" Tempik Yazid membuatkan Dahlia mendengus.

"Bukan kencing lah! Ni air ketuban dah pecah maksud dia-"

"Baby dah nak keluar! Ya Allah sayang kejap lagi kita sampai!" Dengan keadaan panik Yazid terus melajukan lagi kereta.

"Farhain! Ni hujan tau! Fikir pasal nyawa kita sekali please." Rayu Dahlia dan Yazid terus memperlahankan keretanya.

"Get ready." Yazid berkata kepada alat hubungannya bersama pekerja-pekerja Dahlia.

Dahlia termenung diluar jendela apabila hospital hanya tinggal beberapa meter membuatkan dia berasa gugup untuk melahirkan seorang cahaya mata miliknya.

Dulu ketika dia melahirkan Irwan, Zafwin lah yang menjaganya sebelum dan selepas bersalin dan kini si suami bakal menemaninya ketika bersalin nanti membuatkan Dahlia bersyukur akan tetapi dia tidak pasti akan kesihatannya.

"Okay, jom." Yazid terus membuka pintu Dahlia.

Dia memakir kereta dihadapan pintu hospital yang tersedia. Beberapa jururawat menyuruh Dahlia menggunakan kerusi roda ke bilik persalinan.

Sebelum masuk ke dalam labour room Dahlia memegang tangan Yazid dengan tangisan. Dia tidak kuat untuk semua ini.

Yazid, Irwan dan pekerja-pekerja Dahlia menunggunya diluar bilik tersebut membuatkan masing-masing berdegup untuk menantikan kelahiran seorang darah daging yang bakal mewarisi Dahlia dan Yazid.

Devil Girl 2Where stories live. Discover now