04

81 1 0
                                    

Tugas pertamaku adalah membersihkan semua meja di dalam restoran itu. Habis berkilat aku kerjakan meja meja makan di situ. Cehhh.

Selepas itu, aku mengemop lantai bersama Nabilah. Dia tua tiga tahun daripada ku dan bekerja di sini untuk mengisi masanya yang sedang cuti semester.

Dia merupakan mahasiswi dia Universiti Malaya dan mengambil jurusan perdagangan.

Sempat juga aku berkenalan demgan beberapa orang lagi pekerja di sini. Kebanyakannya berumur dalam lingkungan 20 an dan semestinya Siti yang paling muda.

" Kau tak kesah kan aku tak panggil kau akak? ", Siti bertanya saat aku leka mengelap meja kaunter.

" Tak. Lagipun kalau panggil akak nampak macam tua sangat. Plus, sa... Eh.. aku baru nak masuk 18. Muda lagi ", aku menjawab sambil berseloroh.

" Hahahahaha. Banyaklah kau punya muda. Takde lah, aku tak nak kau fikir aku tak hormat kau. Sebab tu aku tanya ", Siti menjawab sambil duduk di kerusi dengan gaya lady boss.

" Don't worry lah. Aku tak kisah pun. Panggilan je, kan? ", aku mengangkat sebelah keningku.

" Aku ingat kau ni nerd nerd. Rupanya tak pun ", selamba dia berkongsi first impressionnya tentang aku sambil menyilangkan kakinya. Amboi! Macam boss.

" Apa lagi impression kau masa nampak aku tadi? ", aku bertanya.

" In the beningging... Err.. Bening... In the beningg.... In the beningging.... Errr ", berkerut dahiku memandang Siti.

" Kau nak cakap in the beginning ke? ", aku menyoal.

" Haaa! Binatang tu lah yang aku nak sebut "

Aku ketawa geli hati. Beningging pun boleh!

" Seriously, Sara? ", Siti menyoal tanda tidak percaya.

" Haaa? Apa yang serious? ", sekali lagi dahiku berkerut. Suka sangat cakap tak habis.

" Kau memang betul - betul ingat aku tak tau sebut in the beginning ke? ", giliran dia pula menyoalku.

" Errr,, memang betul pun kan? ", aku menyoalnya kembali.

Dia sudah menepuk dahi.

Okay, kenapa?

" Kau tak tengok facebook ke? ", aku menggeleng.

" Instagram? ", aku menggeleng lagi.

" Aku tarik balik "

" Apa yang tarik balik? ", makin berkerut keningku. Dia ni memang spesies suka cakap tak habis ke?

" You are totally nerd ", dia menepuk dahinya berkali - kali.

Apa kena mengena dengan ada Facebook dan Instagram?

Telefon pun aku tak ada, apatah lagi Facebook dengan Instagram.

" Tak ada apa - apalah, Sara. Aku nak masuk dapur kejap. Tak sanggup tengok kau. Nerd sangat ", seusai berkata, Siti terus menghilangkan diri.

Aku hanya mengangguk.

Wait.

What? Dia cakap aku nerd?

How could she!

" Ehem! ", satu deheman garau mengejutkanku.

Aku hanya tersengih sahaja lalu meneruskan kerjaku sehingga Encik Hakimi berlalu.

Fuhhh! Nanti tak pasal - pasal gaji aku kena tolak.





" Hantar kat meja hujung sana ", Siti memberikan aku dulang yang dipenuhi makanan dan air. Gelabah aku dibuatnya.

Aku melihat ke arah meja hujung yang ditunjuk Siti. Mataku meliar ke sekeliling restoran. Banyak lagi meja kosong yang berdekatan memandangkan belum masuk waktu lunch. Okay, kenapa kena duduk jauh - jauh?

" Err, Siti.... Saya takut nak bawak lah. Kalau jatuh kat tengah jalan macam mana? Kalau ada orang terlanggar.... "

" First, aku dah cakap banyak kali dah guna kau aku. Second, aku suruh kau bawak dulang ni, errr ape ek... Tatang dulang ni, bukan suruh letak atas kepala kau lepastu jalan pegi sana. Kalau aku suruh buat macam tu memang confirm lah makanan ni jatuh "

" Tapi.... Okay lah ", aku tak jadi membantah bila ternampak Encik Hakimi di situ.

Aku menatang dulang dengan penuh berhati - hati. Choiy, macam bawak emas je.

Sampai di meja tersebut, pergerakanku terhenti. Nak letak dulang kat atas meja lepas tu keluarkan makanan ke nak pegang dulang lepastu keluarkan makanan?

Oh, crap.

Pelanggan di meja itu nampaknya sibuk dengan telefonnya. Sempat aku menjeling melihat jenama telefonnya.

Pehhhhh. Iphone.

" So, you nak tercegat macam patung cendana je ke kat sini? Or do you expect i kenyang kalau tengok makanan tu? ", tumpuan lelaki itu masih pada telefonnya.

Aku tersentak. Haah ek. Apalah aku ni.

Aku tersengih - sengih. Macam lah mamat tu nampak.

Perlahan - lahan sebelah tanganku mengeluarkan Spaghetti Bolognese dari dulang dan meletakkannya di atas meja sementara sebelah lagi tanganku menahan dulang.

" Hi, sayang. Sorry i lambat. Tadi i ambik baju untuk photoshoot petang ni ", tiba - tiba seorang perempuan datang dan duduk berhadapan lelaki itu.

Sepotong kek red velvet aku letakkan.

Dikala aku mahu mengambil fresh orange di dulang, tangan lelaki itu terlanggar dengan dulang dan menyebabkan fresh orange tertumpah ke bajunya.

Aku terkedu.

Mata lelaki itu menunduk memandang bajunya yang basah dek kerana fresh orange sebelum matanya beralih kepadaku dengan renungan yang tajam.

Gulp.

Matilah.

TakdirTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang