Sometimes, someone comes into your life, so unexpectedly, takes your heart by suprise, and changes your life forever.
"Ye Ma. Angah singgah." Stereng kereta yang digenggam dipusing apabila dia sudah sampai di simpang market. Mata meliar mencari parkir untuk keretanya.
"Ada ni ha dalam poket. Nanti angah pandai-pandai la tanya orang dalam tu." Brek ditarik ke atas dan gear terus ditukar kepada huruf P. Enjin kereta dimatikan dan dirinya keluar dari kereta.
"Ma, angah pergi dulu. Kalau ada apa-apa, angah call balik. Assalamualaikum ma." Terus telefon dimasukkan ke dalam kocek seluar. Senarai barang yang diperlukan oleh mamanya pula dibawa keluar.
Amsyar perhati satu-persatu senarai barang. Tangannya sudah naik menggaru belakang leher.
• sawi
• carrot
• kobis bunga
• kangkung
• minyak zaitun
• dll [takkan nk senarai satu persatu😂]Amsyar ketap bibir. Haih, susah jugak eh bila nak cari barang dapur ni. Ingatkan senang macam petik jari. Tak, petik jari pun susah jugak. Macam mana la kaum hawa boleh sekejap je cari semua barang ni.
Mata hazel milik Amsyar sudah meliar mencari pekerja di market ini. Dalam beberapa saat sahaja, matanya tertancap pada susuk tubuh seorang wanita yang dari tadi sedang membelek-belek kotak susu.
"Emm, maaf ye cik," Amsyar menegur. Kepala wanita tadi menoleh. Terkaku sekejap diri Amsyar.
"Subhana Allah, indah sungguh ciptaan Mu ya Allah." Gumam Amsyar perlahan. Matanya tidak berkedip melihat wajah perempuan yang ditegurnya.
"Encik,"
"Encik!" Terangkat sedikit bahu Amsyar apabila namanya dipanggil kuat.
"Astagfirullah. Eh ya. Kenapa?" Kalut Amsyar dibuatnya. Wanita dihadapannya ketawa kecil. Merah telinga Amsyar apabila melihat wanita itu ketawa.
"Patutnya saya yang tanya kenapa. Kenapa encik tegur saya?"
"Oh ya, maaf saya terlupa." Amsyar tersengih. Wanita itu tersenyum.
Manis.
Amat manis bagi Amsyar. Melihat bibir merah jambu yang senyum kepadanya memang benar-benar membuatkan degupan jantungnya berdetak laju. Amsyar kemam bibir.
"Sa-saya nak mintak to-tolong boleh?" Gagap Amsyar bertutur. Haish, tak macho langsung gagap tiba-tiba depan perempuan.
"Kalau kena dengan pertolongan encik, Insya Allah saya tolong."
Tanpa membuang masa, terus kertas yang telah disenaraikan dengan barang dapur tadi disuakan di depan muka wanita itu. Habis berkerut dahi salah seorang daripada kaum hawa ni bila Amsyar bertindak sedemikian.
"Apa yang encik nak saya tolong?" Tanya wanita itu apabila dia tidak faham dengan tindakan Amsyar.
"Boleh tolong carikan benda dalam kertas ni tak?" Kertas tadi diambil oleh wanita itu. Habis dibeleknya kertas itu depan belakang.
"Saya tak reti nak cari semua. Kalau cili tu bolehla." Sambung Amsyar dengan ketawa kecilnya.
"Okay, saya tolong encik cari. Saya faham kalau encik tak reti." Kaki sudah mula melangkah untuk mencari barang.
"Kenapa encik tak datang dengan isteri? Baiknya encik tolong isteri walaupun tak tahu serba-serbi." Ujar wanita itu sambil tangan dan matanya ralit memilih sayur.
Tanpa disangka, terbit senyuman kecil dari bibirnya. Suka dia bila ada kaum lelaki yang sudi untuk membeli barang dapur. Bukan senang nak cari suami macam ni zaman sekarang.
YOU ARE READING
Hadirnya Dia ✔
NouvellesWarning!! Klise😶 "Maybe I'm too late to be your first. But right now, I'm preparing myself to be your last." Perkahwinan dibatalkan seminggu sebelum ianya berlangsung benar-benar membuatkan Jannah mati akal. Kad telah diedar, makanan, dewan, baju d...