The Return of Kucing Jadian?~~
Aku hanya mampu bermain tali seluar yang diikat diatas tiang katil. Bosan melanda diriku. Emilia tak bagi aku makan pun. Huhuhu, sedihnya jadi kucing.
"Aku takkan bagi kau makan selama tiga hari. Dan aku akan kunci pintu supaya kau tak boleh keluar. Jangan nak merungut, ini semua salah kau juga." kata Emilia masih terngiang di fikiranku.
"Kejam gila tuan aku ni." pasal kunci pintu aku tak kesah, tapi pasal makan tu. Huaaaa! Aku terus keluar dari bilik. Kalau duduk terperap dalam bilik ni buat apa?
Ruang tamu~~
"Pukul berapa sekarang ni?" mataku melirik ke arah jam di dinding. 9:24 pagi, tapi masih gelap diluar. Mungkin awan merajuk dengan matahari. Dia nak pelangi tapi matahari tak bagi, dia pun menangis. Apa yang aku merepek pun tak pastilah. Titisan hujan semakin membasahi bumi. Sudah lama tak hujan.
"Gelapnya, aku tak nampak apa-apa." Emilia terus menutup suis lampu sebelum pergi kerja. Marah betul dia tu. Bunyi guruh membuat suasana menyeramkan. Aku sedikit pun tak gentar, malah aku ingin menuju ke balkoni di tingkat dua.
Balkoni~~
"Aku rasa memang lebatlah hujan ni." aku tak dapat melihat apa-apa dari dalam rumah. Penuh dengan kabus dan hujan. Memang betullah awan itu ingin berjumpa dengan pelangi. Apalah yang terjadi dekat Emilia.
__________
Aku melihat tingkap dari luar, hujan sangat lebat. Tambahan pula aircond terpasang. Memang aku dah tidurlah sekarang ini. Serius sejuk, woi! Aku berpeluk tubuh. Secawan kopi diletakkan di atas mejaku secara tiba-tiba. Sejak bila aku suruh sesiapa buatkan kopi.
"Minumlah, boleh panaskan badan kau." kata Aiman lalu menuju ke meja sebelahku. Bukan ke minum hot chocolate untuk sejukkan badan? Ah, lantaklah. Air kopi dihirup dan meletakkannya semula.
DUMM!
Tiba-tiba bekalan elektrik terputus.
"Kantoilah, Bos tak bayar bil" jerit salah seorang pekerja dan dikuti dengan gelak ketawa pekerja yang lain. Aku cuba menahan gelak walaupun di dalam gelap.
"Amboi, kau. Nak salahkan aku pula?" tanya Aiman di dalam gelap. Tiba - tiba lampu terpasang semula. Semua mengeluh lega. Tapi bukanku. Kerana aircond juga terpasang semula.
__________
"Apa tu?" aku mengecilkan sedikit mataku untuk melihat sesuatu yang keluar dari semak. Aku tidak dapat melihat dengan jelas kerana hujan ini terlalu lebat dan berkabus.
Awooooo~~
"Jangan kata yang.." belum sempat aku menghabiskan ayat, sesuatu sedang menuju ke arah rumah ini. Janganlah potong ayat aku, aku dah serik. Huhu..
"Meowwwwww!!" aku terkejut apabila sesuatu sedang memanjat pagar balkoni ini. Itu serigala yang aku jumpa semalam. Sudahlah, kau dah jadi serigala nak jadi spiderman apahal?
"Shawn.." Aku meneguk air liur. Dia tahu namaku. Aku pasti ini serigala yang sama. Tapi, bagaimana dia tahu aku di sini? Nampaknya aku sedang diperhatikan selama ini. Tak sangka aku femes juga. Berhenti merepek!
Semasa aku merepek tadi, serigala itu telah memanjat pagar itu. Serupa macam pencuri, tapi yang bezanya cuma dia serigala, hehe. Dia memandangku seperti ingin memakanku. Aku tak sedap, janganlah makanku, aku terlalu kacak untuk dimakan.
"Baik aku lari." kakatu lalu berlari menuju ke tangga. Biarlah apa nak jadi dekat dia, janji aku menyorok dulu. Semasaku berlari, kedengaran tangkap dicakar. Kau ingat boleh buka ke kalau kau cakar tingkap tu?
"Aku menyrok sinilah." kataku lalu cepat - cepat menyorok di belakang tiang. Eh, tak boleh nanti dia nampak. Aku terus berlari untuk mencari tempat yang lebih baik.
PRANGGG!!
Jantungku bagaikan tercabut dari tempatnya. Ceh, ayat. Serigala itu sudah pecahkan tingkap balkoni. Dan aku masih belum menjumpai tempat menyorok lagi. Harap sangatlah kau ganti balik tingkap tu. Sebab nanti Lia marah.
"Shawn.. kau dekat mana? main sorok - sorok ke? aku akan kira dan kau kena sembunyi." kata serigala itu dengan serak basah. Baru bangun tidur ke bang? Tapi, lebih baik aku cari tempat menyorok.
1
Tak guna, dia dah mula kira.
2
Aku melihat laci dapur itu. Rasanya muat untuk aku yang kecil ini menyorok.
3
Pantas sahaja aku menyorok di bawah laci dapur itu. Dah kata muat.
4
5
Suaranya semakin dekat ke arahku. Takkanlah dia dah tahu.
6
6
6
"Maaflah, salah kira." kata serigala itu lalu menyambung kiraan. Sempat lagi buat lawak, hambar pula tu.
7
Ingatkan dia nak ulang balik.
8
9
10!
Tak payah nak jerit, aku dengar je kau kira.
"Aku akan cari kau, dan makan!" Aku sudah mengigil ketakutan. Siapa yang tak takut kalau kau dalam situasi aku. Kalau aku jadi serigala tu tak apalah juga. Tiba - tiba aku ternampak kaki yang besar menuju tempatku menyorok. Pantas mulutku ditekup.
Sesiapa tolong aku..
~~~
Maaplah sikit, maaplah bosan, maaplah dah lama tak update, maaplah sebab maap banyak kali. Tak sangka ada orang baca :v Belum habis lagi ceritanya. Baru permulaan wokayh???
YOU ARE READING
Kucing Jadian?
WerewolfShawn, salah satu bahan eksperimen ayahnya, Hawl. Sehinggakan suatu hari, Hawl tersalah meletakkan bahan dan menjadikan anaknya kucing. Hawl tidak berpuas hati akan keputusan eksperimennya lalu menghalau anaknya dari rumahnya. Setelah penat berjala...