Hey, nak semangat boleh tak, sedihlah tak dapat straight A hmm.
Huruf A, bukan lah tukang pemberi kejayaan. Tapi Allah. Takda A tak boleh berjaya? Serious? Ramai je sekarang yang dulunya belajar sampai tingkatan berapa je. Tapi boleh je berjaya. Sebab apa? Sebab dia usaha, dan terus meletakkan harapan yang Allah itu Maha Adil. Dia yakin, Allah itu pemberi rezeki. Kucing kurap tepi jalan pun ada rezekinya weyh. Apa lagi kita, manusia. Hamba Dia. Buang mindset kena ada A baru boleh berjaya. No! Perbaharui mindset. Bahawa Allah itu Maha Adil lagi Maha Pemurah. Kalau orang lain boleh berjaya, kita juga boleh. Allah telah tetapkan semua tu. Cuma, usaha dan sabar kuncinya. 💪