07

38 1 0
                                    

" Pa, banyak lagi benda Am nak capai. Tunggulah dua tiga tahun lagi, pa. Kita dah discuss pasal benda ni kan? Tolonglah faham, pa ", aku memprotes arahan papa.

Patutlah beria - ia suruh aku makan malam kat rumah. Rupa - rupanya hal yang sama dia nak bangkitkan. Naik muak aku dengar.

" Kalau nak tunggu dua tiga tahun belum tentu papa hidup lagi, Am. Lagipun, tak ada masalah kalau Am nak capai impian Am. Papa pun dapat apa yang papa nak lepas papa kahwin. Papa tak nampak halangan kat situ. So,  what things on earth that made you said like that? "

" I know, pa. But it was you. Not me. Yes, you are my father and i am your son but pa, we are still the different person. I know what i do, pa. So please don't keep forcing me "

" So i am. I know what i do, too. Papa nak Am kahwin, tu je. Tak ada yang salah. Am pun dah nak masuk 30. Sepatutnya papa dah timang cucu dah sekarang ni ", papa masih tak mahu mengalah. Sudah puas aku terangkan tapi dia tetap mendesakku.

" Pa, Am baru nak masuk 26. Lagipun, marriage is not a small thing. I need a commitment. You know i am busy right. I had a lot of things to do. And for now, marriage is not my priority. I promise you i will marry, but not know. Bila Am dah capai apa yang Am nak, Am sendiri yang akan bawak bakal isteri Am jumpa papa dengan mama. Am penat, Am nak rest. Am harap papa tak desak Am lagi. Goodnight ", aku terus bangun dari Sofa tetapi langkahku terhenti apabila namaku dipanggil.

" Am "

" Papa bukan mendesak Am. Papa cuma tak suka bila orang sibuk canang pasal Am dengan Tina. Ke sana ke sini bawak anak dara orang. Tak jaga batas pergaulan. Tak jaga ikhtilat. Papa tak ajar Am macamtu. Sebab tu papa nak Am kahwin. Halalkan hubungan dengan Tina. Bukan declare jadi kekasih lepas tu buat cara orang dah kahwin. Kamu ingat papa tak tahu kamu baru balik dari jumpa Tina? Kalau betul kamu cintakan Tina, jadikan dia yang halal buat kamu. Bukan jatuhkan maruah dia. Sentuh dia depan orang ramai, macam dia tu isteri kamu ", papa mula berdiri.

Jelas kelihatan urat di pelipisnya menandakan dia marah.

" Like i said, i know what i do. Pedulikan apa orang lain nak cakap. Macam lah diorang tu tak pernah buat dosa. And, Am tak jatuhkan maruah dia. Kami sama - sama selesa dengan hubungan macam ni. Cuma, buat masa sekarang, keadaan tak mengizinkan untuk kami kahwin. We've got a lot things to do with. Tina busy dengan shooting. Am pulak busy dengan meeting. Papa pun tau kan nanti Am nak pegi Amsterdam untuk tengok tapak projek dekat sana. Look how packed my schedule. Nanti sampai masa, kahwinlah ", seusai berbicara, aku terus mendaki tangga. Tak betah berbahas perkara yang hampir tiap hari dibahaskan.

" I'm not done with you, Am! ", suara papa masih kedengaran namun aku tak menyahut. Perlahan - lahan pintu bilik aku tutup.

Tuala mandi aku sambar dan terus masuk ke bilik mandi.







Keluar sahaja dari bilik mandi , figura mama menyapa pandangan mataku.

" Baru mandi , Am? ", mama memerhatikan gerak - geriku.

" Haah, ma ", aku tersengih memandang mama sebelum kembali mencari baju dan seluar.

" Jap eh, ma. Am nak pakai baju dulu hehehe ", ucapku sebelum aku melangkah semula ke dalam bilik mandi dengan tshirt pagoda dan joggerpants.

Mama masih setia menanti di birai katil apabila aku sudah siap memakai baju.

" Sini jap. Duduk sebelah mama ", mama menepuk - nepuk ruang di sebelahnya dan aku akur.

" Am marah papa? " , mama menyoal lembut sambil membelai rambutku yang masih lembap.

" Am tak marah. Cuma, Am rimaslah. Papa tak habis - habis suruh Am kahwin. Am penatlah nak ulang benda yang sama. Am stress. Banyak benda Am kene buat sekarang ni. Tapi papa tak pernah nak faham Am. Dia sendiri tau macam mana hidup jadi CEO. Busy sangat. Am ni selalu tak cukup tidur sebab nak siapkan kerja. Sebab tu Am tak nak kahwin sekarang ", aku mengadu kepada mama.

" Am tau kan papa nak yang terbaik untuk Am? Sebabtu papa suruh Am kahwin. Tak betul ke apa yang papa cakap? Am bawak Tina keluar. Berdua. Orang lain akan pandang serong dekat Am dengan Tina "

" Maaa,,, cut the crap please. Tadi papa, takkan sekarang mama? ", aku merengek persis anak kecil.

Hanya mama sahaja tempatku bermanja. Kadang - kadang rasa bersalah juga kerana jarang meluangkan masa dengannya tetapi, apa boleh buat? Kerjaya sebagai seorang CEO bukan mudah. Aku mengeluh.

" Okay, okay. Mama tak nak ungkit pasal hal tu. Sekarang ni, Am rest okay. Mama tau Am penat. Kerja, kerja juga. Tapi kesihatan tu tetap kena jaga. Okay? ", mama menepuk bahuku.

" Okayyyy. Goodnight ma. I love you ", aku hadiahkan kucupan di pipi mama tanda sayangnya aku pada wanita itu.

" Goodnight and i love you too, son ", mama mengusap lagi rambutku sebelum bangun dari duduknya dan keluar dari bilikku.

Aku mengeluh lagi.







Please click the button star and drop your comment ☺

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Dec 05, 2017 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

TakdirTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang