02

22 1 0
                                    

Surat khabar yang mak ngah baca sebentar tadi aku ambil dan membawanya ke bilikku. Di situ, aku baring meniarap beralaskan bantal tidurku sambil tanganku ligat menyelak helaian surat khabar itu.

" Ha! Jumpa pun ", aku bercakap sendirian sambil tersenyum. Iklan kerja. Itulah yang aku cari.

Mataku ralit membaca setiap iklan pekerjaan, memilih yang mana satu sesuai untukku.

Ya, aku sudah putuskan untuk bekerja. Tentang universiti, mana mungkin aku tolak tawarannya. Tapi aku tak mahu menyusahkan pak ngah. Biar aku yang cari duit untuk belanja pembelajaran aku nanti.

Dan terima kasih kepada Tia, sebab cadangkan idea ni. Tak sia - sia rupanya aku mengadu kat dia.

Keratan surat khabar yang sudah aku koyak tadi aku lipat kemas dan selitkan ke dalam diari aku.

Apa - apa pun, aku kena bagitahu pak ngah dulu.

Laju langkah kakiku menuju ke dapur. Aku mengerling sekilas jam yang tergantung di dinding. 9.30 am. Patutlah sunyi. Biasanya jam macamni, pak ngah dan mak ngah keluar joging. Hanya aku dan Airina sahaja berada di rumah kerana abang dan kakaknya bekerja.

" Sarapan tak de ke? ", suara Airina menyapa pendengaranku. Aik? Baru cakap pasal dia dah muncul. Hebat betul.

" Ada, tapi dah habis sebab abang Azril dengan Kak Aqilah dah makan. Tapi aku boleh buat...... "

" Tak payah "

Sebaik sahaja memberi reaksi dingin, dia terus berlalu ke biliknya.

Aku hanya menjongket bahu. Sudah lali dengan layanan dinginnya. Bahkan layanan dingin mak ngah dan abang Azril. Sejak dulu lagi, mereka memang tak suka dengan aku. Tapi aku buat buat tak tahu sahaja. Jujur, aku rasa bersalah. Bukannya aku tak tahu kenapa mak ngah, abang Azril dan Airina dingin denganku. Aku tahu. Semuanya sebab pak ngah selalu lebihkan aku. Pernah aku cakap pada pak ngah supaya tak lebihkan aku berbanding Airina, tapi kata pak ngah, dia bukan lebihkan aku. Dia cuma jalankan amanah yang arwah ayah bagi pada dia.

Perutku yang berkeroncong menyedarkan aku yang aku masih belum bersarapan. Tak berlengah, tanganku lincah menyediakan bahan untuk membuat nasi goreng.



" Errrr.... Pak ngah, Sara nak cakap sikit, boleh? ", aku duduk di sofa berhadapan pak ngah. Ketika ini pak ngah sedang menonton rancangan dokumentari. Maklumlah, hari ini cuti umum. Jadi pak ngah akan luangkan masanya dengan menonton rancangan - rancangan kegemarannya.

" Sara nak cakap apa? ", pak ngah memandang aku sekilas sebelum perhatiannya kembali tertumpu pada skrin televisyen.

" Sara terima tawaran masuk universiti tu ", bait bicaraku kali ini berjaya mengumpan perhatian pak ngah.

" Tapi Sara tak nak pak ngah tanggung pembelajaran Sara dekat universiti ", berkerut dahi pak ngah mendengarnya.

" Since tarikh daftar masuk tiga bulan lagi, Sara ingat Sara nak kerja. Gaji yang Sara dapat tu Sara akan guna untuk pembelajaran "

Ketika ini, mak ngah sudah pun menyertai pak ngah.

" Tak payah lah kerja. Biar pak ngah yang tanggung Sara. Jangan risau, pak ngah ada duit simpanan "

" Tak pe , pak ngah. Sara tak nak susahkan pak ngah. Lagipun Sara nak belajar cari duit sendiri ", aku menolak sopan.

" Biar jelah Sara nak kerja, bang. Betul apa dia cakap tu. Dah besar umur macam dia tu patutnya dah belajar cari duit sendiri, berdikari. Abang pun bukannya kaya sangat. Setakat kerani apa sangat lah bang. Duit simpanan abang tu boleh lah buat beli barang kemas saya nanti ", mak ngah menyampuk.

Barang kemas? Itu sahajakah yang dia fikir?

" Astaghfirullahaladzim. Awak ni kan, cuba berhenti fikir pasal barang kemas. Tak habis habis. Baik saya guna duit tu untuk tanggung Sara belajar. Ada lah faedahnya. Awak tu, bulan lepas baru je beli gelang emas. Takkan lah nak lagi? ", pak ngah membidas mak ngah.

Aku hanya diam sahaja. Tak mahu masuk campur perihal rumah tangga mereka. Aku bukannya tahu apa apa, baru 17 tahun , nak masuk 18 tahun.

" Dah dia nak cari duit sendiri, yang abang halang tu kenapa? Tu lah abang. Bila saya minta sikit, ada je alasan. Saya ni sakit hati tau tak dengan Si Zubaidah jiran kita tu. Minggu lepas, dia show off rantai berlian baru dia. Suami dia yang belikan dari German. Bukan main berlagak lagi dia dengan saya. Siap perli perli saya lagi. Katanya saya ni beli emas bayar ansur - ansur. Huh "

" Yang awak sanjung sangat barang kemas tu kenapa? "

" Eh, abang ni. Saya bukan sanjung, bang. Cuma teringin nak merasa ada barang kemas yang cantik cantik macam Zubaidah tu. Made in Malaysia pun tak pe, bang "

Nak tergelak aku dengar. Mak ngah ni obses sangat dengan barang kemas.

" Abang ni kerja kerani je, Amirah. Gaji abang tu tak mampu nak belikan emas banyak banyak. Duit simpanan abang tu baik abang guna untuk belanja kita ke, buat bayar yuran Sara atau si Airina sambung belajar. Nak belikan kamu emas banyak banyak pun kamu dah tua. Nanti mati bukannya kamu bawak semua tu. Patutnya umur sekarang ni kumpul amal soleh, bukan barang kemas ", nahhhh! Bila Ustaz Kamal berbicara.

" Malas lah saya nak cakap dengan abang, masak lagi bagus, huh! ", mak ngah menjeling pak ngah dan terus berlalu ke dapur.

Aku hanya menahan tawa. Terhibur dengan sikap mak ngah yang mencuit hati.

TakdirTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang