I saw you, my heart whispered, "that's the one".
Amsyar merengus perlahan. Badan disandarkan di sofa. Matanya terpejam dan tangannya memicit pelipis. Dia letih. Letih dengan sikap Jannah yang baru ni. Sejak semalam lagi Jannah seperti acuh tidak acuh dalam melayannya.
Bila ditanya kenapa, tidak pula Jannah memberi jawapan. Kalau dijawap pun, dia sendiri tidak faham dengan jawapan Jannah. Habis cara dah dia pujuk Jannah. Semuanya tak menjadi. Semuanya tak kena.
Matanya kembali terbuka apabila dia mendengar derapan tapak kaki di tangga. Segera Amsyar membetulkan kedudukannya. Mata memandang tubuh Jannah di tangga.
"Sayang," Jannah toleh kepala memandang Amsyar.
"Ye?"
"Nak pergi mana?"
"Bilik. Nak tidur." Jannah meneruskan lagi langkahnya menuju ke bilik. Amsyar yang dah terpinga-pinga di sofa dibiarkan. Dia tahu masih awal lagi untuk dia tidur. Baru pukul 8.45 malam. Memang terkejut lah Amsyar.
Amsyar mengambil remote televisyen dan butang merah ditekan. Apabila skrin televisyen sudah bertukar gelap, segala suis di ruang tamu ditutup. Dia naik ke bilik.
Pintu bilik ditolak dari luar dan Amsyar nampak Jannah dah mengiring baring di katil. Kakinya melangkah ke almari baju. Kain pelikat di ambil dan ditukar dengan seluar yang dipakainya.
"Sayang, sayang dah tidur ke?" Soal Amsyar sambil mengemaskan kain pelikatnya.
Diam. Tiada jawapan. Amsyar datang pada Jannah di katil. Dilabuhkan punggung di katil dan kemudian tubuhnya sama mengiring menghadap Jannah. Wajah Jannah ditatap. Kening Jannah dielusnya perlahan. Turun ke hidung, dicuitnya hidung Jannah. Turun ke bibir, diusap dua ulas bibir pink milik Jannah dengan ibu jari.
Amsyar tarik nafas sedalam yang mungkin. Dia dah tergoda. Cukup sekadar disentuhnya bibir Jannah dah buat dia tergoda. Apatah lagi kalau dia merasa. Tak lama, dikucupnya bibir Jannah sekilas. Dia tersenyum nipis bila nampak ada sedikit pergerakan dari Jannah. Dia tahu Jannah tak tidur lagi.
"Sayang," Jannah masih diam. Amsyar menongkat kepalanya dengan tangan kanan di atas bantal. Rambut Jannah yang terjuntai dibawa ke belakang telinga.
"Last warning sayang," Jannah tetap diam. Amsyar dah tersenyum sinis. Tak mahu mengalah rupanya bidadari dia ni. Pinggang Jannah dirangkul agar Jannah rapat dengan dirinya. Terus wajahnya disembamkan di leher Jannah.
Tak lama, terus telinga Amsyar menangkap rengekan dari Jannah. Dia dapat rasa tolakan di dadanya. Amsyar tetap pada kedudukannya. Masih lagi tak lepas dengan leher Jannah. Tak lupa ditinggalkan juga khazanah kat situ.
"Abang, lepaslah." Amsyar mengendahkan rayuan Jannah. Masih lagi bertapa di leher bidadarinya.
"Abang, pleasee..." rayu Jannah dengan lembut. Rayuan Jannah kali ini menjadi apabila Amsyar melarikan wajahnya dari leher Jannah. Tapi, yang membuatkan Jannah sesak bila Amsyar menindihnya. Dia nampak senyuman Amsyar. Senyuman keji.
"Abang ni kenapa?"
"Patutnya abang tanya sayang. Sayang ni dah kenapa?" Jari jemari dilarikan di sekitar wajah Jannah.
"Saya dah kenapa?" Jannah pandang Amsyar dengan kening yang hampir bertaut.
"Sayang macam nak tak nak je layan abang. Kenapa? Abang ada buat salah? Kalau ada, bagitahu. Kita boleh bincang. Kita kan dah janji nak bincang kalau ada masalah." Dikucupnya dahi Jannah sekilas.
"Abang punya pasal lah." Jannah memuncungkan bibirnya.
"Abang buat apa?"
"Saya dah kena buatan orang." Terlopong mulut Amsyar dibuatnya.
YOU ARE READING
Hadirnya Dia ✔
Short StoryWarning!! Klise😶 "Maybe I'm too late to be your first. But right now, I'm preparing myself to be your last." Perkahwinan dibatalkan seminggu sebelum ianya berlangsung benar-benar membuatkan Jannah mati akal. Kad telah diedar, makanan, dewan, baju d...