Part 5

36 3 0
                                    

"kau ni apasal? Muka macam tertelan biji nangka dah aku tengok. Urusan seri paduka baginda kau tak lepas ke?" tanya Syeera sambil ketawa sebaik sahaja Najla duduk di depannya.

"Kau ni, aku dah la tengah bengang. Kau pulak boleh buat lawak antarabangsa kau kat sini," bentak Najla dengan nada yang tidak puas hati.

"Okey.. okey, sekarang kau cerita kat aku apa yang dah jadi kat kawan aku ni. Ni apasal lama gila kau ke toilet?" soal Syeera.

"Aku rasa lepas ni hidup aku dah tak aman, Syeera. Aku kena sediakan mental yang tinggi untuk mengadap mamat mental tu nanti. Lepas ni, kau teman aku pergi library eh?  aku nak cari buku cara-cara berhadapan dengan pesakit mental," ujar Najla dengan muka sedih.

"Wait..wait, apa masalah kau ni? Mamat mental? Siapa? Boleh tak kau cerita kat aku betul-betul.. Cerita kat aku dari awal sampai akhir apa dah jadi. Tup-tup ajak aku pergi pinjam buku bagai. Aku tak sukalah cerita tergantung macam ni," balas syeera dengan nada tidak puas hati.

"Yelah.. yelah, Macam ni ceritanya. Masa aku nak ke toilet tadi, ada sorang mamat ni tiba-tiba tarik aku masuk ke dalam satu bilik. Dia kata dia nampak apa yang kita buat pagi tadi kat kelas Madam Izyani.."

Seperti yang dia dah agak muka Syeera tiba-tiba berubah pucat. Najla sambung bercerita.

"dan kau nak tahu? Mamat tu jugaklah yang aku langgar pagi tadi. Dia marah-marah sebab aku langgar dia, handphone dia dah rosak. Jadi sebagai balasan atas kelakuan aku kat dia, dia ugut aku nak report kat pihak atasan kalau aku tak ikut cakap dia. Aku tak tahulah apa dia nak buat kat aku nanti," Najla menamatkan cerita dengan satu keluhan kecil.

"Serius beb? Siapa mamat tu?"

"Yelah.. Serius. Kau ingat aku main-main? Entah, aku tak sempat nak tanya nama, dia dah blah?"

"Habis tu macam mana?"

"Habis tu macam mana apa lagi?"

Kau setuju ke ikut apa yang dia nak?"

"Aku terpaksa," balas Najla.

"Kalau dia buat macam-macam kat kau macam mana?"

"Kalau dia berani, buatlah."

"Kau tak takut ke?"

"Nak takut apa, dia tak berani buat apa-apalah. Paling tak pun, dia buat mental aku koyak. Kalau dia berani buat lebih-lebih tahulah macam mana aku nak ajar dia." Najla bersuara dengan penuh yakin.

" Kau jangan cakap besar weh. Dia tu lelaki. Kau tu pulak perempuan. Apa sangat yang kau boleh buat dengan badan kau yang kerempeng tu." Sempat lagi syeera membidas Najla.

"Kerempeng jangan sebarang kerempeng. Aku ni pemegang tali pinggang hitam kau tahu." Najla mendabik dada.

" Tak kesahlah hitam, putih, jingga, kuning, belacan sekali pun aku tetap risau weh." Syeera menyuarakan kerisauannya.

"Kau jangan risau. Tahulah aku nak handle macam mana diri aku ni." Najla memutuskan kerisauan syeera walaupun dia masih memikirkan apa agenda sebenar lelaki itu. 




Lakaran TakdirWhere stories live. Discover now