"Naj, jom kita keluar nak? Aku nak beli barang sikit. Dah lama aku tak topup barang-barang aku.." Syeera mengatakan keinginannya kepada Najla selepas mereka keluar dari library. Najla betul-betul mengotakan hasratnya mencari buku yang diinginkannya tadi. Memang betul-betul kelakarlah. Sampai macam tu sekali Najla persiapkan diri. Tulah suka sangat cari penyakit. Sendiri dah kena gulai dengan mamat tu cukup-cukup. Hari ni baru dia dapat melihat sisi kelam kabutnya Najla. Selama ini, nak tunjuk muka cuak pun susah. Tabiklah dengan mamat tu, berjaya jugak dia tundukkan ego seorang Najla Asmida. Hahaha.
"Malas la weh.. Aku penat. Nak tidur. Kau pergi sorang jelah. Bolehkan?" Najla menolak ajakan Syeera. Dalam fikiran dia sekarang ni, balik hostel dan tidur. Lagipun, dia tak ada mood nak keluar. Ni semua mamat tu punya pasal, rosak mood aku hari ni. Benci.
"Alah... Naj. Sampai hati kau suruh aku shopping sorang-sorang. Kau tak kesiankan aku ke? Buatnya kalau ada yang culik aku macam mana? Kau memang tak sayang aku, kan?" Syeera bersuara buat-buat sedih. Dia tahu Najla cepat lembut hati kalau dia buat macam tu. Walaupun egonya tinggi melangit. Tapi, salah satu satu sikap Najla yang dia suka, mudah lembut hati. Kalau dah perempuan, ego macam mana sekali pun, hati akan mudah rasa tersentuh.
"kau ni memang jenis tak sayang mulut. Kata-kata tu satu doa. Buatnya kena culik betul-betul padan muka kau. Yelah.. aku temankan kau. Tapi sebelum tu kita tengok wayang nak?" ujar Najla sambil tersengih.
huh..tadi kemain tak nak ikut. Sekarang dah request nak tengok wayang. Najla..Najla apa punya perangailah kau ni.
"hahaha.. tadi kemain tak nak ikut. Alih-alih ajak aku tengok wayang pulak. Ada-ada jelah kau ni. tak kisahlah janji kau ada temankan aku." Ujar Syeera sambil menarik tangan Najla menuju ke tempat parking kereta.
YOU ARE READING
Lakaran Takdir
RandomMereka bertemu untuk bermusuhan. Namun, takdir juga yang menyatukan mereka. Bagi Najla Asmida mengenali Tengku Rifqi adalah satu Malapetaka yang hebat dalam hidupnya. hidupnya kucar kacir kerana lelaki itu. Bagi Tengku Rifqi , mengenali Najla Asmida...