Jaga Rumah - i

43 1 0
                                    


"Puck, aku nak kau jaga rumah ni. Okay?" kata Emilia lalu menutup pintu. Senangnya tugas aku. Ouh ye, aku sudah jadi kucing semula. Disebabkan kemalangan yang berlaku antara pinggan kaca dengan lantai sehingga pinggan itu pecah seperti bulan separa. So, here i am.

"Apa aku nak buat ni?"tanyaku sendirian. Aku tahu, aku nak cari serpihan kaca pinggan tadi. Dan aku akan menjadi manusia. Bijaknya rancanganku.

Tong sampah telahku jumpa. Hanya tinggal jatuhkannya. Janganlah risau, lepas aku jadi manusia, aku akan bersihkannya semula. Aku berusaha untuk menjatuhkan tong sampah dengan kakiku yang comel ini.

BUKK

Okay, cantik. Lepas ni aku akan tengok pinggan dengan teliti. Aku bergegas ke longgokkan sampah untuk mencari pinggan dengan mudah.

"Apa aku dah buat?" pinggan yang pecah seperti separa bulan telah berpecah lebih banyak serpihan. Aku pasrah. Tidak mampu membuat pape lagi. Aku menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

Alat kawalan jauh dicari. Takkan hilang pula? Ke mana minah ni letak?? Mataku tertumpu pada alat kawalan jauh yang terletak di meja kopi. Pantasku lompat ke sofa dan melompat ke meja kopi lalu mengambil. Eh, kucing tak boleh ambil. Aku menekan butang merah. Kau ingat aku tak tahu?

"The Kucin Show?" sejak bila wujudnya cerita ni? Layan jelah, sebab aku ni kucing. So, ada persamaan di sini dan di sana. Kucingnya semua berbulu lebat. Tidak sepertiku. Mungkin badanku keding dapat bulu nipis.

"Meowlympics pula." aku ingin menepuk dahi, tapi tidak sampai pula. Jauhnya bagaikan ingin menjilat siku. Tiba-tiba, rama-rama berkeliaran di skrin televisyen. Aku perhati dengan tajam lalu menuju ke arahnya. Penatku tangkap, tapi dia laju sangat.

"Hilang?" aku memukul televisyen dengan marah. Kau tahu tak, aku berusaha untuk naik ke atas meja kopi dan aku turun balik semata-semata nak tangkap benda bodoh tu? Haishh.

"Assalamualaikum, ni Adam, kawan Emilia. Entah kenapa dia suruh aku cakap macam ni." kata Adam dari luar. Aku tersentak. Kenapa dia dekat sini? Macam mana ni? Tombol pintu dipulas sebelum dibuka. Aku buat lagak biasa seperti kucing.

"Ish, ish, Emilia ni kan. Tv terbuka? Anak dara siapalah ni." kata adam sendirian. Haha, aku yang buka, dia yang kena. Plastik di tangan aku perhati.

"Hai Zul Arifin, aku dah belikan makanan untuk kau. Emilia suruh." Plastik diletakkan atas meja kopi. Cerita The Kucin Show ditelitinya sebelum beralih pandangan ke arahku.

"Takkan kau yang tukar pula. Apapun, jom makan." aku kalau bab makan memang laju. Kami terus menuju ke dapur. Barang di dalam plastik dikeluarkan. Makanan kucing ke? Ingatkan nasi berlauk. Piring diisi dengan makanan kucing. Baunya sungguh sedap. Harum bak hang. lol

"Makan ye, aku nak.. Kenapa tong sampah tu terjatuh?" Uh oh. Angin yang buat kot. Adam lantas mengemas sampah yang bersepah masuk ke dalam tong sampah.

"Haishh, jadi maid pula aku ni." merungut adam sendirian.

"Okay, bye Zul Arifin. Aku nak keluar." kata Adam lalu meninggalkanku yang sedang berselera makan. Aku tak dengar apa yang dikatakan tadi. Biarlah dia tu.

Selepas habis makan, aku biarkan piring itu di atas lantai. Takkan aku nak basuh pula. Aku menuju ke ruang tamu untuk menyambung menonton televisyen. Kali ini cerita drama pula. Aku tak berminat. Janna nick menjadi guru taekwando. Sesuatu muncul dari skrin. Reminder? Butang 'ok' ditekan. Main bantai jelah. Tidak lama selepas itu siaran ditukar secara automatik.

"Ni ke ceritanya?" tanyaku sendirian. What, amine? Apesal dia tukar cerita anime? Layan jelah daripada layan cerita drama tadi.

