TangisanMenangis dan menangis .
Di atas tikar sejadah ini tempat ku menangis .Kuatkan hambaMu ni .
Kuatkanlah sahabatku .
Berikanlah dia ketabahan untuk menempuhi ujian ini .Menangis aku melihat dugaan dia .
Sungguh berat ujianMu terhadap dia .Dalam satu masa Kau beri
dia dua penyakit .
Sungguh orang yang baik akan diuji .Kuatkan lah dia .
Dia sahabatku .
Sahabat dunia dan akhirat aku .
Lindungilah dia .Aku rindu senyuman dia .
Aku rindu gurauan dia .
Aku rindu kenangan kami .Tembok air mata aku roboh ,
Berderai semuanya .
Banjir mataku .Katanya ,
Jangan sedih kerana dia .
Jangan menangis kerana kesakitannya .
Allahu . Sahabat ...Dia berkata ,
Air mataku sangat berharga untuknya .Sahabat ,
Kau sangat berharga bagiku .
Kau sahabatku .Doakan dia semoga dia cepat sembuh dan kuatkan dia .
Aamiin .