I want to be with you, it is as simple and as complicated as that.
Tunang Jan batalkan perkahwinan mereka." Beritahu Akmal pada semua orang yang berada di ruang tamu dengan tenang.
Semua mata beralih memandang Jannah yang duduk bersebelahan dengan Syazwina. Tadi selepas sahaja mereka sampai ke rumah, terus Akmal memanggil semua penghuni di dalam rumah ini. Mahu diajak berbincang.
"Apa!? Abang jangan nak merapu." Ujar Syazwina. Wajah suaminya dan Jannah dipandang silih berganti.
"Merapu apanya sayang? Tak percaya, tanya dia tu haa. Dia ada dekat situ jugak. Kan?" Akmal menunding jari telunjuknya pada lelaki yang mahu mengikutnya tadi. Lelaki itu mengangguk.
"Mal, kamu biar betul? Zack tak cakap apa-apa pun kat mak long." Puan Humaira bersuara, umi kepada Jannah.
"Nak bagi tahu apanya? Dia tu pengecut. Dayus pulak tu." Akmal merengus geram. Tangan disilangkan di dada dan badan menyandar pada sofa.Teringat pulak dia yang Jannah hampir sahaja ditampar oleh Zack. Nasib baik ada yang dapat halang tindakan tak guna Zack tu.
"Kakak, betul ke apa yang Mal cakap?" Encik Zulkefli bertanya. Dia mahu Jannah bersuara. Dia masih belum yakin dengan kenyataan Akmal. Dia mahu kata-kata itu keluar dari mulut Jannah sendiri.
Jannah diam tapi dia mengangguk tanda benar apa yang dikatakan oleh sepupunya tadi. Dia tunduk. Tak mampu untuk melihat wajah kedua orang tuanya. Dia tahu pasti orang tuanya kecewa.
Manakan tidak bila semua persiapan sudah hampir 78% siap. Dahnya pula, majlis perkahwinan dia berlangsung minggu depan. Kad telah diedar, makanan, dewan, baju dan semualah telah ditempah. Takkan dia mahu membatalkan begitu sahaja. Membazir, membazir.
Bila sahaja Jannah memberikan jawapan, Encik Zulkefli mengeluh berat. Tangannya memicit-micit pelipis. Tak sangka yang Zack akan bertindak sedemikian rupa. Takkan la Zack langsung tiada perasaan kasihan. Majlis mereka hanya tinggal seminggu sahaja dan Zack dengan sukacitanya membatalkan perkahwinan mereka.
Mardhiah dan Syazwina yang berada di sebelah kanan dan kiri mengenggam erat tangan Jannah. Ingin menyalurkan semangat.
"Tak guna punya jantan. Sesuka hati je dia buat macam ni! Dia ingat dia siapa? Ish, kalau Wina jumpa dia, Wina sepak terajang dia sampai cacat. Cacat terus pun tak apa." Syazwina bangun tiba-tiba. Bengang dengan Zack betul.
Semua mata terarah pula padanya termasuk Jannah. Akmal menggeleng.
"Sayang, sedar sikit awak tu mengandung. Jangan diikut sangat emosi tu. Nak sepak terajang orang tapi dia tak mampu pun. Tak padan dengan mak buyung betul sayang ni." Akmal tersenyum melihat wajah berkerut dan bibir yang dah kedepan Syazwina. Dia tahu Syazwina sayang dekat Jannah. Best friend forever lah katakan.
"Abang ni, sokonglah Wina," Akmal ketawa kecil. Begitu juga dengan yang lain. Sikap Syazwina yang satu ni memang suka buat orang tertawa walaupun ada masalah.
"Dahla sayang. Kita masuk bilik ye. Dari tadi kita berjalan. Kesian abang tengok Wina. Kita rest okay. Pak long.. mak long.. Mal naik bilik dulu eh? Kesian dekat Wina." Pinta Akmal. Bukan dia tak mahu untuk selesaikan masalah ni, cuma Syazwina lagi penting untuknya. Dengan emosi mengandung Wina lagi buat dia risau. Kang tak pasal-pasal ada yang meraung nanti.
"Haa, pergilah. Mak long pun kesian dekat Wina." Akmal mengangguk lalu dia bangun mendapatkan Syazwina. Tangan isterinya dipimpin sehingga mereka berdua sampai ke bilik.
Sebelum itu, sempat lagi Akmal berbisik sesuatu pada Encik Zulkefli. Encik Zulkefli hanya mengangguk beberapa kali.
"Kakak nak teruskan perkahwinan ni jugak?" Tanya Puan Humaira. Jannah angkat kedua belah bahu.
"Nama siapa nak?" Mata Encik Zulkefli terarah pada lelaki yang sedari tadi diam tidak berkutik. Akmal ada bagitahu tentang lelaki itu padanya.
"Amsyar pak cik,"
"Akmal cakap yang kamu akan bertanggungjawab. Betul ke?" Amsyar pandang Encik Zulkefli kemudian dia mengangguk tanda mengiakan.
