Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini . Perkara yang penting yang perlu kita lakukan adalah memperbaiki diri daripada semasa ke semasa tanpa mengenal erti putus asa sehingga akhirnya kita menjadi insan yang lebih baik .
Manusia mana yang tak pernah lari dari melakukan dosa dan bila kita sedar akan dosa yang pernah kita lakukan dahulu segeralah bertaubat kerana Allah Maha menerima taubat hamba-hambanya .
Jangan kita sesekali cepat berputus asa . Gagal sekali bukan beerti gagal selamanya . Jadikan kegagalan hari ini sebagai rangsangan untuk kejayaan kita esok hari .
Allah berfirman:
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu berdukacita , padahal kamulah orang yang paling tinggi darjat nya , jika kamu orang yang beriman ."
[ Al-Imran Ayat 139 ]