6 - hadirnya dia

1.2K 74 16
                                    

Be with someone who knows exactly what they have when they have you. Not someone who will realize it after they've lost you.


"Betul ni dah cukup?"

"Iye, dah cukup."

"Betul ni? Tak nak masuk balik?" Tanya Amsyar dengan bersungguh.

Jannah datang dekat. Sebahagian beg plastik dan kertas yang dibimbit oleh Amsyar diambil. Jannah ukir senyuman bila melihat wajah berkerut Amsyar.

"Kenapa abang tanya cukup tak cukup ni? Banyak dah barang yang kita beli. Balik jom." Kening Amsyar disentuh Jannah. Suka betul Jannah dengan kening si Amsyar ni. Tebal dan tersusun cantik.

"Balik?"

"Ye lah. Balik abang sayang," Amsyar senyum. Tangan dah naik mengusap lembut pipi Jannah. Suka dia bila Jannah bahasakan dirinya dengan pangggilan 'abang'.

"Okay. Kita balik." Tangan Jannah ditarik lembut. Jari Amsyar disulamkan dengan jari Jannah dan mereka berdua melangkah ke kereta. Sempat jugak Amsyar curi-curi cium belakang tangan Jannah.

Pintu kereta dibuka oleh Jannah sementara menunggu Amsyar memasukkan barang ke dalam bonet belakang kereta. Jannah meloloskan diri ke dalam. Telefon yang berada di dalam handbagnya diambil.

"NURUL JANNAH!"

Terus Jannah mengangkat wajahnya daripada menatap skrin telefon apabila namanya dipanggil. Dia melihat hadapan melalui cermin depan kereta. Matanya dibesarkan dan mulutnya sedikit terlopong.

Jannah tergamam.

"Abang..." rintih Jannah perlahan apabila dia melihat susuk tubuh Zack yang berjalan menghampirinya. Jelas dengan wajah yang bengis.

Amsyar berjalan kedepan apabila nama isterinya dipanggil. Terkejut jugak dia mula-mula mendengar jeritan yang memanggil nama Jannah. Tapi, yang membuatkan dia lagi terkejut dengan pemanggilnya itu. Orang yang pernah buat Jannah sakit.

Buk!!

Tanpa Amsyar sempat berkata apa-apa, Amsyar ditumbuk oleh Zack. Mujur sahaja badannya tidak rebah. Pipi yang ditumbuk oleh Zack dipegang. Perrghh, pedih. Bibir pecah. Pipi lebam.

Melihat encik suami yang telah ditumbuk, segera Jannah keluar dari kereta dan pergi ke arah Amsyar.

"Ya Allah, abang,"  Jannah membantu Amsyar untuk berdiri dengan betul apabila melihat suaminya sudah terbongkok. Pinggang Amsyar dirangkulnya kemas.

"Apa kau nak Zack?" Tanya Jannah terus terang dan tanpa lemah lembut. Tiada lagi panggilan 'saya-awak' yang dia selalu gunakan apabila bertutur dengan Zack.

"Kau." Ringkas, padat dan cukup tegas jawapan yang meniti keluar dari mulut Zack. Tajam dia memandang Jannah dan Amsyar.

"Sial! Dia milik aku." Tangan yang diletakkan di atas bahu Jannah dikepal. Geram benar dia bila mendengar permintaan Zack.

Zack ketawa sinis. Wajah Jannah dipandang lama dengan pandangan tajam menyebabkan Jannah tertunduk. Takut. Pinggang Amsyar, Jannah peluk erat.

"Abang.." Jannah ketap bibir. Menggigil kecil badan dia.

"Bagi Jannah aku balik,"

"Langkah mayat aku dulu! Dia milik aku!" Jerkah Amsyar. Nafas dia sudah mula tidak teratur. Marah dengan Zack. Jannah yang berada di sisi dipeluk erat.

"Ahh! Jannah milik aku. Kau pergi mampus!"

"Ceit, waktu dia jadi milik kau dulu, ada kau hargai dia? Ada kau jaga perasaan dia? Ada kau kisah fasal dia? Ada? Ada!?" Jannah usap dada Amsyar lembut bila Amsyar mula menengking. Jujur dia takut dengan Amsyar sekarang. Tak pernah lagi dia melihat Amsyar begini.

Hadirnya Dia ✔Where stories live. Discover now