Pertemuan

40 2 1
                                    

More Emilia tan XD

Sekali dengan pakej Rem berjoget Lol

"Hai, Adam." sapaku. Adam yang baru habis memesan pesanan membalas sapaku.

"Duduklah, kau nak macam biasa ke?" tanya Adam seolah tahu apa yang aku inginkan. Aku mengangguk laju. Pandai dia ni.

"Nasi goreng biasa dengan milo ais. Ok GTH, eh salah, OTW." gurau Adam lalu memberikan kertas pesananku kepada kakaknya, tuan gerai ini.

"Sabar jelah aku dengan mamat ni. Rezeki kau ni suruh go to hell?" kataku. Adam menggaru belakang kepalanya.

"Yo, semua." kami menoleh kebelakang. Kelihatan Aiman mendekati kami. Mereka bersalaman dan berpelukan. Aku hanya memberikan senyuman. Terasa penat pula bila tengok Aiman dekat sini.

"Penat kerja?" sindir Aiman. Aku hanya mencebik mulut. Mentang-mentang dia bos aku, bolehlah dia goyang kaki? Hari ni kau selamat.

"Nak mee sizling bungkus dengan limau ais." Adam pantas menulis pesanan Aiman lalu memberikan pesanan kepada kakaknya.

"Kau tak takut ke duduk rumah seorang?" tanya Aiman. Aku menggeleng dengan megahnya. Sebenarnya takutlah sikit. Cuma aku je yang tak nak tunjuk sifat penakutku ini.

"Kalau ada masalah kau call je aku tau, kalau nak tidur sebilik pun boleh." Aku menepuk lengannnya. Jauhnya pemikiran dia. Ambil kesempatan pula dia ni.

"Nasi goreng untuk awak." kata Adam dengan manja sambil memberikan nasi goreng biasa dan milo ais.

"Terima kasih, awak."

"Sama-sama, awak." Aiman disebelah memusingkan bola matanya. Aku ketawa kecil lalu menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Nampak macam mesra. Dah nama pun kawan sejak kecil.

Skip makan

"Nak balik dah ke, lamalah sikit. Nak jumpa kau pun susah tau." kata Adam separuh merayu. Kang ada yang makan siku nanti. Aiman dia hanya bungkus, kemudian terus balik kerana ada client baru katanya. Banyaklah kerja aku. Kucing di tepi longkang dituju.

"Eh,kucing siapa ni comelnya." aku mengusap kepalanya. Tiba, kucing itu mengiaw. Terkejut aku sehingga terjatuh ke tanah. Siapa tak terkejut kalau suaranya garau? Adam dibelakangku sudah mengekek ketawa. Aku lantas bangun dan membersihkan belakang seluarku.

"Kucing Zul Arifin ke ni?" tanyaku sambil meneliti kucing itu.

"Aku pun tak tahu, mungkin tercekik biji rambutan kot?" kata Adam sambil mengurut dagunya.

"Kalau kau nak bela pun boleh juga. Kaukan suka kucing." cadang Adam.

"Boleh juga tu. Lagipun dia boleh teman aku. Daripada Aiman yang teman aku, entah apa jadi dekat aku ni." aku terus menekup mulut. Celuparnya mulutku. Adam memandangku pelik. Aku terus menggeleng lalu mengambil kucing itu.

"Apapun thanks, bagi kucing ni." Adam mengangguk sambil melihat aku melintas ke rumahku. Risau akan keselamatanku.

"Zul Arifin duduk sini, aku nak mandi." kataku lalu terus ke bilikku.

Selepas mandi

"Ok Zul.. Arifin?" Kucing tu sudah hilang. Ke mana pula dia pergi ni? Tiba-tiba, suara garau kedengaran dari dapur. Aku terus mengikut punca suara itu.

"Jumpa pun dia. Lain kali jangan lari lagi tau?" kataku lalu mengangkatnya ke bilik air. Dia terlalu kotor, jadi aku sudah siapkan peralatan untuk mandi. Saya tuan yang baik.

"Kucing ni tak banyak meragamlah, senang sikit nak uruskan dia." kataku. Kucing Zul Arifin ni masih tenang walaupun bulunya sudah dibasahi dengan air. Selepas mandikan dia, aku biarkannya di atas karpet bulu. Manjanya dia.

"Warna bulu kau ni sama macam Puck. So, aku nak panggil kau Puck." kucing itu mengiaw sambil mengusap pehaku.

"Tak ada cerita bestlah. Baik tengok dekat luar." kataku lalu menuju ke balkoni di tingkat dua. Tanpaku sedar, Puck mengikutku dari belakang.

"Bosannya, tak ada bintang. Bulan pun jadilah." telefon Samsung Galaxy Note8 dikeluarkan dari poket seluarku lalu menekan aplikasi kamera.

"Ok, cantiklah." kataku lalu melihat gambar bulan yang baruku ambil. Tak ada kerja bukan? Malam ni memang tak ada kerja. Hehe.

"Meow, meow." suara garau itu mengejutkanku. Sejak bila Puck ikut aku naik? Pandanganku beralih kepada bulan separa yang menyinari malam.

"Cantiknya, bulan tu." kataku.

"Saya setuju tu." kata seseorang dari belakangku. Aku tersentak lalu memandang belakang.

"Astaghfirullah." pantasku menutup mukaku. Pemandang tak elok. Ada orang minyak santan di depanku. Jangan rogol aku.

"Alamak, maafkan saya." katanya. Aku terus memalingkan pandangan. Huishh, kotor, kotor.

"Awak dah boleh buka mata sekarang." aku menurut katanya. Dia membalutkan dirinya dengan langsir. Dari mana dia datang ni? Aku rasa dah kunci pintu tadi.

"Kau siapa?" tanyaku, melihat dari atas ke bawah. Bukan aku nak tengok badannya. Jangan salah faham.

"Aku Puck." Aku terkedu. Dia kucing Zul Arifin tu? What the heck is going on?? dah tukar ke 'aku' pula? Betullah, manusia cepat berubah.

"Aku akan ceritakan segalanya, tapi sebelum tu ada baju lebih?" aku menepuk dahi. Puck tersengih.

"Ikut aku." kataku lalu berjalan menuju ke dalam bilik abangku. Puck di belakang mengikut langkahku.

"Pakailah baju ni." kataku lalu memberikan sepasang baju, seluar dan seluar dalam. Abang aku dah lama tak ada jadi mungkin dia bagi Puck pakai. Itupun kalau muatlah.

"Siap."aku menoleh kebelakang. Puck nampak bergaya dengan baju kelabu abangku. Aumm, aumm. Jadi harimau kejap.

"Kenapa pandang aku macam tu, ada apa-apa ke?" tanya Puck lalu mencari sesuatu. Lamunanku terhenti. Air liur yang hampir terkeluar terus dikesat.

"Tak ada pape pun. Oh ye, apa nama kau?" tanyaku. Kalau dia jadi manusia lagi bolehlah aku panggil namanya. Tak payah nak panggil Puck.

"Shawn, kau pula?"

"Emilia."

- - -

Kucing Jadian?Where stories live. Discover now