Part 4

44 2 1
                                    

Sedang dia berjalan laju ke tandas, tiba-tiba lengannya ditarik. Belum sempat dia menjerit, mulutnya sudah ditutup. Terpaksalah dia menjerit dalam hati. Ehh.. siapa la culik dia tengah-tengah hari ni. sedar-sedar dia dah ditarik ke dalam satu bilik yang kosong berhampiran Kafe. Akhirnya tangan penculik di bibir Najla dileraikan.

      "Heii.. awak ni siapa hah? Sesedap ajinamoto je awak heret saya kat sini." Seperti biasa mulut dah melancarkan serangan. Sempat dia menganalisa pemuda yang begitu kacak pada pandangan mata. Dengan hidungnya yang mancung, alis mata yang lebat, bibir yang seksi.. heshh.. apa yang aku melalut ni. kacak macam Tom Cruise sekali pun, tapi mereng nak buat apa. getus Najla dalam hati. 

        "Dah habis tenung? Kacak sangat ke aku ni?" sambil menjongketkan kening, pemuda itu memandang Najla dengan senyuman sinis.

       "Hello.. cik abang. Bila masa saya tenung awak. Perasan betul. Hah! Yang tiba-tiba awak heret saya kat sini apa hal?" Soal Najla, masih tidak puas hati.

        "Kau tak tahu kenapa aku heret kau kat sini?" dia menyoal aku.

        "Kalau saya tahu tak adalah saya tanya awak." Mamat ni memang nak kena seligi dengan dia. Ada ke tanya soalan yang boleh mintak kaki. Huh! Hangin. Bengang Najla.

       Tiba-tiba lelaki gila depan dia ketawa macam tertelan buah binjai. Kau tak berhenti ketawa dalam satu minit lagi, aku tendang tut tut kau biar mati pucuk terus. sempat lagi Najla menggumam dalam hatinya.

     "kalau awak heret saya kat sini semata-mata nak suruh saya tengok awak ketawa macam beruang kutub ni, baik awak cari perempuan lain kat luar sana. Sebab saya langsung tak berminat. So, sekarang saya nak keluar." Tanpa menunggu sesaat Najla melangkah ke pintu. Sempat mengutuk lelaki di depan dia itu sedas dua. Namun, belum sempat dia memegang tombol, lagi sekali lelaki itu menarik lengannya supaya berdiri ditempat asal. Dia apa lagi hangin satu badan.

       "Hei! Awak nak apa sebenarnya, suka hati je pegang tangan orang." Jerit Najla kuat.

      "okey...okey! Kalau ye pun marahkan aku janganlah jerit kuat-kuat, nanti orang ingat aku nak apa-apakan kau pulak." Ujar Tengku Rifqi. Najla hanya hadiahkan sebuah jelingan tajam sambil berpeluk tubuh.

       "kau betul-betul tak kenal aku?" lelaki itu menyoal dia.

      "kan saya dah kata. Saya tak kenal awak. Jangankan kenal. Bayang awak pun saya tak pernah nampak." Najla membalas kata-kata lelaki itu. Sedikit pelik apabila dia melihat mamat didepannya melopong apabila mendengar kata-katanya.

      'Dia tak kenal aku? Biar betul minah ni'. desis Tengku Rifqi. "okeylah, kalau kau tak kenal aku. Tapi aku nak bagitau kau yang kau dah banyak buat salah pagi tadi. Kau ingat tak? Kalau kau tak ingat aku boleh tolong ingatkan.." ujar Tengku Rifqi perlahan sambil matanya memandang sinis perempuan di depannya itu.

         Najla masih diam merenung kearah lelaki itu. Apa yang dia nak cuba sampaikan ni? kesalahan apa yang dia lakukan tadi? Najla mengerutkan dahi sambil berfikir. Cuba untuk mengingati apa yang telah berlaku.

       "Nampaknya kau dah lupa apa yang kau dah buat. cepat betul kau hilang ingatan. Tak sampai 24 jam kau dah lupa. jadi rasanya memang tugas akulah untuk buat kau ingat balik apa yang kau dah buat." Najla masih mendengar kata-kata Tengku Rifqi tanpa menyampuk kata-kata lelaki itu.

     "Kalau kau nak tahu, kau dah langgar aku pagi tadi. Tanpa kata maaf, kau blah macam tu jer and disebabkan kau langgar aku tadi handphone aku dah pecah." Sambung Tengku Rifqi sambil menunjukkan handphone nya yang telah rosak teruk.

      Melopong Najla mendengar kata-kata lelaki di depannya itu. Rupa-rupanya dialah lelaki yang dilanggar olehnya pagi tadi.

      Najla dah mula cuak. Liurnya ditelan berkali-kali. Segala keberaniannya melayang entah ke mana. Habislah dia. suara manusia depannya tiba-tiba mencelah mematikan lamunannya.

        "second, kesalahan kau yang ni agak besar. And kau mungkin akan digantung kolej kalau pihak atasan dapat tahu." Najla dah dapat agak apa yang manusia depannya ni akan katakan selepas ini. Ya Allah. Mati dia kali ni. dengan muka pucat lesi Najla memandang manusia di depannya. Menunggu Tengku Rifqi menghabiskan ayat.

