Zenpai on duty :v
"Shawn, pergi belikan aku nasi goreng." kataku sambil menyerahkan lima ringgit kepada Shawn.
"Kau tak boleh masak sendiri ke?" kata Shawn sambil mengangkat keningnya sebelah. Aku mengetap bibir. Memasak? Ermm....
"Jangan kata yang kau tak pandai masak." Aku tersengih seperti kerang busuk. Kalau aku dah mandi jadi kerang wangi. Shawn menepuk dahinya. Janganlah tepuk dahi tu, sakit nanti.
"Dah besar pun tak pandai masak. Apa yang kau pandai?" Aku berfikir sejenak sebelum menjawab.
"Pandai masak nasi, maggi, air, telur." kataku. Shawn buat muka blur. Aku tersengih lagi.
"Apa kata kita masak sendiri." cadang Shawn. Aku setuju. Jarang lelaki tolong memasak. Aku beruntung dapat suami macam dia. Eh, kawan je. Jauhnya pemikiranku.
"Kau ada bahan tak?" tanya Shawn pula. Aku mengangguk lalu kami menuju ke dapur untuk melihat bahan yang ada. Di dapur hanya ada satu biji bawang merah sahaja.
"Seriously." kata Shawn sambil memegang bawang merah. Aku tersengih lagi. Manalah aku tau, tak pernah pergi dapur.
"Kena beli baranglah macam ni." Aku mengangkat bahu tanda ok, baiklah.
Di kedai..
"Aku rasa sayur dekat tingkat atas. Dulu aku pernah pergi sini." kataku. Shawn yang sedang menolak troli melayankan sahaja karenahku. Eskalator dituju untuk ke tingkat atas.
"Kau nak masak apa?" tanya Shawn. Aku berfikir lagi. Aku pun tak pasti. Dulu, aku pernah tolong kakak aku masak sup telur. Jadinya,
"Sup telur." kataku ringkas. Kami terus menuju ke kawasan sayuran dahulu. Kami mendekati ke sayur kubis. Aku tengok kakak aku buat begitu.
"Betul ke sup telur ada kubis?" kau lelaki diam. Biar aku setelkan benda ni. Kubis dilihat dengan teliti, untuk memastikan tiada apa-apa yang terselit di sebalik sayur ini.
"Haish, kau ni. Semua sama jelah." kata Shawn lalu mengambil salah satu kubis di situ. Aku memusingkan bola mataku. Aku cuma nak kita makan dalam keadaan yang baik sahaja. Bahagian bawang dituju.
"Sup telur ada bawang ke?" tanya Shawn. Aku mengangkat bahu. Itu apa yang kakakku lakukan semasa dia memasak sup telur. Shawn mengeluh. Beberapa bawang merah dan putih diambil lalu menuju ke bahagian telur.
"Sup telur ada telur ye. Kalau tak ada, bukan sup telur namanya." kataku sebelum Shawn sempat membuka mulut. Beberapa biji telur diambil lalu tangan Shawn menepis.
"Apesal kau ni? tanyaku, bengang. Telur ditanganku diambil oleh Shawn sebelum meletakkan ke tempatnya kembali lalu mengangkat satu bekas telur dan memasuki ke dalam troli.
"Orang, ambil telur macamni. Bukan ambil sebiji dua." kata Shawn lalu meninggalkanku. Cepat-cepat aku kejarnya. Aku ternampak dia menuju ke eskalator.
"Hoi, timbang dululah." Shawn tersengih lalu membawa troli itu ke tempat penimbang. Aku menggeleng. Nampak sangat tak pernah beli barang dapur. Aku yang tak pandai masak ni pun tau.
Selepas berbelanja..
"Cuba kira berapa bahan." kataku selepas Shawn tiba dari menghantar kembali troli. Kami meneliti bahan di dalam bonet kereta. Kelihatan mulut Shawn terkumat-kamit menyebut sesuatu.
"Ichi, ju, hyaku, sen." belum sempat aku habis mengira, lenganku disiku lalu aku menggosoknya. Shawn disebelah dipandang sekilas. Taulah jelas tak pandai speaking jepun.