Encik Zulkefli mengeluh.
Bukan dia tak mahu percaya pada lelaki itu. Cuma, dia baru sahaja kenal dan hati budi Amsyar pun dia tidak tahu. Macam mana dia mahu melepaskan Jannah pada orang yang dia tidak kenal? Untuk selama-lamanya pula tu. Tak ke naya kalau perkara buruk terjadi pada Jannah?
Nauzubillahi minzalik!
"Kamu nakkan Jannah?" Amsyar angguk tanpa ragu-ragu.
"Apa jaminan yang kamu boleh bagi kalau pak cik serahkan Jannah pada kamu?" Amsyar telan air liur. Rasa berpasir pulak tekak ni.
"Saya tak boleh janji apa-apa. Cuma yang pasti, saya akan bimbing Jannah hingga ke syurga, saya akan jaga Jannah sepenuh hati saya, saya akan sentiasa dengan dia waktu susah dan senang dan saya akan buat Jannah adalah perempuan yang paling bahagia." Amsyar menjawab dengan penuh yakin. Sesekali dia memandang Jannah sekilas.
Encik Zulkefli tersenyum.
"Kamu sayang Jannah?" Amsyar angguk. Dia tahu bukan senang seorang ayah melepaskan anak perempuannya lagi-lagi dalam keadaan macam ni.
"Bukan setakat sayang, saya cintakan Nurul Jannah,"
----------
"Alhamdulillah, kakak dah jadi isteri orang." Puan Humaira memeluk Jannah. Air matanya mengalir. Sedih dia bila melepaskan anak sulungnya pada orang lain.
"Lepasni, ikut arahan suami. Jangan derhaka. Ingat, syurga akak pada suami bukan pada umi lagi," Jannah pandang muka Puan Humaira. Dia tersenyum kecil sebelum dia mengucup kedua-dua belah pipi Puan Humaira.
"Kakak minta maaf kalau ada khilaf yang akak buat. Maafkan akak umi," batang badan Puan Humaira dipeluk. Erat.
"Ehem, anak umi bukan sorang je tau, Mar pun nak kena peluk jugak." Mardhiah menyampuk. Bibirnya dicebik ke depan. Pelukan dileraikan
"Eiii dah besar panjang perangai macam budak-budak. Mari sini," Puan Humaira mencubit perlahan lengan Mardhiah dan menarik kedua-dua anaknya ke dalam pelukan.
"Kami sayang umi," ujar kedua-duanya.
"Pengantin lelaki dah siap buat solat sunat." Beritahu seseorang. Lepas sahaja acara akad nikah tadi, terus Amsyar melakukan solat sunat. Jannah ketap bibir.
Janggal. Kekok. Pelik.
Itu apa yang Jannah rasa sekarang. Tak sangka yang dia akan bernikah dan menghabiskan sisa hidupnya dengan orang yang dia tidak kenal. Mampukah masjid yang dibina ini bertahan lama? Atau akan musnah dalam sekelip mata?
Nak pulak bila encik suami mengatakan yang dia cintakan dirinya tempoh hari. Mahu tak terkejut? Mereka berdua mana pernah berjumpa. Nak berbicara apatah lagi. Tup-tup cakap yang 'saya cintakan Nurul Jannah.'
Dan sepanjang menunggu majlis akad nikah, mereka berdua langsung tidak berhubung. Sebenarnya, Jannah yang tidak mahu berhubung. Amsyar ada jugak call dan hantar text melalui whatsapp namun Jannah langsung tak pandang. Sebelah mata pun tak.
"Assalamualaikum," Jannah mengangkat wajahnya yang dari tunduk. Jantung dah berdetak laju bila anak matanya tertancap pada anak mata encik suami yang duduk dihadapannya.
"Wa-waalaikumusalam," jawab Jannah perlahan.
"Akak, salam suami kau."
"Huh?" Jannah pandang Mardhiah di sebelah. Kening diangkat.
"Tu.. salam suami kau cepat." Mardhiah menjuih bibirnya ke depan. Jannah pandang muka Amsyar. Amsyar senyum.
Cepat-cepat Jannah mengambil tangan Amsyar dan mencium belakang tangan Amsyar. Dan dalam beberapa saat, Jannah tersentak. Terkejut bila dahinya dicium.
Aneh.
Perasaan aneh datang menjengah. Rasa macam selamat pula berada dekat di sisi Amsyar. Kenapa? Kenapa ada perasaan macam ni?

ANDA SEDANG MEMBACA
Hadirnya Dia ✔
Short StoryWarning!! Klise😶 "Maybe I'm too late to be your first. But right now, I'm preparing myself to be your last." Perkahwinan dibatalkan seminggu sebelum ianya berlangsung benar-benar membuatkan Jannah mati akal. Kad telah diedar, makanan, dewan, baju d...