Part 8

36 3 1
                                    

Sampai saja di Mid Valley. Syeera mencari tempat untuk memarkirkan kereta. Agak susah untuk mencari parking yang kosong kerana pada waktu petang macam ni ramai pengunjung yang singgah membeli belah apabila habis waktu bekerja. Penat pusing-pusing mencari parkir yang kosong, akhirnya mereka berjaya mencari parking yang masih lagi tidak berpenghuni.

Namun, entah mana silapnya sebuah kereta tiba-tiba mencelah dan mengambil parking kosong itu. Apa lagi berangin Najla dan Syeera bila parking mereka selamat diambil alih oleh kereta itu.

"Gila ke apa kereta ni. sesedap durian crepe dia je ambik parking kita? Memang nak kena maki dengan aku ni!" sambil membebel marah Najla keluar dari kereta tanpa sempat ditahan oleh Syeera.

Dengan muka yang berang Najla mengetuk belakang kereta Audi R8 itu dengan kuat. Dia dah tak peduli dengan beberapa mata yang menyaksikan drama sebabak itu. Susah-susah mereka cari parking, tiba-tiba kereta gila ni potong line. Pakai jer kereta mahal-mahal tapi tak ada akal. Bebel Najla tidak puas hati.

"Naj ni gila ke apa. Adoi, dahlah ramai yang tengok dia duk mengamuk." Syeera bersuara risau. Kalau Najla dah mengamuk tak ada siapa yang dapat menahannya. Dengan kelam kabut syeera keluar dari kereta untuk menenangkan Najla.

"Hoi..kau dah gila ke hah!.. main ketuk-ketuk kereta orang. Kau ingat bapak kau yang beli?" Najla mendengar suara nyaring yang memarahinya sebelum pemilik suara itu keluar dari kereta tersebut.

Najla berpaling ke arah suara lantang itu.

"kau!" mereka bersuara serentak dengan mata yang terbeliak.

"wah, wah, wah.. aku betul-betul tak sangka. Baru pagi tadi kau buat hal dengan aku. Sekarang pun kau nak buat hal dengan aku lagi?." Tengku rifqi bersuara seakan tidak percaya perempuan yang dia jumpa pagi tadi ada depan mata dia sekarang ni. dalam ramai-ramai manusia, dia ni jugak aku jumpa? Detik hati Tengku Rifqi.

"hei! tolong sikit sedara.. sekarang ni siapa yang buat hal dengan siapa. Ni parking kitorang. awak tu tiba-tiba aje mencelah ambik parking kitorang tu apa hal?" Najla masih lagi bersuara lantang.

'Apasal aku jumpa dengan dia lagi. Asal jumpa mamat ni, ada je masalah yang timbul.dah la masalah pagi tadi tak settle lagi. Bala ni pulak yang muncul. Mood yang dah nak okey, tiba-tiba jatuh merundum. Bencinya!'. Desis Najla.

"sayang, kenapa ni?"tiba-tiba satu suara menyampuk perdebatan antara Najla dan Tengku Rifqi.

"Entah minah ni. suka hati dia je tuduh I curi parking dia. Entah bila parking ni atas nama dia, I pun tak tahu." Adu Tengku Rifqi sambil menjeling Najla.

Terbuntang mata Tengku Lufya melihat ke arah gadis itu,

"kau dah lah ketuk-ketuk kereta kitorang sampai nak roboh.. lepas tu, Sesuka hati mak bapak kau je tuduh kami curi parking you? Tak ada adab langsung. Mak bapak kau tak ajar eh?" Tengku Lufya memarahi Najla sambil menundingkan jarinya kearah Najla.

Over lah pulak minah ni. Najla dah pandang atas bawah perempuan di depannya itu. Apalah yang miskin sangat perempuan ni sampaikan nak pakai baju kain pun terpaksa kena catu. Kesian. Hurmm..apa dia sebut tadi? Sayang? agaknya nilah awek mamat sengal tu ye? Memang sesuailah dua ekor ni. sama-sama mulut puaka.

"Excuse me, miss. Kalau orang tak buat salah tak adanya aku nak ketuk-ketuk kereta orang sesuka hati. kau dan laki kau yang tercinta ni, tiba-tiba je bebal curi parking kami." Najla masih lagi tidak puas hati. sesuka hati jer minah ni persoalkan cara mak bapak dia mendidik.

Pantang betul Najla bila mak bapaknya dikaitkan. Najla melihat dua ekor manusia depan dia dah mencerlung biji mata kearah dia. Marah mungkin dia keluarkan perkataan bebal. Dah memang bebal. Desis Najla. Dia menjeling ke arah Syeera yang masih lagi senyap menyaksikan perbalahan dia dengan dua makhluk biadap depan mereka ni.

"hei perempuan. Aku yang bebal atau kau yang bebal? Ada ke nama kau yang tertulis kat parking ni? tak ada kan? So, parking ni tak ada siapa yang punya. salah kaulah yang lembap sangat nak parking kereta." Perempuan ni memang dah gila. Tapi salah aku jugak. Aku yang tiba-tiba ambik parking diorang. Ahh..ada aku kesah? Bisik Tengku Rifqi.

Dia merenung wajah merah padam di depannya. Tercuit hatinya melihat wajah itu dalam keadaan marah.Cantik.Tengku rifqi tersenyum nakal dalam hati. Matanya tidak lepas-lepas merenung wajah itu. Gila kau ni Rif, buah hati kau ada sebelah, kau boleh pulak tenung orang lain macam tu.

'Apa hal pulak mamat ni tenung aku macam tu. Gila ke apa. Seram dooh.' Najla bersuara didalam hati. Tiba-tiba Syeera mencelah.

"Dah la Najla..kau tengok tu ramai yang tengok drama korang ni dari tadi. Malu tahu tak. Jom, kita cari parking lain. Berdiri kat sini pun kau takkan menang punyalah." Syeera bersuara perlahan sambil menarik tangan Najla supaya mengikutnya.

Dengan jelingan tajam Najla meninggalkan mereka dengan riak yang masih lagi tidak puas hati. aku harap lepas ni aku dah tak jumpa kau lagi. Bisik najla dalam hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 15, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Lakaran TakdirWhere stories live. Discover now