05

51 1 0
                                    

" Apa dia ingat dia tu bagus sangat ke, hah? Eeee!! Nak je aku cili - cili mulut dia tu. Harap muka je handsome tapi perangai, urgh!! "

" Kenapa ni, Sara? Akak tengok duk cubit cubit patung tu ", tiba - tiba Kak Aqilah duduk di sisiku. Mungkin dia baru balik kerja, kot.

" Tak de apelah, kak. Cuma tadi, ade sorang mamat poyo ni, dia terlanggar gelas fresh orange lepastu tumpah lah kat baju dia. Salah dia pegi senggol dulang yang Sara pegang. Tapi dia marah Sara. Ya Allah, malu kak. Memanglah waktu tu tak ramai orang kat restoran tu, tapi suara dia tu, huh! Macam dia nak bagitau dekat kedai sebelah punya sebelah tu yang baju dia terkena fresh orange. Dah lah tu, boleh pulak dia suruh Sara ganti balik baju dia. Eee, kene fresh orange je pun, bukannya kene ba alif ba ya, kak. Kalau yang tu, Sara pun bakar baju Sara. Eee, mengada - ngada betullah! Menyampah! Geram! Kerek betul! ", aku melepaskan semuanya kepada Kak Aqilah.

Hubungan kami boleh dikatakan rapat kerana Kak Aqilah melayanku dengan baik sekali.

" Biasalah tu, Sara. Tak payah kisah sangat. Pasal ganti baju tu, dia betul - betul serious ke? "

" Entah ", aku mengangkat bahu.

" Akak tak rasa dia serious. Sebab, yelah. Masa tu kan dia tengah marah. Bukan dia fikir pun apa yang dia cakap "

" Hmm, betul jugak eh. Takpelah, kalau dia mintak ganti sekalipun, Sara belikan kat pasar malam harga rm20 je "

" Iyelah, Sara. Dah lah, akak nak mandi ni. Baru balik kerja. Berlengas dah badan ni "

" Ee, patutlah bau busuk ", aku berpura - pura menutup hidungku.

Terjegil mata Kak Aqilah namun tidak lama selepas itu, tawa kami berdua pecah.

Selepas Kak Aqilah keluar, aku menyambung semula aktiviti mencubit anak patung penguin milikku. Geram!

Aku memerhatikan wajahnya yang sudah berubah merah kerana marah. Teragak - agak aku mahu meminta maaf. Kecut seluruh otot - otot perutku bila matanya yang tajam itu mencerlung ke arahku. Tapi, boleh tahan handsome jugak! Hihihi.

" Shit!!!!! Tak reti buat kerja ke kau ni? Hah?!!!! ", terangkat bahuku apabila suaranya memetir.

" Oh mak kau! ", aku melatah. Siapa tak terkejut? Orang mati pun boleh bangun balik sebab terkejut dengan suara petir dia tu. Okey, tu tipu.

Tapi, tak payah lah jerit - jerit. Aku kat depan dia je. Nak jerit - jerit buat apa.

" Ape mak mak?!! "

" Ha?? Mak siapa? ", aku menyoal kembali. Yelah, ape yang tiba tiba 'ape mak mak?'

" Eh, kau ni kan. Hesh! Sekarang ni siapa nak ganti baju aku?! ", dia menunjuk bajunya yang sudah basah. Terlihat singlet jaring jaring di sebalik kemejanya itu.

Membulat mataku. Cepat cepat aku alihkan pandanganku.

" Errr, encik lah ganti. Takkan saya pulak nak tolong gantikan? Mana boleh, kita bukan mahram. Berdosa, encik ", panjang lebar aku menerangkan kepadanya.

Iyalah, gila ke nak gantikan baju anak teruna orang?

" Heh, budak! Yang kau blur sangat ni kenapa? Aku tak suruh kau bukakkan baju aku ni lepas tu pakaikan baju lain! Aku nak kau bayar ganti rugi baju aku ni! ", suaranya masih memetir membuatkan aku terkulat kulat malu di situ.

Mulutku membentuk 'o' apabila dia menerangkan maksudnya. Ceh, cakap lah nak ganti rugi. Ni ganti baju dia.

" Tapi baju encik kan kena fresh orange je? Boleh basuh kan? ", aku bertanya.

Jangan cakap baju dia tak boleh basuh.

" Sayang, dah lah tu. Dia tak sengaja kan? ", akhirnya, perempuan yang baru sahaja datang tadi menyampuk.

" No way, darling! Lepas ni i ada mesyuarat dengan client i ", dia mempertahankan dirinya.

" Err, saya minta maaf encik. Saya tak sengaja. Lagipun encik sendiri yang senggol dulang tu "

" Oh, kau minta maaf. Sekarang kau tengok baju aku ni! ", aku menurut sahaja.

Naik merah mukaku bila jelas kelihatan singlet jaring jaring miliknya. Masha Allah, haremmm!

Tapi, apa motif dia? Omg , dia nak buat sexual harrassment ke? Ke dia nak menggoda aku? Dia ni driver fake taxi ke? Ya Allah, kau selamatkanlah hambaMu ini daripada kekejaman dunia.

" Ada kau nampak kesan fresh orange tu hilang lepas kau minta maaf? ", suaranya yang ibarat petir itu mengejutkanku.

Hai lah dia ni. Cakap tu jangan jerit - jerit tak boleh ke? Aku lepuk kang!

" Errrr.. Tak de ", jawabku polos.

" So? " , dia mengangkat sebelah keningnya.

Apa yang so?

" Errr,,, so what? " , aku menyoal kembali. Dia ni pun spesies macam Siti jugak ke?

" Maaf, encik. Ada apa - apa yang berlaku? ", entah dari mana datangnya Encik Hakimi mencelah perbualan kami.

" You tanya sendiri apa yang staff you dah buat ", dia menuding tepat ke batang hidungku.

Aku melihat jarinya sampai naik juling mataku.

" Kau dengar eh, aku nak kau bayar ganti rugi! Darling, jom! ", dia terus berlalu bersama 'darlingnya'. Sempat lagi dia melanggar bahuku sehingga aku terundur. Aduhh, badan dia tu besi ke?

" Sara, ikut saya ", pinta Encik Hakimi dan aku pun mengikutnya.

Aku menceritakan apa yang berlaku dari awal sehinggalah habis. Encik Hakimi pula hanya menasihatiku agar berhati - hati dan tidak cuai lagi.

Aku hanya mengangguk walaupun hakikatnya yang cuai itu adalah lelaki tadi.

" Eeee,, bencinya!!!" , aku merungut apabila peristiwa tadi kembali terlayar di fikiranku.

" Whatever, tidur lagi bagus ", aku terus baring dan tidak sampai 5 minit, aku lena diulit mimpi.

TakdirTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang