8 - hadirnya dia

1.2K 79 15
                                    

You make me happy in a way
no one else can.

"Line clear?"

"Jap." Kepala Fiya tertoleh kiri dan kanan. Setelah pasti tiada siapa yang melalui koridor, dia memandang Jannah.

"Beres, line clear boh." Jannah senyum. Isyarat bagus ditunjukkan pada Fiya.

"Cepat sikit. Nanti ada orang syak kita lama-lama kat sini." Ujar Fiya yang masih lagi tertinjau-tinjau keadaan di luar.

"Haa, kejap-kejap. Sikit je lagi," Jannah mengemaskan bungkusan dan satu sticky note berwarna merah jambu yang digunakan untuk menyalin nota penting diambil dari kotak penselnya.

Ditulisnya sesuatu di atas sticky note itu dan ditampal pada bungkusan. Jannah pergi ke meja Arel yang berada selang tiga baris dari mejanya. Cepat-cepat kakinya melangkah. Tak mahu orang lain perasan.

Bungkusan itu diletakkan di dalam laci meja. Sempat jugak Jannah mengerling 'hadiah' yang diterima oleh Arel daripada peminat-peminatnya. Dia tahu Arel banyak peminat. Terutamanya golongan junior-junior. Memang payah la kalau crush banyak peminat. Entah dia sedar ke tidak kewujudan kita.

"Aku harap kau notice hadiah ni walaupun kau tak tahu siapa yang bagi." Ujar Jannah perlahan.

Arel Amsyar bin Ariff Ameer adalah crush Jannah sejak dari tingkatan 2 sehinggalah sekarang. Dah masuk tingkatan 5, Jannah masih lagi tak move on dengan Arel. Dah terang-terang Arel tak sedar kewujudan dia biarpun mereka berdua satu kelas tapi tetap Jannah setia pada yang satu. Ecewah!

Gelaran Arel Alpha digunakan oleh setiap pelajar di sekolah kepada Arel. Kenapa Alpha? Sebab Alpha ni kiranya macam ketua lah. Dan Arel ni nak dikatakan hampir semua badan organisasi dia jadi ketua. Bukan sebab dia nak. Tapi, dia dah tercalon dan terpilih.

Siapa je yang tak nak lantik Arel jadi ketua. Dahlah baik, bijak, bertanggungjawab, suka tolong orang. Dan yang paling penting, Arel kacak! Hehe. Cikgu pun berkenan dengan dia. I mean sikap dia la. Bukan diri Arel naa.

Bacaan Yassin dan solat hajat yang dilakukan pada setiap hari Jumaat pun Arel ketua. Dia akan jadi imam setiap kali solat berjemaah dilakukan. Suara dia bila jadi imam tu pergghh, merdu beb. Perempuan mana je tak cair. Memang layak jadi imam dan ketua keluarga lah Arel ni. Pakej lengkap!

"Woi, berangan apa lagi? Cepatlah." Jerkah Fiya bila dia melihat Jannah termenung.

"Eh, sorry sorry. Dah siap dah ni." Cepat-cepat Jannah melangkah pergi. Sempat jugak dia menoleh ke belakang melihat meja Arel. Tersenyum sendiri dia.

Haihla Jannah, kemaruk sungguh ni.

-------------------------------------------------------------

"Arel Alpha?" Amsyar angguk sambil tersenyum.

Jannah pandang Amsyar dan sticky note itu silih berganti. Masih lagi tidak percaya dengan apa yang dialaminya sekarang.

"Abang.. abang main-main kan?" Soal Jannah dengan ketawa hambarnya. Dia tak dapat terima ini semua. Betul ke apa yang bermain di fikirannya sekarang yang Amsyar ni adalah crush nya satu ketika dahulu?

Hadirnya Dia ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang