5 - hadirnya dia

1.2K 82 17
                                    

If someone seriously wants to be a part of your life they will seriously make an effort to be in it. No reasons, no excuses.

Jannah duduk di birai katil. Selesai sahaja walimatul urus dia dan Amsyar, terus dia masuk ke dalam bilik. Nasib baik segala makanan dan minuman diuruskan oleh catering. Jadi tak payahla dia susah-susah nak basuh periuk belanga bagai.

Lagipun, memang itu yang dirancang oleh Puan Humaira dan Encik Zulkefli. Menggunakan khidmat catering memandangkan saudara-maranya tidak ramai ditambah pula hidup di kawasan bandar. Memang tiada masa nak memasak.

Kakinya diayun perlahan. Fikirannya sudah melayang ke lain. Memikirkan Amsyar. Dia masih lagi tertanya-tanya siapa sebenarnya Amsyar sehingga lelaki itu sanggup mengambil keputusan yang drastik untuk mengahwininya. Sedangkan, mereka berdua masih tidak mengenali antara satu sama lain.

Macam mana kalau Amsyar ada teman wanita? Tak pun yang lebih parah, Amsyar dah ada isteri? Tak ke naya diri dia? Walid pun satu. Main hentam kromo je terima si Amsyar tu.  Tak pulak walid tanya Amsyar lebih-lebih. Kalau Zack bukan main.

"Kerja kat mana?"

"Berapa gaji sebulan?"

"Yakin boleh tampung Jannah dan bakal anak-anak?"

Itulah soalan yang diajukan oleh Encik Zulkefli kepada Zack. Pening jugak kepala Jannah. Tapi bila dengan Amsyar? Satu soalan yang ditanya terus diterima. Haih.

"Amboi, panjang mengeluh. Kenapa?"

Jannah tersentak. Terus wajahnya diangkat memandang gerangan yang telah menegurnya. Terkedip-kedip mata melihat susuk tubuh seorang lelaki di hadapan. Amsyar.

"Err-- tak ada apa-apa." Jannah garu kepala yang masih berlapik shawl ungu muda walaupun tidak gatal. Dia pandang Amsyar atas bawah. Nampak macam Amsyar baru lepas mandi dan yang pasti dia menggunakan bilik air di bilik Jannah.

"Awak buat apa dalam bilik saya?"

"Aik salah ke?" Jannah tidak memberi sebarang reaksi. Amsyar kulum senyum.

"Bilik sayang kan?" Sekali lagi Amsyar bertanya. Jannah angguk kepala tanda ya.

"Bilik abang jugak," seraya itu, Amsyar berjalan menuju ke bagasi miliknya. Senyum sampai ke telinga dia melihat wajah berkerut Jannah dengan bibir yang dicebik ke depan tu. Haish, rasa nak cium-cium je bibir tu.

Jannah pandang belakang badan Amsyar dengan pandangan tak percaya. Serius ah mamat tu bahasakan diri dia 'abang' dan Jannah 'sayang'. Biar kebenaran!? Maju setapak nampak. Hm.

"Err.. awak.. guna..tidur.."

"Abang, sayang."

"Hah?" Dahi Jannah berkerut. Amsyar melangkah dekat pada Jannah yang duduk di birai katil. Dia duduk sebelah Jannah. Tangan genit Jannah diambil dan diusapnya lembut.

"Abang," Tangan Jannah dibawa ke dadanya. Kemudian tangan itu dibawa ke dada Jannah.

"Sayang,"

Jannah pandang Amsyar dengan mata yang terkebil-kebil. Amsyar menarik tangan Jannah ke bibirnya lalu dicium tangan Jannah. Lama.

Hadirnya Dia ✔Where stories live. Discover now