Selepas kelas pagi, Najla dan syeera ke kafe untuk mengisi perut. Baru terasa perut lapar. Mana tak nya tadi sibuk pedajal semua student dan lecturer. Akal sibuk mengutuk tuan. Tak kesah lah asalkan tak ada yang tengok apa yang aku dan syeera buat. Akal satu lagi tiba-tiba menyampuk. Kau pasti ke tak ada yang tengok, kau dah check betul-betul ke tak ada orang yang perasan kau tengah buat rancangan gila kau tu.. akal yang tadi tiba-tiba bersuara membuatkan Najla sedikit cuak. Ahhh.. tak kesahlah aku yakin tak ada yang nampak. Najla memutuskan segala kecelaruan dalam hatinya.
"weh.. kau kenapa? Gelisah semacam je aku tengok." Soal syeera apabila mereka telah duduk di sebuah meja yang agak tersorok dari pandangan orang ramai.
"Kau rasa-rasalah, masa kita sibuk kenakan orang kat kelas tu ada yang nampak kita tak?" aku menyuakan kegusaran aku kepada Syeera.
"Hahaha.. kau kenapa? Tadi masa sibuk kenakan orang, kau seronok je tanpa fikir baik buruk apa yang kau buat. Sekarang kau dah rasa cuak ke?" Sempat lagi syeera ketawakan Najla.
"Kau ni bukan nak menyenangkan aku.. boleh pulak ketawakan aku macam tu. Kalau bukan sebab rancangan brilliant aku tu, lagi teruk tau kita kena di Madam izyani tu. Kau nak ke kena denda duduk luar kelas tu? Lagi malu kau tahu tak." Sempat lagi Najla memuji diri sendiri. Kalau dah namanya Najla tak sah kalau tak masuk bakul angkat sendiri.
"ye la.. terima kasih la intan payung sebab kau dah selamatkan aku daripada terkena amukan Madam Langsuir." Ujar syeera sambil tersenyum.
"sama-sama kasih, sahabatku intan payung," sambil ketawa Najla membalas ucapan terima kasih Syeera.
tiba-tiba perut dia terasa memulas. "weh.. aku nak ke tandas jap, kau pergilah order makanan dulu. orderkan aku Tea o ais ." sempat lagi dia menitikkan pesanan kepada syeera sambil melangkah laju meninggalkan Syeera.
YOU ARE READING
Lakaran Takdir
LosoweMereka bertemu untuk bermusuhan. Namun, takdir juga yang menyatukan mereka. Bagi Najla Asmida mengenali Tengku Rifqi adalah satu Malapetaka yang hebat dalam hidupnya. hidupnya kucar kacir kerana lelaki itu. Bagi Tengku Rifqi , mengenali Najla Asmida...