I fell in love with the way you touch me without using your hands.
"Areysa balik khamis ni." Beritahu Amsyar pada Jannah yang berada di tempat duduk penumpang di sebelah. Tangan kanan mengenggam stereng kereta manakala tangan kiri mengenggam erat tangan Jannah yang berada di atas pehanya.
"Areysa? Balik? Siapa?" Berkerut-kerut dahi Jannah memandang Amsyar yang berkaca mata hitam. Tertawa Amsyar dibuatnya. Belakang tangan Jannah, Amsyar kucup.
"Ohh ye, abang lupa nak bagitahu pasal Areysa,"
"Apa? Siapa Areysa?" Tanya Jannah dengan nada cemburunya. Yelah, siapa je yang tak cemburu bila encik suami sebut nama perempuan lain.
"Emm.. siapa eh?" Amsyar cuba menyakat Jannah.
"Skandal? Ke madu sayang nanti?" Sambung Amsyar lagi. Jannah dah menjeling pada Amsyar. Tangan yang berada di dalam genggaman Amsyar juga ditariknya.
"You better watch out abang!"
Amsyar ketawa melihat wajah merah Jannah. Tengah tahan nak marah latew. Tangan Jannah cuba diraih namun Jannah lebih pantas mengelak.
"Sayang ni comel lah. Buat abang turn on je." Amsyar tayang senyuman keji.
"Cepatlah bagitahu. Siapa Areysa!?" Tangan Jannah dah naik menampar lengan Amsyar. Haih lah Jannah, kalau dibuatnya TER-accident nanti macam mana?
"Okay-okay. Abang bagitahu. Sakitlah sayang," Amsyar mengusap lengannya yang ditampar tadi. Mulut dicebik. Pedih woo. Berbisa jugak biarpun tapak tangan tu kecik.
"Eh, sakit sangat ke? Sorry, sorry. Abang tu la. Hish."
"Sayang jealous?" Kening sebelah dijongket. Amsyar tayang senyuman miang dia.
"Gile tak jealous? Abang tu suami saya. Dahlah kacak. Baik pulak tu. Perempuan mana je yang tak sangkut?"
Amsyar dah kembang hidung. Kembanglah bila Jannah puji dia. Depan-depan pulak tu. Haih, pandai betul Jannah buat encik suami happy. Dah dapat pahala dah bidadari dia.
"Areysa tu adik abang. Yang paling bongsu. Dia baru habis belajar kat Australia. Waktu kita nikah dia tak ada sebab ada final exam. Sebab tu sayang tak pernah jumpa dia."
Jannah angguk. Ohh, patutla. Pernah jugak la Jannah nampak dalam bingkai gambar kat rumah mentua yang Amsyar ada tiga beradik. Dia anak tengah. Yang lain semua perempuan. Tertanya-tanya jugak dia mana lagi sorang tapi terlupa nak tanya.
"So, sayang jealous lagi tak ni?"
"Tak."
"That's my girl." Amsyar mengusap lembut kelapa Jannah yang berbalut shawl biru gelap.
"Kalau macam tu, saya ingat nak masak untuk Areysa. Areysa suka makan apa? Western ke melayu?"
"Masak je masakan melayu. Budak tu suka masakan melayu je walaupun duduk negara orang."
"Oh, okay. Kalau abang, taste melayu ke western yang abang suka?"
YOU ARE READING
Hadirnya Dia ✔
Short StoryWarning!! Klise😶 "Maybe I'm too late to be your first. But right now, I'm preparing myself to be your last." Perkahwinan dibatalkan seminggu sebelum ianya berlangsung benar-benar membuatkan Jannah mati akal. Kad telah diedar, makanan, dewan, baju d...