"Kira betul-boleh tak?" Aku membuat muka tak bersalah. Ada aku kesah?
"Sekejap!" Aku mendepakan tangan untuk memberhentikan perbuatan kami. Perbuatan apa? Dunno. Shawn mendongakkan kepala tanda 'kenapa?'
"Kita lupa garam, minyak, maggi cukup rasa." kataku. Kami terus menepuk dahi dengan kuat sekali. Terutamanya Shawn, kerana dahinya jendul.
Rumah..
"Angkat barang tau." kataku sambil memusingkan tombol pintu menggunakan kunci. Shawn yang sedang membawa beberapa plastik ditangan aku biarkan.
"Tolonglah woi." kata Shawn dari belakangku. Aku kasihan terhadap Shawn yang sedang terhuyung-hayang lalu menolongnya mengangkat plastik yang penuh ditangannya. Tapi satu jelah.
"Panaskan periuk, semua!" jeritku dengan bangga. Shawn memandangku dengan pelik. Suka hati akulah nak jerit ke menyalak ke mengiaw ke, rumah aku. Duhhh. Pisau dan bawang dicapai.
"Kata tak pandai masak." kata Shawn sambil memandangku sinis.
"Memang aku tak pandai masak. Tapi aku pandai potong bawang. kataku sambil membuang kulit bawang. Betul ke ayatnya?
"Yelah." kata Shawn sepatah. Dapur api dibuka maka keluarlah api. Dan kami pun batak lalu bermain dengannya sebelum tanganku menepis tangannya. Gatal tangan dia eh? Kau ingat macam bitiyes tu? main buka tutup api.
"Ambilkan lesung pipit." kataku sambil menghulurkan tangan. Tiba-tiba tanganku terasa lembut. Takkan lesung pipit lembut pula? Aku menoleh lalu terus mengetuk lesung pipit itu.
"Aduh, sakitlah." Shawn mengusap kepalanya.
"Aku nak lesung batu bukan kepala kau." kataku lalu mendengus geram.
"Dah kau minta lesung pipt tadi, aku senyumlah." kepalanya diketuk lagi. Shawn megusap kepalanya lalu memberikan lesung batu ke arahku.
"Woi, dah letak minyak ke belum?" Shawn tersentak lalu bergegas untuk mengambil minyak. Apa yang dia fikir tadi? Selepas minyak sudah panas, aku meletakkan bawang di dalam periuk itu.
"Kau pandai pecahkan telur dalam periuk tak?" tanyaku.
"Senang je tu, meh bagi telur." aku terus memberikan dua biji telur yang sudah dibasuh kepadanya.
"Jangan hancurkan telur tu, kang aku potong telur kau." Shawn terkedu dan tangannya mula menggeletar. Opsss, tersasul pula. Pantas telur itu dipecahkan dan terkeluar isinya.
"Bagus, nasib baik jadi." kataku lalu mengambil senduk dan mengacau sup itu. Shawn megeluh lega. Tau takut.
-----------------------------------------
"Yeaa, dah siap!" jeritku keriangan.
"Nasi mana?" tanya Shawn. Kerianganku bagaikan ditarik. Aku. aku..
"Jangan kata kau.." Shawn seperti sudah tau air mukaku. Aku belum masak nasi lagi!!
"Pergilah masak nasi sana. Dah tau nak makan nasi." aku terus menuju ke periuk nasi. Malas nak dengar bebelan mamat tu. Dah teruja sangat, nak buat macam mana?
"Tunggu!" aku menoleh. Dah kenapa dia ni? Tadi beria sangat suruh masak nasi.
"Sup ni.." Shawn menarik nafasnya sebelum menyambung ayatnya.
"Tawar."
..........
- - -
YOU ARE READING
Kucing Jadian?
WerewolfShawn, salah satu bahan eksperimen ayahnya, Hawl. Sehinggakan suatu hari, Hawl tersalah meletakkan bahan dan menjadikan anaknya kucing. Hawl tidak berpuas hati akan keputusan eksperimennya lalu menghalau anaknya dari rumahnya. Setelah penat berjala...