Kindness is better,
Air sirap bandung yang berada di dalam gelas dikacau dengan menggunakan straw. Sebelah tangan lagi dijadikan untuk dia menongkat dagu. Orang yang berada di hadapan di pandang dengan pandangan kosong. Keluhan panjang dilepaskan.
"Apa tujuan kita keluar sebenarnya ni?" Terus orang yang berada di hadapannya mengangkat wajah.
"Date? Makan?" Soalan berbalas dengan soalan namun masih lagi matanya tertancap pada skrin telefon.
"Saya rasa dari tadi, saya sorang je kut yang makan tak berhenti. Awak kata kita date? Date apa kalau awak asyik dengan phone awak? Bercakap sepatah pun payah dengan saya." Straw dilepaskan. Dia mula bersandar pada kerusi dan terus berpeluk tubuh.
"Woahh, relax babe. Okay, sorry Jan." Phone disimpan dalam kocek seluar.
"Sorry, sorry. Dah berapa banyak kali awak cakap sorry kalau kita keluar macam ni. Alih-alih awak buat jugak nanti."
"Zack dah cakap sorry kan? Apa yang susah sangat Jan nak maafkan Zack?"
Jannah menjeling tajam Zack yang berada di hadapannya. Sekali lagi keluhan dilepaskan berserta dengan mata yang terpejam. Sekejap. Kemudian dibukanya kembali sepasang mata itu.
"Bukan Jan tak nak maafkan Zack. Jan terima maaf Zack, tapi Zack tetap ulang perkara yang sama. Jan tak suka."
"Semua orang buat kesalahan Nurul Jannah Binti Zulkefli," ujar Zack geram. Badannya sudah mula tegak.
"Ya, Jan tahu semua orang buat kesalahan. Tapi, bukan kesalahan yang sama." Balas Jannah dengan suara yang lembut. Takut. Dia takut sebenarnya apabila Zack sudah mula menggunakan nama penuhnya. Tahulah dia yang api kemarahan Zack akan meletus tak lama lagi.
"Then, maafkan ajelah."
"Bukan sesenang itu Zack. Zack ulang kesalahan yang sama selalu." Badan Jannah kembali dekat dengan meja makan yang tadinya menjauh. Mukanya ditundukkan ke bawah. Tak mahu memandang wajah Zack.
"Perkara macam tu pun Jan nak panjangkan kenapa?"
"Bukan. Bukan itu maksud Jan. Jan cuma nak Zack betul-betul insaf dengan kesalahan Zack. Jan tak nak Zack ulang perkara yang sama."
"Aku dah cakap sorry kan? Yang payah sangat kau nak terima tu apahal!?" Jerkah Zack pada Jannah. Mujur sahaja jerkahan Zack tidak terlalu kuat namun cukup untuk membuatkan Jannah kecut perut.
"Zack..."
"Susah sangat ke kau nak maafkan?" Tanya Zack. Jannah sudah mengetap bibirnya serapat yang mungkin. Zack sudah mula berdiri. Jannah mendongak memandang Zack.
"Awak nak pergi mana Zack?"
"Aku nak balik." Wallet dan kunci yang berada di atas meja diambil.
"Tapi, makanan tak habis lagi Zack. Janganla macam ni," ujar Jannah lembut. Hujung baju pada pergelangan tangan Zack ditarik.
"Kau lapar sangat kan? Makan la. Balik office nanti naik teksi. Pandai-pandai kau lah." Terus kaki Zack melangkah ke kaunter untuk membayar dan dia keluar tanpa langsung berpaling ke arah Jannah.
Jannah ditinggalkan seorang diri di meja makan itu. Air mata sudah mula bergenang di tubir mata. Lapisan kain yang berada di dadanya digengam kemas. Sakit. Dan tanpa suruhan dari sesiapa, air mata jernih bak mutiara itu akhirnya jatuh mambasahi pipi mulus Jannah.
----------
Tuala dililitkan di atas kepala selepas sahaja Jannah menyarungkan baju tidurnya. Jannah baru je lepas mandi. Kaki melangkah ke arah meja solek dan dia duduk di atas kerusi. Losen yang berada di atas meja diambil dan dilumur di seluruh leher, dada yang sedikit terdedah dan lengan.
Setelah selesai, dia mengambil telefonnya yang berada di atas meja kerja. Dia duduk bersandar di kepala katil. Selimut di tarik sehingga ke paras pinggang. Apabila telefon miliknya dibuka, perasaan kecewa terus sahaja mengundang dirinya.
Tiada langsung panggilan atau mesej daripada Zack. Zack tidak berusaha untuk memujuk Jannah sedangkan sudah terang lagi bersuluh yang ini berpunca dari kesalahan Zack. Sepatutnya Jannah yang patut merajuk bukannya Zack.
Jannah mengeluh panjang. Entah kenapa hari ini sahaja banyak keluhan yang keluar dari dirinya. Adakah berpunca dari Zack? Dia sendiri pun tidak pasti.
Aplikasi whatsapp dibuka dan terus jarinya lincah menaip mesej kepada Zack. Dia tahu, setiap kali mereka bergaduh Jannah la yang akan sentiasa memulakan kata maaf walaupun bukan salah Jannah seratus peratus. Kalau nak tunggu Zack yang mulakan memang berzaman la. Ego Zack terlalu tinggi. Tinggi melangit.
To: Zack
➡ Zack.. awak marahkan saya lagi ke?Mesej dihantar walaupun Zack masih lagi tidak online. Lama. Lama Jannah tunggu Zack untuk online dan membaca mesejnya. Hampir setengah jam, barulah Jannah dapat menarik bibirnya untuk senyum apabila Zack sudah online.
Namun, Zack hanya meninggalkan bluetick. Oh, sakitnya ku disini. Di dalam hatiku bila Zack langsung tiada ura-ura untuk membalas balik. Jannah kemam bibir.
To: Zack
➡ awak, saya minta maaf okay?
➡ sorry
➡ zack...Sama. Zack membacanya dan meninggalkan bluetick. Tiada langsung tanda-tanda Zack typing.
To: Zack
➡ awak, jangan la mcm ni. Okay, saya terima maaf awak. Janji jangan buat lagi.Laju Jannah menaip. Jannah kulum senyum apabila dia melihat Zack membalas mesejnya. Akhirnya, usaha tak seberapa dia dibalas.
To: Jannah love
➡ Zack pun nak minta maaf. Zack janji tak buat lagi dah😉To: Zack
➡ Zack tak marahkan Jan lagi kan? Zack maafkan Jan kan?Dengan serta merta, telefon Jannah menjerit apabila ada panggilan masuk. Sekali lagi Jannah kulum senyum yang lebar. Zack menelefon dirinya. Auww, terharu. Segera panggilan diangkat oleh Jannah.
YOU ARE READING
Hadirnya Dia ✔
Short StoryWarning!! Klise😶 "Maybe I'm too late to be your first. But right now, I'm preparing myself to be your last." Perkahwinan dibatalkan seminggu sebelum ianya berlangsung benar-benar membuatkan Jannah mati akal. Kad telah diedar, makanan, dewan, baju d...