Part 6

41 2 1
                                    

"Hai, sayang. Sorry lambat. I ada hal tadi." Tengku rifqi memohon maaf atas kelewatannya.

"It's okey, sayang. Jom makan, l laparlah. Kita order dulu, okey?" ujarTengku Lufya tidak kesah atas kelewatan Tengku Rifqi.

Tengku Lufya merupakan kekasih Tengku Rifqi. Hampir 5 tahun bercinta dan merancang untuk berkahwin setelah mereka berdua habis belajar. Juga merupakan pasangan yang paling hot di kolej mereka. Setiap apa yang mereka lakukan pasti menjadi bualan ramai pelajar di kolej. Maklumlah, yang lelaki kacak membunuh, yang perempuan persis seorang model. Bila bergabung, bagai pinang dibelah tujuh.

"Kenapa you tak makan dulu tadi. Kenapa tunggu I? you tu ada gastrik. Kalau sakit nantikan dah susah," bebel Tengku Rifqi risau akan kesihatan kekasihnya.

"Tak bestlah makan sorang-sorang. Sebab tu I call you, temankan I makan." ujar Tengku Lufya sambil tersengih.

"Mana kawan-kawan you yang lain?" mata Tengku Rifqi melilau mencari teman-teman buah hatinya.

"Diorang pergi shopping. Dinner untuk course kitorangkan dah nak dekat. jadi diorang pergi shopping untuk persiapan dinner nanti." Terang Tengku Lufya mengenai keberadaan teman-temannya.

"Kenapa you tak ikut diorang sekali?"soal Tengku Rifqi sedikit pelik. Biasanya kalau bab shoping ni, Tengku Lufya takkan lepaskan peluang untuk join sekali teman-temannya.

"I memang nak pergi. Tapi bukan dengan diorang. I nak ajak you temankan I shopping baju dinner tu. I nak you yang pilih, boleh?" ajak Tengku Lufya dengan penuh berharap.

"Bila?" Tanya Tengku Rifqi ringkas.

"Petang ni." sepatah yang ditanya, sepatah jugak jawapan Tengku Lufya.

"Petang ni tak boleh la, sayang. I dah janji dengan kawan I, petang ni I join futsal dengan diorang," Tengku Rifqi memberi alasan. Memang petang nanti dia dah berjanji dengan Sid untuk join futsal dengan teman-temannya kerana mereka tidak cukup team. Lagipun, dah lama dia tak bersukan, jadi tak salah kalau dia ikut sekali bermain.

"Alah, you ni kan ada aje alasan tau. I tak kira you kena temankan I jugak petang ni.. you call member you, bagitau diorang yang you terpaksa cancel untuk join diorang." dengan nada berbaur arahan Tengku Lufya bersuara. Peduli apa dengan futsal, yang penting dia dapat meluangkan masa dengan kekasih hatinya itu.

"You, I dah janji. Lagipun, dah lama I janji dengan diorang. Apa pulak diorang kata nanti kalau tiba-tiba I cancel macam tu jer." Ujar Tengku Rifqi dengan nada tidak puas hati. Geram dengan sikap Tengku Lufya yang suka mengarah. Kadang-kadang dia naik rimas dengan sikap mengada-mengada Tengku Lufya. Apa yang dia nak mesti diikut. kalau tak, dia akan berhadapan dengan rajuk panjang Tengku Lufya. Nasib baiklah buah hati, kalau tak dah lama dia angkat kaki blah dari situ.

"You lebih pentingkan kawan you lagi daripada I kan? Kalau I ajak keluar ada aje alasan you busy sana busy sini. Tak boleh ke you luangkan masa sikit dengan I?" tanpa mempedulikan manusia sekeliling, Tengku Lufya dah bersuara lantang sehingga menarik perhatian berberapa student melihat drama yang baru sahaja dia mulakan.

"Perlahankan suara you lufya. Tak malu ke dengan semua orang. Terpekik terlolong macam orang tak betul," panas hati Tengku Rifqi dengan perangai Tengku Lufya.

"Okey.. I dah malas nak bergaduh dengan you. Petang nanti I teman you. Puas hati?" kalau tak diikut apa yang Tengku Lufya nak, mahunya sampai esok tak habis lagi drama di tengah-tengah kafe ni. sungguh memalukan.

Tengku lufya sudah tersengih apabila keinginannya tidak dapat ditolak oleh Tengku Rifqi. Ini Tengku Lufya la, semua keinginannya harus dipenuhi.

Lakaran TakdirWhere stories live. Discover now