"Kucing tu macam akulah." Aku meneliti rupa kucing itu. Sebenarnya, jauh perbezaannya. Hanya warna bulu yang sama dan kami ialah kucing.

"Ohaiyo, Puck." kata seorang gadis berambut putih itu dalam bahasa jepun. What the fish just she said? Speaking pula aku ni. Jadi, Emilia ambil nama 'Puck' dari cerita ni? Baruku tahu. Dan nama minah rambut putih itu Emilia. I be like, '-.-'. Emilia yang ni dengan Emilia yang aku kenal jauh bezanya.

"Thunder, feel the thunder." seseorang sedang menyanyi dari tingkas atas. Insan bertuah mana yang menyanyi tengah hari ni? Aku lantas menaiki tangga yang berada tidak jauh dariku. Bunyi itu dari balkoni. Nyanyian semakin kuat sebelum senyap. Aku hairan, ke mana pula lagu tadi?

"Thunder, feel the thunder." nyanyian itu memecah kesunyian lagi. Aku mencari punca bunyi itu. Ia datang dari atas meja. Kenapa hidupku penuh dengan cabaran? Aku benci cabaran. Tapi cabaran yang ini senang sedikit. Pantas sahaja aku melompat seperti kucing.

2 missed calls from AimanSengal

"Bunyi henpon dia rupanya." Sekejap, henpon dia dekat sini? Dia tak bawa kerjakah? Haish, minah seorang ni, henpon pun lupa nak bawa? Mahal ni. Note 8 mahal bukan? Aku rasa IPhone X lagi mahal. Tiba-tiba, seseorang call untuk kali ketiga. Asyik call je, tak makan kredit ke?

AimanSengal is calling..

"Nak scroll ke kanan ke kiri?" Aku berfikir sejenak. Di bahagian kanan berwarna hijau manakala di bahagian kiri berwarna merah. Mungkin ini kawan Emilia, tiga kali dia call. Kakiku yang comel terus scroll ke kanan.

"Helo Puck, Kau angkat ke? Macam mana.. Eh lupa, kau jadi kucing. Tak boleh jawab soalan aku. By the way, aku dalam perjalanan ke rumah dengan Aiman. Nak ambil henpon. Apapun jangan kantoi. Bye." talian dimatikan. Suaranya agak perlahan. Mungkin tak mahu Aiman mendengar perbualannya. Alamak, televisyen di bawah. Aku terus menuju ke tangga untuk turun.

"Baik aku tutup." pantas sahaja kaki comelku menekan butang 'Power'. Badanku dibaringkan di atas sofa sambil menunggu Emilia tiba ke rumah. Entah kenapa dia sanggup balik rumah untuk ambil henponnya. Aiman pun ikutkan sahaja Emilia tu.

"Assalamualaikum, Puck sayangku." kata Emilia lalu menuju ke arahku. Mimpi apa dia ni tambah 'sayang' dekat belakang. Kelihatan Aiman yang sedang memandangku dengan tajam. Yang ni lagi seorang. Dah kenapa pandang aku macam tu?

"Meow." Aiman terus terkejut beruk lalu kepalanya terhantuk pada tepi pintu. Terbahak-bahak gelak tawa Emilia sehingga bergema di dalam rumah ini. Aku nak gelak juga tapi, aku kucing.

"Kucing kau ni ada halkum ke, garau suaranya." kata Aiman terkebil-kebil. Saya pun tak tahu.

"Maybe." jawab Emilia selamba. Dia menuju ke tangga untuk pergi ke balkoni. Selepas itu, Aiman mendekatiku.Pandangan tajam diberikan kepadaku. Apesal pula dengan dia ni?

"Tengok sikit halkum kau." kata Aiman lalu mendongakkan sedikit kepalaku. Aku mengiaw lalu menepis tangannya. Aiman tersentak seketika lalu mendapatkan Emilia yang baru sahaja turun.

"Puck, aku balik malam tau. Ada bulan dekat sana tu. So, kau boleh main dengannya." kata Emilia lalu mengenyitkan matanya. Aku faham maksud 'bulan' itu. Tapi maksud 'main' aku tak faham sangat. Selepas pintu ditutup dengn rapat, aku terus berlari ke arah bulan yang ditunjukkan. Terdapat gambar bulan separa di dalam laci. Ini gambar yang dia ambil semalam. Gambar itu aku teliti sebelum badanku terasa membesar.

- - -

Kucing Jadian?Where stories live. Discover now