Dibibir kita kata rindu,
Kita megah menjunjung sepanduk demi sepanduk ketika meraikan harinya.
Kita bangga menuturkan bahwa kita umatnya.Tetapi sejauh mana kita membenarkannya melalui perbuatan dan amal kita?
Kita kata kita cinta akan baginda,
Tetapi kita tak beramal dengan sunnahnya.
Kita kata kita rindu akan baginda,
Tetapi kita tidak cinta untuk membaca Al-Quran.Kita hanya pandai berkata-kata.
Tetapi cakap lagaknya tin kosong.
Hanya berbunyi bising bila diketuk, tetapi dalam—tiada isi.Allahu.
Menangislah saat melihat diri kita sendiri.
Jarak kita dengan Rasulullah SAW jauh.
Kita tidak pernah bertemu dengan baginda.
Kita tidak hidup sezaman dengannya.Alangkah manisnya jika kita benar-benar menjadi antara umatnya yang beriman, dan mengamalkan al quran dan sunnah walaupun tidak pernah dididik secara face to face oleh baginda.
Pasti Rasulullah SAW akan berasa gembira melihat umat yang tidak hidup sezaman dengannya, yang tidak pernah bersua muka dengannya—
Masih mampu untuk mencintai baginda dengan sepenuh jiwa dan raga.Seandainya Rasulullah SAW berada bersama kita...
Adakah baginda akan tersenyum gembira melihat kita sekarang?Atau berwajah sugul kerana sedih melihat umatnya yang rosak dan rapuh imannya,
Yang memperlekehkan sunnah baginda,
Yang lalai dalam mengerjakan ibadah,
Yang malas membaca Al Quran ?Marilah kita bermuhasabah.
Tepuk dada,tanya iman.اَلَّلهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا محَُمَّد❣