Emilia tan is so cute, like me XD jkjk
"Shawn, cepat tolong ayah ni." jerit Hawl, ayahku dari dalam makmal. Aku mengeluh. Asyik aku yang jadi bahan ujikaji dia. Aku dah seriklah. Erghh.
"Shawn pergi cari haiwan yang ada." kataku lalu terus bangun dari sofa.
"Tak payah, cepat Shawn, ayah tak ada masa." tanganku ditarik. Habislah aku.
"Okay, eksperimen ayah ialah, tukarkan Shawn menjadi kucing. Tapi jangan risau, ayah akan tukarkan kamu balik." kata Hawl dari luar kapsul. Aku mengeluh lalu melihat tanganku. Ini kali terakhirku melihat tangan ini.
"Dah bersedia?" tanya Hawl. Aku tidak mengangguk mahupun menggeleng. Butang ditekan. Badanku terasa mengecut, setiap jari jemariku mengecil, badanku mula berbulu, Terasa seperti telingaku naik ke kepala. Aku tidak mampu berdiri dengan betul.
"Akhirnya, ianya menjadi juga." jerit Hawl keriangan. Tapi bukanku. Aku telah menjadi kucing sepenuhnya.
"Ouh ye, sekarang jadikan kamu manusia balik. Okay, masuk ke dalam kapsul." Aku masih terkaku di dalam kapsul ini. Tidak bergerak seinci pun. Pintu kapsul ditutup dan butang ditekan.
"Terima kasih, Shawn. Sekarang mari ki.." Aku terus keluar dari kapsul itu. Mengapa aku terasa diriku masih seperti sebelum ini?
"Meow?" Apa yang, Aku kekal jadi kucing? Tapi suaraku masih garau. Okay, itu memang pelik.
"Tidak, anakku. Maafkan ayah, Shawn." Hawl terduduk. Baru sekarang nak menyesal? Tak ada gunalah orang tua. I'm done here.
"Shawn, kamu nak pergi mana?" persoalan Hawl diabaikan. Sekarang ini aku nak pergi dari sini. Jauh daripada dia. Dan, aku takkan mengaku dia ayahku.
"Fine, kau pergilah dari sini. Tiada sesiapa yang nak kau balik. Nyah kau dari sini." Aku tak peduli apa yang dia katakan.
Kawasan rumahku sangat jauh. Jauh daripada orang lain. Ayahku suka menyendiri, mungkin tidak mahu jiran mengetahui tentang eksperimennya yang serba gila. Aku mengeluh, perjalanan untuk ke kawasan kejiranan sangat jauh. Dan sekarang ini hampir tengah malam. Aku masih gagahkan diri untuk berjalan dengan kaki yang comel.
Selepas berjalan jauh
Akhirnya aku telah tiba. Kakiku sudah penat untuk teruskan berjalan lagi. Tekak terasa dahaga.
"Adam, kenapa kerusi belum susun lagi?" kata seseorang. Aku melihat punca suara itu. Puncanya dari sebuah gerai yang tidak jauh dariku. Walaupun kakiku masih sakit, tetapku gagahkan diri.
"Kesiannya kucing ni, penat ye?" kata seorang lelaki sebayaku lalu meninggalkanku. Aku rasa dialah Adam. Adam kembali dengan piring berisi susu. Mana dia dapat susu tu?
"Minumlah, aku belanja." kata Adam sambil membelai kepalaku. Tidak pasti mengapaku terasa selesa dengan belaiannya. Sungguh lembut untuk seorang lelaki. Aku terus menjilat air, tidak boleh minum seperti manusia.
"Kesiannya kau, tapi aku tak boleh bawa kau ikut aku, nanti kakak aku marah. Jadi aku bagi kau duduk dalam kotak tu." kata Adam. Dia seolah megetahui aku bukan kucing sebenar. Dia terus mengangkatku dan meletakkanku ke dalam kotak.
"Tak sangka, ada orang yang baik seperti dia."
- --
YOU ARE READING
Kucing Jadian?
WerewolfShawn, salah satu bahan eksperimen ayahnya, Hawl. Sehinggakan suatu hari, Hawl tersalah meletakkan bahan dan menjadikan anaknya kucing. Hawl tidak berpuas hati akan keputusan eksperimennya lalu menghalau anaknya dari rumahnya. Setelah penat berjala...