Jangan tunggu Tahun Baru untuk berazam.
Tiap masa adalah azam terbaik untuk kau mulakan atau akhirkan.
Jangan tunggu Tahun Baru untuk berhijrah, kerana selagi nyawa dan ruh ada dibadan, selagi itu kau mampu berubah dan istiqamah.
Kerana ajal tak pernah tunggu tahun baru.
.
Jangan tunggu Tahun Baru untuk bina "turning point" dalam hidup, bila dan dimana jua kau boleh binanya, yang penting kau kena kuat dan tabah hadapi cabaran mendatang.Saudaraku, tahun itu hanyalah masa yang bergerak. Ia sebuah peringatan kita untuk meniti detik pengakhiran kita. Tidak ada makna usia dan tahun bertambah, tetapi kita masih jauh dengan Allah.
" Seburuk-buruk manusia, adalah yang panjang umurnya namun buruk amalnya"
Mafhum Hadis.Jadi...Fikirkanlah, jangan menunggu masa.. Betulkan segalanya tanpa ada istilah " SEMPENA".