      "lepas je kau langgar aku, aku ikut kau sebab kau dan rosakkan handphone aku. Tapi kau dan kawan kau tu tiba-tiba berhenti di depan kelas. Kau tahu apa yang ada dalam pikiran aku, lepas aku tengok kau keluarkan mancis dan mercun? Memang sah-sah kau nak pedajalkan orang. Aku pun menyorok tepi tangga dan aku dengar setiap patah perkataan dan perbuatan kau masa tu. Bila kau berjaya menghuru-harakan kawasan kelas tu, kau dan kawan kau tiba-tiba lesap. Aku tak sangka ada jugak spesies manusia macam kau kat kampus ni. Berani betul.." Tengku Rifqi menghabiskan cerita yang dilihatnya pagi tadi. Najla dah rasa macam kakinya telah digam dan tidak mampu bergerak. Mukanya memang tak payah nak cakap, toreh dengan pisau pun rasanya tak berdarah. Pucat lesi.

        "ma..macam ma..mana awak ada kat situ? sa..saya tak nampak sesiapa pun masa tu," tergagap-gagap Najla bertanya.

         "Orang dah seronok nak pedajalkan orang.. mana nak nampak orang sekeliling," bidas Tengku Rifqi sambil ketawa.

         "Dah tu .. awak nak buat apa? Nak report perbuatan saya ni ke pihak atasan?" berani-berani takut Najla menyoal lelaki itu.

        "Hmm.. aku nak buat apa, ya? jari tangannya menyentuh dagu seakan berfikir sambil matanya bersinar tajam kearah Najla. Comel jer budak ni tengah gabra. Sempat lagi hati memuji.

       "Kalau nak diikutkan, memang nak report je perbuatan kau ni.. tapi, bila difikirkan balik aku tak jadi nak report.." belum sempat Tengku Rifqi menghabiskan ayat, dia dah nampak bibir Najla menguntumkan senyuman seperti lega dengan kata-katanya.

         "Aku belum habis cakap lagi kau dah tersenyum lebar. Kau jangan ingat apa yang aku buat ni tak ada bayaran? Kau dah rosak kan handphone aku, jadi mulai daripada sekarang tunggulah apa yang aku nak buat pada kau ni," dengan nada yang penuh ancaman, Tengku Rifqi mengertak Najla. 

           Dan dia boleh nampak senyuman yang terukir di bibir Najla sedari tadi, tiba-tiba saja mati. Kau tahulah nanti nasib kau nanti. Bersedialah jadi kuli aku seminggu dari sekarang. Tengku Rifqi berbisik jahat tanpa didengari oleh Najla.

          "Awak nak suruh saya buat apa,Saya sanggup. Asalkan awak tak laporkan saya ke pihak atasan. Saya tak nak disebabkan hal ni saya kena gantung atau dibuang kolej.." Najla bersuara dengan nada yang sedih. Eleh, sedih la sangat.

          "Tahu pun takut. tapi buat jugak kerja bodoh." Tengku rifqi membidas Najla. Dia melihat Najla terkedu. Mungkin disebabkan dia memanggil Najla bodoh.

          "By the way. Kau bagitau nama kau, senang aku nak cari kau nanti," ujar Tengku Rifqi. Punya la dari tadi pompang-pompang kau berperang dengan perempuan ni, baru sekarang kau nak tanya nama dia. Desis hatinya.

            "Najla Asmida dari Course Math comp." Najla bersuara perlahan seakan-akan tidak mahu memberitahu namanya. Tapi nak buat macam mana terpaksa.. dah kira syukur sangat-sangat lelaki depan dia ni baik hati tak nak report kan perbuatannya ke pihak atasan. Lagipun, Kolej ni ramai manusia, bukan mudah lelaki ni nak cari dia nanti. Kau kejar, aku larilah..hahaha.. Sempat lagi hati Najla berkomplot.

           Belum pun sempat Tengku Rifqi bersuara. Tiba-tiba handphonenya berbunyi nyaring meminta untuk diangkat. Aikk, bukan handphone dia dah rosak ke sebab aku yang langgar dia pagi tadi. Tak sampai dua jam dah ada handphone baru. Iphone pulak tu.. hmm.. untung la jadi orang kaya ni. Semua yang dia nak, cepat saja tertunai. Desis hati Najla.

         "okey sayang, you tunggu I kat sana. Dalam 5 minit I akan sampai." Tengku Rifqi menamatkan perbualannya.

           Ooo.. dah ada awek rupanya. No wonder la, orang hensem petik aje jari, 10 yang datang berebut. Desis Najla dalam hati.

          "kau tak habis-habis dengan termenung. Okeylah. Aku dah lambat. Kau ingat, urusan kita belum selesai. Kau jangan cuba-cuba lari dari aku. Faham!" Tanpa sempat Najla bersuara, Tengku Rifqi dah blah.

           "huh.. dasar orang gila." Dengan muka yang bengang Najla keluar dari bilik itu dan menuju ke kafe. Terlupa terus niat asalnya nak ke tandas.

Lakaran TakdirWhere stories live. Discover now