So sadistic >:)
"Sesiapa?" tanyaku sambil menyuluhkan hutan yang berada di hadapanku. Sebelum ini aku terdengar seperti seseorang kena libas dengan sesuatu. Bunyi daun kering memecah kesunyian di dalam hutan, parang ditanganku dipegang kemas untuk persediaan menghadapi ancaman.
Awooo!!~~
"Itu.. serigala!" kataku dengan gembira. Pantasku berlari untuk menuju ke arah punca bunyi itu. Aku sudah meletakkan perangkap untuk serigala. Harapnya dia memasuki dalam perangkap itu.
Ternyata aku betul! Serigala itu memasuki perangkap yang aku sudah pasang. Aku terus memotong tali perangkap itu lalu mengambil sampel darahnya.
"Aku dah berjaya!" kataku lalu menyuntik sampel itu pada diriku.
"Hari ini, aku akan menghantui seluruh kawasan ini." Awan yang sepatutnya melindungi bulan telah hilang dengan tiba-tiba. Sinaran bulan menyinari dunia. Badanku terasa berbulu.
"Aku akan bunuh kau, Shawn."
--------------------------------------------
Awooo!!
"Apa yang?" aku terjaga selepas mendengar lolongan itu. Matanya melirik ke arah tingkap yang ditutupi dengan langsir. Ada sesuatu yang buruk akan terjadi.
Jam di dinding dilihat. 4 pagi. Selimut ditolak lalu terus membuka pintu dengan perlahan untuk tidak mengejutkan Emilia di sebelah. Biliknya dilihat seketika. Tertutup dengan rapat.
"Nasib baik." kataku, lega. Tangga dituju lalu melihat keadaan ruang tamu yang gelap. Agak menyeramkan pada waktu malam. Dapur dituju lalu suis dibuka. Peti sejuk dibuka lalu mengambil coklat ais milikku.
"Aku tak rasa yang ada serigala dekat tempat ini." kataku sambil berfikir. Semasa tempat ini dibina, semua serigala dibunuh. Takkanlah ada seekor serigala yang selamat. Melainkan..
"Dia." aku mengetap gigiku. Aku dah agak. Itu bukannya serigala yang sebenar, tapi..
"Shawn?" pantasku menoleh. Terpampan wajah Emilia dibelakangku. Aku memandang ke depan kembali.
"Kau tak tidur ke?" tanya Emilia dari belakang. Aku menggeleng.
"Tak boleh tidur." kataku, lalu dia duduk di hadapanku. Aku menundukkan kepala.
"Kau ada masalah ke?" tanyanya. Aku terus mengangkat mukaku. Dia seperti membaca fikiranku. Pantas aku menggeleng.
"Tak apalah kalau macam tu." katanya lalu bangun dan meninggalkanku.
Pagi~~
"Aku rasa arah sini." pantas sahaja kakiku yang comel berlari menuju ke jalan hutan. Ya, aku telah menjadi kucing.Selepas meneliti gambar bulan itu terus aku menjadi kucing. Emilia tak memberikanku kunci kereta, jadi aku kena berjalan kaki.
Shhh~~
Larianku terus terhenti. Bunyi semak kedengaran. Aku memandang sekeliling. Hanya semak yang meninggi di kiri dan kananku. Sukar untukku melihat lebih jelas kerana semak tinggi. Deria kucingku dapat rasakan sesuatu mendekatiku. Deria kucing? You got be kidding me.
"Gargg!" bunyi itu terus menuju ke arahku. Aku tersentak lalu menjauhinya. Sesuatu bayangan ingin menerkamku dan sempatku mengelak. Aku ingin melihat wajahnya tetapi habuk tanah memasuki mataku.
"Grrrrrr... rarrf!!" bunyi itu semakin dekat. Mataku masih memasuki habuk. Tapi aku boleh mendengar jarak bunyi itu. Aku dapat mengelak, tapi...
"Shit, aku dalam semak." Aku mengelak sehingga memasuki semak. Bagaimana aku nak keluar ni?
Shhh~~
"Aku kena keluar dari sini." aku terus berjalan dengan teragak-agak. Takut sesat woi. Tiba-tiba sesuatu menghalang sinaran matahari. Aku mendonggakkan kepala, terpampan seekor serigala sebesar manusia dewasa sedang melompat di atasku.
