akan muncul

59 9 0
                                    


Dari masa ke semasa, akan muncul mereka yang melukakan hati kita, menyakiti hati kita.

Jika mereka dari kalangan orang tidak kenal, mungkin kita tidak terlalu kisah.

Namun apabila sikap sedemikian datang daripada mereka yang kita rapat, yang kita banyak bantu, yang telah banyak kita beri dokongan, memang terasa sungguh lukanya.

Tetapi sebagai mukmin, apa yang kita perlu yakin ialah segala apa yang telah kita laburkan atas hubungan tersebut, ianya adalah kerana Allah SWT.

Manusia lain tak beri kita syurga atau neraka.

Allah yang akan beri kita syurga atau neraka.

Maka apabila manusia lain melukakan hati kita, ketahuilah bahawa sikapnya itu tidak sepatutnya merosakkan hidup kita.

Kerana hidup kita tujuan utamanya ialah Allah.

Kita berhubung dan berbuat baik dengan manusia lain pun, hakikatnya adalah kerana Allah.

Maka kita tidak lama bersedih. Kita abaikan sahaja mereka, dan bergerak terus dengan agenda-agenda kehidupan kita yang lain.

Luka memang luka, kita manusia biasa. Tetapi luka itu tidak akan menghalang langkahan kita ke destinasi utama.

Manusia datang dan pergi. Tetapi Allah akan sentiasa ada, dan tidak sesekali pergi.

PENAGENIC  ☁️✔️Where stories live. Discover now