Alunan lagu Shuffle mengejutkan dia dari lena yang panjang. Dalam keadaan mamai dia mencapai handphone yang berbunyi semakin nyaring.
"Najla!... kau kat mana weii.. Aku call banyak kali kau tak angkat. Kau tahu tak kita dah lambat ke kelas? Dah berjanggut aku tunggu kau kat luar bilik tadi. Aku ketuk pintu bilik kau, tak ada pula sesiapa yang menyahut. Ni mesti kau baru bangun tidur kan? Tanpa mukadimah Syeera menyerang Najla macam peluru berpandu tanpa sempat dia jawab satu persatu.
"Ya Allah... wei aku baru bangun.. tertidur lepas subuh tadi. Aku betul-betul tak sedar. Roommate aku pun tak ada ni. Mesti dia ingat aku tak ada kelas pagi ni. Kejap aku siap. Kau jangan risau bagi aku dalam 10 minit. Kau pergi tunggu kat kereta kau dulu. Kejap lagi aku sampai." Najla menjawab setiap soalan yang ditanya oleh Syeera.
Dalam keadaan kelam kabut, Najla mencapai tuala yang tersidai dan terus ke bilik air. Tak sampai 3 minit dia keluar dari bilik air dan mencapai pakaian yang ada di dalam almari. Pakaian pun tidak bergosok. Hentam sajalah. Janji dia tak ponteng kelas hari ni, dengan tudung berkeriut Najla turun ke bawah.
"Sorry Syeera. Aku betul-betul tak sedar tadi. Mengantuk sangat. Kau tahukan semalam aku tidur lewat gara-gara nak siapkan assignment madam langsuir tu.." masuk je dalam kereta dia meminta maaf kepada syeera atas kelewatannya. Namun sempat juga dia mengata lecturer mereka berdua. Madam Izyani alias Madam langsuir.
"Kau ni!. Aku pun tidur lewat jugak semalam tak adalah bangun lewat macam kau ni. Namanya spesies tidur tak ingat dunia, tak payah nak bagi alasanlah wei.. Macam aku tak tahu kau dan tidur tak boleh berpisah." Syeera sempat menyindir Najla sambil menjeling tajam ke arahnya. Memang betul-betul marah ni.
"Ala.. sekali sekala, kau jangan nak tunjuk muka cemberut kau tu. Aku tahulah kau takutkan madam langsuir tu. Tapi rilek la.. aku ada idea macam mana nak masuk kelas tanpa dia perasankan kita," Najla dah tunjukkan muka bad girlnya kepada Syeera yang masih lagi cemberut.
Dalam masa yang sama dia sibuk memikirkan cara untuk masuk ke kelas tanpa diketahui oleh madam langsuir. Sebut sajalah nama Madam Izyani, siapa tak kenal, garangnya fuhh bikin jantung jatuh kelaut. Siapa yang berani ponteng kelas dia memang cari bala.
"Kau ni kan Najla, jangan buat kerja gila boleh tak. Muslihat apa lagi yang kau nak buat ni? Jangan kena cekup lepas ni sudah. Aku tak nak masuk campur," tutur Syeera dengan nada yang tidak puas hati. Najla sememangnya seorang yang penuh dengan muslihat.
"Hahahaha.. rilek la beb.. macam kau tak kenal aku. Idea aku mana pernah tak menjadi. Kau nak ikut tak idea aku ni? kalau kau ikut aku gerenti tak kena cekup, atau kau rela kena ngap dengan madam langsuir tu? Sekarang kau pilih?" Najla sengaja menakut-nakutkan Syeera supaya mengikut cadangan bernasnya.
"Hmmm... okey la .. aku ikut kau. Tapi pastikan idea kau ni berjaya." Akhirnya dengan berat hati Syeera mengatakan persetujuan.
"Haaa... macam tulah kawan. Aku jamin 200% takkan kena cekup punya." Sempat lagi Najla berloyar buruk sambil menenyeh hidung dengan ibu jari tangan. Syeera mencebik bibir melihat kelakuan dia barusan. Akhirnya kedengaran ketawa dia dan Syeera bersatu.
YOU ARE READING
Lakaran Takdir
RandomMereka bertemu untuk bermusuhan. Namun, takdir juga yang menyatukan mereka. Bagi Najla Asmida mengenali Tengku Rifqi adalah satu Malapetaka yang hebat dalam hidupnya. hidupnya kucar kacir kerana lelaki itu. Bagi Tengku Rifqi , mengenali Najla Asmida...