"I got you!" aku terkedu. Dia boleh bercakap? Takkanlah dia serigala jadian pula? Serigala itu terus mencantas semak yang meninggi dengan kukunya. Maka, kami berdua sedang melihat satu sama lain.
"Apa khabar, Shawn." serigala itu menyeringai. Dia kenal aku? Serigala tanya khabar, rare bhai.
"Aku dah lama nak cari kau, tapi sekarang ni, bolehlah aku mulakan upacara." serigala itu berlari menuju ke arahku. Mulutnya yang terbuka sehingga menampakkan giginya yang tajam membuatku leka dan berjaya dapat menangkapku. Aku ditindih atas serigala! Beratnya woi!
"Aku akan makan kau!" giginya hampir terkena leherku. Leher? Aku tak ada leher! Air liurnya terkena mukaku. Menjijikan!
"Pergi mati!" aku mencakar perutnya. Serigala itu menjauhiku lalu mencuba untuk mencakarku dengan kukunya yang besar dan aku sempat mengelak, tapi gambar bulan separa terkena pada kuku serigala itu.
"Shit!" aku mencari gambar itu, malangnya gambar itu tersangkut pada kuku serigala itu.
"Ini gambar bulan, apa yang kau buat dengan ni?" serigala itu mengoyakkan satu-satunya cara untuk aku menjadi manusia semula.
"Dan sekarang, kau tak boleh jadi manusia balik." aku mengetap gigi lalu menuju ke arahnya, tapi serigala itu dapat membaca gerakanku dan mencampakku jauh ke semak. Badanku terkena batu yang agak besar sambil mengerang kesakitan. Bunyi semak itu kedengaran semakin dekat denganku sebelum..
POWW!!
Kami tersentak. Bunyi tembakan secara tiba-tiba. Bunyi derapan kasut mula kedengaran dan diikuti bunyi semak yang dipijak.
"Kau terlepas kali ini." katanya lalu berlari meninggalkanku yang sedang terpinga-pinga. Aku tak mampu untuk bangunkan diri. Aku ternampak kelibat seorang lelaki mendekatiku. Mataku mula kabur.
"Sial, serigala tu dah hilang."
"Korang, sini!"
dan semuanya gelap.
----------------------------------------------------------
Mataku perlahan-lahan membuka mata. Aku sekarang berada di dalam kotak. Mungkin lelaki itu tadi membawaku ke dalam ini. Aku menjengukkan kepalaku keluar. Aku berada di kedai Adam, lagi. Lantasku keluar dari kotak lalu menuju ke rumah Emilia. Nasib baik dekat.
"Kau nak pergi mana tu?" tanya Adam lalu mengangkatku dan masukkan ke dalam kotak semula. Dia nampak saja aku keluar.
"Haish, Emilia ni pun. Pandai jaga ke tak kucing ni sebenarnya." kata Adam sendirian. Entahlah, aku pun tak tahu. Nampaknya macam tak.
"Sini pun kau, tadi pergi mana?" kata seseorang dari luar. Aku terus menoleh. Emilia sedang memandangku tajam lalu mengambilku. Minta maaf.
"Sorry adam, dia ni suka keluar senyap-senyap." kata Emilia lalu membawaku ke rumahnya. Selepas itu, dia meletakkanku perlahan-lahan. Kau ingat gentle?
"Apesal kau jadi kucing?" tanya Emilia tiba-tiba. Aku tak menjawab. Kalau aku jawab nanti keluar suara Zul Arifin. Kedengaran dia mengeluh. Siapa suruh tak kunci pintu. Dia bangun lalu mencari sesuatu.
"Mana gambar bulan?" aku terkedu. Habislah aku kalau dia tau aku puncanya. Kakiku terus melangkah pergi ke tingkat dua.
"Larilah kau. Jadilah kucing tu sampai bila-bila. Sekarang ni bulan separa susah nak jumpa." aku menelan air liur. Betul katanya, aku menyesal kerana membawanya, dan sekarang ini?
#BroRedho
- - -
bapak bosan gilalah bab ni
YOU ARE READING
Kucing Jadian?
WerewolfShawn, salah satu bahan eksperimen ayahnya, Hawl. Sehinggakan suatu hari, Hawl tersalah meletakkan bahan dan menjadikan anaknya kucing. Hawl tidak berpuas hati akan keputusan eksperimennya lalu menghalau anaknya dari rumahnya. Setelah penat berjala...