01

26 1 0
                                    

" Betul Sara tak nak? ", pak ngah menyoal.

Aku mengangguk.

" Sara pasti? "

Aku mengangguk lagi.

" Tak menyesal? ", pak ngah menyoal lagi.

Kali ini aku menggeleng.

Helaan suara pak ngah kedengaran. Aku hanya diam. Aku lakukan ini bersebab.

" Pak ngah tak nak paksa Sara tapi pak ngah harap sangat Sara ubah fikiran. Semua ni untuk masa depan Sara jugak, bukan orang lain. Pak ngah cuma nak yang terbaik untuk Sara ", kepalaku diusap perlahan.

" Tidurlah, dah lewat ", sekali lagi pak ngah bersuara. Aku hanya mengangguk dan menghadiahkan senyuman kepada pak ngah sebelum masuk ke bilikku.

Di birai katil, aku duduk dan melepaskan keluhan. Bukannya aku tak nak terima tawaran untuk sambung belajar ke universiti. Jujur, itulah impian aku. Satu satunya peluang untuk aku ubah hidup aku. Satu satunya cara untuk aku capai cita - cita aku. Tapi, aku sedar diri. Aku cuma menumpang di rumah pak ngah sejak ibu dan ayah meninggal dalam kemalangan tiga tahun yang lepas. Terlalu banyak duit yang pak ngah keluarkan untuk menanggung aku. Sudahlah anaknya ada tiga orang, ditambah dengan aku dan mak ngah, gaji sebagai seorang kerani di sebuah syarikat kerajaan tak akan cukup untuk menyara kami. Jadi, aku putuskan untuk tolak tawaran tersebut. Mulanya, aku ikut sahaja arahan pak ngah yang mahukan aku menerima tawaran tersebut. Tapi, aku terdengar pergaduhan kecil antara mak ngah dan pak ngah semalam, tentang tawaran universiti itu.

Aku berjalan ke bilik selepas minum air di dapur. Dah pukul 11 malam, hampir ke pukul 12. Seram sejuk pulak aku. Tapi langkahku mati apabila terdengar suara mak ngah yang marah - marah, rupa - rupanya aku di depan bilik pak ngah dan mak ngah. Memang sikap ku suka ambil tahu kot, jadi aku curi - curi dengar perbualan mereka.

" Ya Allah, Amirah. Sara tu anak saudara saya, anak saudara awak jugak. Bukannya orang lain.Tak salah saya nak tanggung dia belajar kat universiti tu ", terdengar suara pak ngah yang agak perlahan tetapi tegas. Mungkin dia tidak mahu seisi rumah menyedari pergaduhan mereka.

" Saya tak cakap pun dia tu orang lain, bang. Saya tahu dia tu anak saudara abang. Tapi, bang... Kita ni tak adalah kaya sangat. Abang pun tak mampu nak belikan saya emas banyak - banyak. Takkan lah abang nak tanggung si Sara tu pulak? Abang ingat nak masuk universiti tu guna RM50 je ke bang? ", keras suara mak ngah menjawab.

Aku terdiam. Dah agak mesti mak ngah tak akan setuju.

" Itu saya tahu. Tapi saya usahakan lah duitnya. Duit tu boleh dicari, Mira. Tapi peluang ni datang sekali seumur hidup. Sara tu budak pandai, keputusan SPM dia cemerlang. Memang patut pun dia masuk universiti "

" Bang, dia tu perempuan. Belajar tinggi - tinggi nanti ke dapur jugak perginya. Abang tu kene ingat, si Azril, Aqilah dengan Airina tu anak abang tau. Diorang nak makan apa nanti kalau abang tanggung si Sara tu belajar kat u? Saya ni nak masak apa nanti? Nak rebus batu bagi anak - anak makan? Abang tu kerja setakat kerani je bang, duit tak berkepuk. Kita tak mampu bang nak tanggung si Sara belajar "

" Ha, itulah awak. SPM tak ambik sebab gatal nak kahwin. Sampai tak tau kepentingan belajar. Ke dapur ke, jadi suri rumah ke, ape ke, pendidikan tu kene ada. Pasal duit awak tak payah lah risau. Yang bayar tu abang bukan awak "

" Tu lah abang! Sayang sangat dengan Sara tu! Sampai anak anak sendiri dilayan macam anak tiri. Sukahati abang lah! Saya malas nak cakap, abang bukan dengar pun! Dah tepi, saya nak tidur! "

Aku mengeluh lagi bila teringat perbualan mereka semalam.

Tak apalah, tak ada rezeki aku kot masuk universiti. Pak ngah sanggup tanggung aku belajar selama ni pun dah bersyukur sangat. At least aku ambil SPM, kan?

Aku merebahkan badanku dan mencapai bingkai gambar ibu dan ayah sebelum memeluknya.

Bagaikan orang gila, aku berbual dengan mereka tentang apa yang terjadi, seperti hari hari sebelumnya. Hanya itu sahaja cara untuk lunaskan rindu kepada ibu dan ayah selain mendoakan mereka.

Dan entah bila, aku terlena dengan linangan air mata kerinduan.

TakdirWhere stories live. Discover now