Emilia tan is bekk~~
"Where are you? I'm coming for you!" kata serigala itu. Aku masih berdiam diri. Untuk memastikan tiada satu suara pun yang terkeluar dari mulut, hidung atau punggungku. Kakinya yang besar itu berhenti betul - betul di hadapanku.
" I think i've found you. Maaflah aku tak pandai speaking." kata serigala itu. Perlu ke aku kesah pasal semua itu? Kelihatan kepalanya sedang menurun ke bawah laci. Aku dengan senyapnya bergerak ke kanan sedikit sebelum melihat dapur yang luas itu. Aku rasa peluang baik ni.
"Hoi, sini kau!" serigala itu pantas mengejarku. Kantoilah pula. Pantasku berlari menuju tingkat dua, tetapi serigala itu melompat tinggi di atasku dan mendarat dengan selamat menggunakan kakinya. Setahu aku serigala bukan kucing. Setahu akulah.
"Mana nak lari?" tanya serigala itu dengan sinis. Aku mengundur ke belakang selepas serigala itu menuju ke arahku. Tangannya diangkat lalu mengeluarkan cakarnya sebelum mencakarku sehingga membuatku tercampak ke dinding. Badanku terasa kebas kerana darah yang mengalir dengan banyak lalu pandanganku kabur sebelum ia gelap.
------------------
"Puck, aku dah.." senyumanku terus pudar setelah ternampak ruang tamu dipenuhi dengan darah. Beg galas yang berada di bahuku akhirnya jatuh juga.
"Puck?! Shawn?!" jeritku memanggil orang yang sama. Dapur, biliknya, bilik air, bilikku dan belakang rumah telahku cari masih tiada kelibat Puck mahupun Shawn.
"Shawn, tak lawaklah weyh!" aku menjerit tak berpuas hati. Tiba - tiba pandanganku menumpu ke arah kaca yang bersepah di hadapan pintu balkoni. Apa yang terjadi? Darah, tingkap pecah.
"Jangan - jangan.." pantas tanganku menampar pipiku. Sedarlah Lia! tak mungkin Puck jadi mogok. Ini sebab akukah? Aku seorang tuan yang teruk. Aku terduduk di hadapan kaca yang bertaburan. Air mata sudah bergenang, lantasku mengesatnya.
"Kertas apa ni?" aku mengambil kertas yang terkena percikkan darah. Aku terpana lalu menekup mulutku. Dia menggunakan darah untuk digantikan sebagai dakwat. Guys, adakah ini cliche?
Aku nak kata kat sini, kucing kau dah mati. Aku yang kerjakan dia. Aku akan hancurkan tempat ni dan menjadi kawasan persendirianku. Sebelum semua tu terjadi, aku akan hapuskan kau dulu kerana kau dah tau terlalu banyak. Kau tunggu aku ye, Lia?
Dia tahu namaku! Kenapa? Kenapa cliche sangat ayat yang kau tulis? Air mata bergenang lagi dan aku membiarkan ia mengalir. Janganlah buat surat yang cliche.
---------------
Aku mengambil cuti lagi. Sudah lima hari sejak Puck meninggalkanku. Rumah yang bersepah aku dibiarkan. Sekarang hidupku menjadi sepi. Tiada peneman lagi. Aku sedang mencangkung diri di penjuru bilik. Sedang memeikirkan tentang kenanganku bersama Shawn.
Tok Tok Tok!
Ketukan dari bawah aku abaikan. Biarlah apa yang nak jadi sekarang ni.
"Woi, Lia! Kau ada masalah ke? Sejak kebelakangan ni, aku tak nampak pun kau keluar rumah. Apa yang jadi ni?" Jeritan dari luar mengingatkanku kepada seseorang.
Adam
"Aku masuk tau." Aku hanya tidak mengendahkan apa yang berlaku di bawah itu. Kedengaran Adam membebel dari bawah.
"Kenapa jadi macam ni, siap berdarah bagai. Lia! keluarlah kau!" Adam masih memekik terlolong di dalam rumahku. Pantas tanganku menekup telinga.
"Lia! Sini pun kau. Apa yang dah jadi dekat rumah ni?" tanya Adam terpinga - pinga. Aku menoleh kebelakang setelah terdengar jeritan lagi. Sakit telinga tau tak?! Macamlah jarak aku dengan dia jauh sangat.
"Kau nak apa, terjerit - jerit!" kataku, bengang. Sudahlah masuk tak beri salam. Lepas itu main terjah masuk bilik orang. Tambah lagi jerit depan aku. Menambah lagi stres akulah.
Adam terkaku melihat rupaku yang tidak berapa kemas dan sekeliling bilikku. Rambut serabut, ada eyebag(?) di bawah mataku, mukaku yang kotor dan bilikku yang bersepah.
"Kau kenapa ni?" tanya Adam, menghampiriku. Aku terus mengundur ke belakang. Pergerakan kami terhenti sebentar.
"Ta.. tak ada.. p.. pa.. pe." kataku tergagap.
"Tipulah kalau rumah kau bersepah tak ada apa yang jadi." kata Adam sambil memandangku tajam. Aku meneguk air liur. Aku tak mahu bagitahu sesiapa. Mungkin dia kata yang aku ni gila.
"Cuba bagitau aku. Manalah tau aku boleh tolong." kata Adam lagi. Aku senyum sinis. Adam mengerut dahinya. Seperti katanya salah.
"Boleh ke kau hidupkan Puck balik?"
-----------
"Selesai satu misi, dan akhirnya aku dapat musnahkan bandar ni." kataku dengan riang. Jasad kucing yang berada di tanganku diletakkan atas meja. Pisau pencencang dipandang kosong. Aku telah mendapat idea yang lebih bernas.
"Aku akan buat dia hidup balik dan mengganas." kataku lalu meletakkan jasad kucing itu ke dalam kapsul. Pantas jariku menaip sesuatu di atas papan kekunci. Perlahan - lahan benda cliche seperti asap terkeluar dari atas kapsul itu dan aliran elektrik.
Kapsul itu mula bergegar sebelum dipecahkan dari dalam. Aku tersentak akan kekuatan yangku berikan. Tiba - tiba kapsul itu pecah akibat kucing di dalam itu menjadi semakin membesar. Nasib baik aku sempat menyorok tadi.
"Aku rasa perlukan kapsul yang baru." kataku sambil melihat kaca - kaca kapsul yang bertaburan di atas lantai. Pandanganku terus menumpu kepada seekor kucing yang lebih besar dariku. Hampir terkena siling makmal.
"Dia tak hidup ke?" aku meneliti setiap badan kucing ini. Matanya masih tertutup. Kesan cakaran yang aku buat tadi masih ada. Aku berfikir sejenak.
"Nantilah aku handle pasal ni. Sebelum tu, aku nak handle pasal budak bernama Lia tu." Suis dimatikan dan pintu dibuka lalu keluar dari makmal.
- - -
Idea dah nak kering tu yang ayat macam cliche :v
Triple update? No, just double :3
YOU ARE READING
Kucing Jadian?
WerewolfShawn, salah satu bahan eksperimen ayahnya, Hawl. Sehinggakan suatu hari, Hawl tersalah meletakkan bahan dan menjadikan anaknya kucing. Hawl tidak berpuas hati akan keputusan eksperimennya lalu menghalau anaknya dari rumahnya. Setelah penat berjala...