03

35 1 0
                                    

HARI ini aku bangun seawal jam 6 pagi. Kira awal lah kan kalau cuti sekolah?

Selepas menunaikan solat subuh, aku terus membersihkan diriku. Hari ini hari pertama aku bekerja di sebuah restoran mewah sebagai pelayan.

Aku memakai seluar jeans dan kemeja putih dipadankan dengan tudung berwarna kuning keemasan. Tak payah pakai cantik - cantik, sampai sana tukar uniform jugak.

Seusai bersiap, aku terus ke dapur. Nampaknya hari ini aku awal. Mak ngah masih menyiapkan sarapan. Nasi goreng dan teh suam.

" Bukan main excited lagi kau ye ", tegur mak ngah apabila menyedari kewujudanku.

Sama ada dia memerli atau menyapa, aku sendiri tidak pasti. Aku hanya senyum sebagai balasan.

" Mak ngah nak Sara tolong apa - apa tak? " , aku bertanya kepada mak ngah yang masih mengacau air teh.

" Tolong sediakan pinggan dengan cawan ", mak ngah bernada dingin tapi aku tak hiraukan kerana sudah terbiasa.

Pak ngah, Abang Azril, Kak Aqilah, dan Airina sudah pun berada di dapur semasa aku menyediakan pinggan dan cawan. Sapaan selamat pagi daripada Kak Aqilah aku jawab.

" Apa kes kau bersiap pagi - pagi macam ni? ", tanya Abang Azril.

" Hari ni Sara kerja. Kat restoran sebelah bank tu "

" Ha bagus. Tak ada lah duit abah aku habis kau songlap ", dia tersenyum sinis.

" Abah tak ajar Ril kurang ajar macam tu ", Pak ngah menegur dengan suara yang tegas.

" Ops, sorry "

Aku hanya diam dan menikmati sarapan walaupun seleraku sebenarnya sudah mati.

" Siapa hantar Sara nanti? ", soal Kak Aqilah menjernihkan keadaan yang tiba - tiba senyap akibat ketegangan tadi.

" Abah yang hantar, kan dekat je dengan tempat kerja abah ", pak ngah menjawab bagi pihakku.

Kak Aqilah pula hanya mengangguk sambil tersenyum.


" Siti, ni pekerja baru. Awak tolong guide dia okay. Uniform tolong ambilkan untuk dia. Sara, saya tinggalkan awak dengan Siti ", Encik Hakimi terus berlalu selepas berkata.

Aku pula jadi kekok.

" Hai. Nama aku Siti. Kau tak payah nak malu - malu dengan aku okay sebab aku ni sporting. Jom pegi ambil uniform kau "

Aku senyum janggal tapi dalam diam mula menyukai Siti.

" So, kau ni umur berapa? ", Siti masih menunjukkan keramahannya.

" Saya dah nak masuk 18. Awak pulak? "

" Guna kau aku je. Baru rock sikit. Awak saya apa barang. Geli aku weh. Hahahahahaha. By the way, umur aku 16 tahun "

Saya awak tu nampak macam lesbian ke?

16 tahun? Dia ni tak sekolah ke?

" Aku tau kau fikir apa "

" Hah, apa? ", aku blur. Choiy budak ni, Nadim Pak Belalang ke?

" Aku tau kau mesti fikir kenapa aku tak sekolah kan? ", dia mengangkat sebelah keningnya tanda begitu yakin dengan tekaannya.

" Macam mana awak..... "

" Guna kau aku. Gelilah guna saya awak ni. Macam nerdy je ", dia memintas kata - kataku.

Kau aku? Tak biasa aku! Selama ni pun aku guna saya awak bila bercakap dengan orang. Kecuali dengan Airina. Itu pun sebab dia sepupuku. Tapi kalau dengan orang luar, sumpah tak biasa!

TakdirWhere stories live. Discover now